31 December 2013

The Power of Dream + Moving Forward


Lama tidak mencoretkan di laman ini
Kadang-kadang kering idea, 
Kadang-kadang mood pulak tak kunjung tiba,
Tapi kekuatan itu perlu dicari sebenarnya.

Tahun 2014 akan menjelma,
meninggalkan tahun 2013,
pasti yang ditinggalkan, 
menyimpan seribu kenangan
seribu pencapaian.

Namun, kita perlu terus mara ke hadapan,
no matter what, perjuangan perlu diteruskan,
bak kata AA, why border! why border!
tapi sebagai manusia pasti kita punya rasa

Menulis tidaklah semudah disangka,
doakan saya dilimpahi ide-ide baru
Moga boleh dikongsi untuk kebaikan bersama

Salam.
ADBY 
4.45 petang
31.12.2013

21 November 2013

Erti Hidup Pada Memberi

Kali pertama aku membaca statement ini semasa aku membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal Jamil, bertajuk Secangkir Teh, Pengubat Letih. Namun pada masa itu, aku sekadar membaca kenyataan ini tanpa mampu menghayati maksud sebenar disebaliknya.

Kemudian, aku terbaca kenyataan yang hampir sama, iaitu Nikmat Hidup Dalam Memberi, dalam buku tulisan Saudara Nazali Noor, buku bertajuk Ulu Yam Di Liverpool.

Dalam buku Bersyukur Saat Diuji, tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, turut ada menyebut hasrat yang lebih kurang sama, penggunaan perkataan sahaja yang berbeza. 

Nampaknya, aku telah menangkap sesuatu maksud disini, hasil daripada 3 buku yang aku baca, konsep 'Memberi' ini mempunyai keistimewaannya sendiri. 

Mungkin anda juga biasa mendengar, para ilmuan agama yang menekankan keperluan kita untuk bersedekah. Mengikut pemahaman aku sendiri, memberi atau bersedekah adalah satu perbuatan yang sama. Niatnya baik, tujuannya baik dan pengamal juga akan turut mendapatkan kebaikan. Dan aku juga percaya, anda juga pasti mengetahui akan perkara ini. Tetapi sejauh mana kita mampu melaksanakannya. 

Disini suka untuk aku nyatakan memberi ini bukan sekadar menghulurkan wang ringgit kepada orang lain, ruang lingkup adalah lebih luas. Yang mudahnya, memanglah dengan menghulurkan wang ringgit, tetapi bagaimana jika kita tak mempunyai kemampuan. 

Kita boleh memberi bantuan tenaga empat kerat, bantuan suara, bantuan buah fikiran, bantuan kenalan, dan berbagai-bagai lagi. Tetapi semua ini akan kembali kepada persoalan sama ada anda nak memberi atau tidak. 

Jika anda mengetahui 'rasanya' dalam erti hidup pada memberi, cuba anda laksanakan satu pemberian. 


18 November 2013

Mendepani Cabaran

Apa perasaan anda, apabila menghadapi sesuatu cabaran. Pastinya, anda akan berasa susah hati, berat hati, takut, gementar mahupun seribu satu perasaan yang bermain di minda. Hakikatnya, memang bukan mudah untuk berdepan dengan sesuatu cabaran.

Sebab itu, saat itu juga biasa kita akan memohon pertolongan daripada tuhan untuk membantu kita menghadapi cabaran tersebut, setidak-tidaknya kita mohon diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Bila difikirkan, adalah lebih baik agar kita hadapi sahaja cabaran tersebut, risiko untuk berjaya atau gagal pasti ada. Jika berjaya, kita akan mendapat satu kepuasan, tetapi sebaliknya, namun kegagalan bukanlah pengakhir kepada segalanya.

06 November 2013

Berani Hijrah

Kalau tak silap, tajuk diatas merupakan tagline kempen di Sungai Limau. Tapi bukan isu politik yang nak aku ulas disini. Lebih kepada sambutan Maal Hijrah, yang telah disambut semalam. Cuma, pada pandangan aku rata-rata umat islam Malaysia menyambut sambutannya sekadar bercuti dan merehatkan minda. Ibaratnya sama seperti cuti-cuti umum yang lain.

Aku pun termasuk dalam kumpulan yang sama, menikmati cuti maal hijrah sebagai satu peluang untuk berehat-rehat di rumah. Sambil sambil tu, tengok la jugak anugerah tokoh maal hijrah yang disiarkan di televisyen. Sayangkan, sambutan yang tiada penghayatan oleh masyarakat secara umum.

Hasil daripada pembacaan aku melalui buku, Bersyukur Saat Diuji memang aku terkesan dengan mesej yang disampaikan. Buku ini ditulis oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Penceritaannya mudah, beliau menggambarkan pengalamannya hidupnya, dilanda banjir, hilang orang tersayang, tetapi peristiwa ini dikaitkan dengan pandangan sisi belilau yang boleh memberikan keinsafan, boleh menyedarkan kita bahawa lumrah kehidupan ini kita akan diuji, tetapi hakikatnya kita perlu sedar bahawa ujian ini ada ganjaran disebaliknya.

Beliau turut menyentuh mengenai ujian badan, ujian suami, ujian isteri dan ujian kuasa. Semua benda yang berada di persekitaran adalah merupakan ujian. Bezanya, kita selalu menganggap kita tidak diuji disaat kita tengah bahagia, tengah gembira. Disini kita telah tersilap. 

Bagi yang mencari sesuatu dalam sebuah kehidupan, mungkin boleh membaca penulisan di buku ini. Insyaallah, anda akan menjadi seorang yang redha.

28 October 2013

Baca Buku Ibarat Menonton Drama

Lately, aku suka membeli buku. Tak kira la, beli di MPH, Popular mahupun kedai buku yang lain. Tetapi bukan semua buku yang aku beli, aku akan baca dengan tekun. Sebabnya, teknik dan gaya penulisan akan menyemarakkan semangat aku untuk membaca. 

Sebab itu, ada la jugak beberapa buah buku yang telah dibeli tetapi tak habis dibaca. Aku gagahkan jugak untuk membacanya tetapi gaya penulisan menyebabkan aku tewas untuk menghabiskan pembacaan aku.

Sebab itu, bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah buku yang akan menarik minat khalayak untuk membaca. Perlu ada tekniknya. Tambahan pula, kesukaan aku kepada teknik penceritaan pengalaman seperti travelog ataupun yang memaparkan biografi seorang tokoh terkenal. 

Jika penulisan berkaitan pengalaman sendiri, kita dapat merasakan kejujuran penulisan dalam menyampaikan pengalamannya, yang bagus kita mudah atau rasa dekat dengan perkara yang ingin disampaikan.

Penulisan mengenai biografi pula akan memaparkan corak pemikiran tokoh yang tersebut. Bagaimana latar belakang hidupnya menjadikan beliau seorang tokoh hebat yang berjaya, tak kira sama ada beliau seorang usahawan, ahli perniagaan, ahli politik mahupun wartawan. 

Sebab itu, keinginan aku untuk menghasilkan sebuah buku masih ada, tetapi aku masih samar sama ada aku mampu atau tidak. Moga dipermudahkan. 

13 October 2013

Ada apa dengan CCRIS

Bagi yang pernah membuat pinjaman bank, tak kira la sama ada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan mahupun pinjaman peribadi. Pastinya anda pernah mendengar berkaitan CCRIS. Ini adalah singkatan kepada Central Credit Reference Information System. Ianya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Kalau tak silap, sebelum ini, aku pernah beritahu bahawa CCRIS bukan eksklusif untuk dilihat oleh pihak bank sahaja, anda sebagai pengguna/peminjam juga boleh mendapatkan salinan CCRIS ini. Cuma, untuk dapatkan maklumat CCRIS ini anda perlu walk-in sendiri di Bank Negara. Lebih kurang sama, macam dapatkan penyata KWSP. Dengan ada salinan CCRIS ini, anda akan tahu maklumat kredit anda yang direkodkan secara rasmi oleh Bank Negara. 

Baru-baru ini, aku telah pergi ke Bank Negara untuk mendapatkan salinan CCRIS aku. Ini merupakan pengalaman kedua aku, kebetulan pula aku punya masa lapang semasa lalu di hadapan Bank Negara. 

Dalam masa yang sama, memang aku sedang dalam proses memohon pinjaman dengan Public Bank. Pinjaman kenderaan second hand. Hasil daripada semakan aku dalam CCRIS, memang rekod kredit aku baik, semua berstatus '0'. Maknanya aku seorang peminjam yang membayar hutang dari kaca mata bank. Sebab itu, loan aku dengan public bank hanya mengambil masa selama 3 hari je untuk lulus. Bukan niat nak poyo, tapi ini pentingnya untuk kita sentiasa menguruskan hutang, prinsipnya, Bayar ikut masa yang ditetapkan. Letakkan keutamaan untuk membayar kepada komitmen/hutang.

Tapi dalam masa yang sama, aku perasan dalam CCRIS menunjukkan aku masa aktif lagi menggunakan kad kredit Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Ikut rekod, kad kredit telah lama tamat tempoh, kalau tak silap masa tahun 2005 lagi. Aku pernah la guna satu dua kali kad kredit tersebut, dan setelah tamat tempoh kad itu, aku tak pohon pun kad yang baru. Seingat aku, memang aku pernah baca statement daripada BIMB, yang mengatakan aku ada tunggakan sebanyak RM0.72 sen. Masa tu, memang aku tak peduli pun pasal tunggakan tersebut. 

Tapi tidak sekarang, kesedaran aku mengenai perkara menyebabkan aku membuat semakan dengan BIMB. Mula-mula aku call BIMB punya call centre. Dimaklumkan kes ini merupakan kes tunggakan, aku perlu merujuk sendiri ke Collection Department, BIMB. Setelah dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas, mereka memang sedar akan tunggakan tersebut tetapi katanya, tunggakkan tersebut telah diwaivekan. Sebelum tu, aku tanya, bagaimana untuk selesaikan tunggak ini. Pegawai BIMB tu tanya gak sama ada tengah proses buat pinjaman ke, dan aku bagitau setakat ini ianya tidak menjejaskan pertimbangan bank untuk luluskan pinjaman aku. 

Dan akhirnya, pegawai BIMB tu memaklumkan mereka akan ambil tindakan untuk keluarkan maklumat ini daripada rekod CCRIS. dan aku pun sangat mengalu-alukan tindakan tersebut.

Disebalik pengalaman ini, apa yang hendak aku kongsikan, bank ini selalu lambat atau tak ambil tindakan langsung untuk keluarkan nama kita daripada senarai CCRIS, walaupun kita tidak lagi menggunakan kemudahan kredit dengan mereka. Sebab itu, aku sangat menyarankan untuk anda luangkan masa untuk dapatkan salinan CCRIS anda, terutama jika anda merancang untuk memohon pinjaman. 

Bayangkan kes aku, setelah telah lebih 8 tahun, depa tak buat apa-apa, setelah aku semak, dan kemukakan komplen, baru nak ambil tindakan. Hakikatnya, tiada siapa yang akan menjada kepentingan anda, melainkan anda sendiri. 

12 October 2013

EBOOK! OVER EXPECTED.

Bagi yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, penulisan dan pembelian buku ebook telah menjadi satu trend. Aku tak pasti bidang yang lain, tetapi ebook berkaitan dunia hartanah memang ada banyak. 

Tajuk ebook yang disediakan menjurus kepada perkongsian mengenai cara membeli rumah tak kira subsale, lelong ataupun direct pemaju, cara untuk mohon pinjaman bank dan tips supaya permohonan anda mudah lulus, panduan berkaitan lawyer dan sebagainya. dan akhirnya, aku juga telah membeli satu , dua ebook yang dijual secara online. Satu konsep bisnes yang mudah dan ringkas. 

Tetapi aku ada masalah dengan pembelian ebook ini. Jika dibandingkan dengan pembeli buku secara fizikal, kita berpeluang untuk membelek-belek buku tersebut dengan terperinci sambil membaca penulisan secara sepintas lalu. Bila kita merasakan buku tersebut sangat menarik, terutama kandungan penulisan, maka kita pasti akan membelinya. 

Berbeza pula dengan pembelian buku melalui ebook, kita sekadar dapat membaca tajuk dan juga sedikit review berkaitan kandungan penulisan buku tersebut. Tetapi, hakikatnya kita masih sukar untuk membayangkan kandungan sebenar penulisannya. 

Apa yang telah aku alami, aku merasakan aku sebenar telahnya over expected mengenai kandungan buku ebook yang aku beli. Hakikatnya aku gagal mendapat kepuasan sebenar dalam pembacaan buku tersebut. 

Penulisan ini bukan untuk menidakkan trend penulisan buku melalui ebook, tetapi merasakan adalah wajar penulis buku ebook memastikan penulisannya benar-benar memberikan kepuasan kepada pembacanya, yang telah mengeluarkan modal dalam membeli buku tersebut.

08 October 2013

Bumiputera Property Showcase

Aku telah menerima email daripada iproperty.com yang mencanangkan berkenaan satu showcase berkaitan hartanah bumiputera. Showcase ini akan diadakan pada 19 - 20 Oktober 2013. Aku tak punya pengalaman berkaitan showcase ini untuk dikongsikan. Tapi kepada anda yang berminat, why not. Lapangkan masa untuk hadir. Rasailah sendiri.

Pastikan anda tengok tempat dan tarikhnya

Satu lagi tarikan, akan diadakan free seminars berkaitan hartanah. Panelnya, dikalangan bumiputera yang berjaya di dalam bidang ini.  
 
Adakah anda kenal dengan pembentang. Kalau tak kenal, cuba google.
Satu lagi, ada lucky draw...
dalam bahasa, cabutan bertuah.
 
Nota; ini bukan iklan tajaan, lebih kepada perkongsian. tq

27 September 2013

Apa yang anda nampak?


Rumah Allah.

Apa yang anda nampak.

Apa yang menarik perhatian aku, banyak kipas?
Selamat ke?


26 September 2013

Seronok Membeli Rumah

Semalam aku ada bersembang dengan seorang sahabat, yang mana beliau telah berpengalaman membeli rumah teres secara subsale. Hasil daripada penceritaan beliau dapat aku simpulkan, bahawa setelah kita berpengalaman membeli rumah, especially secara subsale, kita akan berasa seronok membeli rumah lagi untuk kali kedua dan yang seterusnya.

Tetapi semasa peringkat awal, beliau beritahu memang perasaan takut ditipu oleh agen sentiasa akan bermain di fikiran kita. Tambahan pula, kita dalam keadaan yang terdesak untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tidak. Disini pentingnya untuk kita, pandai menilai perilaku agen yang anda berurusan. Perlunya untuk ada '1st impression'. 

Kalau anda rasa agen tu tidak meyakinkan, mungkin kena fikir sama ada nak teruskan deal atau tidak. Tapi jika jumpa agen yang pandai berkata-kata pun kena berhati-hati jugak. Seboleh mungkin, dapatkan dokumen yang sepatutnya untuk mengesahkan ketulenan urus niaga tersebut.
 
Itu belum masuk bab nak dapatkan pembiayaan, urusan memohon pinjaman. Memang akan menyesakkan dada, takut tak lulus loan. Nak pulak, kita dah bayar deposit atas persetujuan membeli rumah. Tapi jika kita berurusan dengan agen yang baik, depa dah settle awal-awal dengan bank officer. Yang penting, kita ada semua dokumen yang diperlukan dalam memohon pinjaman. 

Itulah hakikatnya, harga sebuah pengalaman memang sangat mahal. Aku rasa ramai yang mempunyai perasaan yang sama semasa membeli rumah subsale . Sekarang nie yang bagusnya, ada blog-blog yang sudi berkongsi pengalaman untuk kita jadikan panduan dan rujukan.

17 September 2013

Ganjaran Segera vs Ganjaran Tertangguh

Satu elemen yang kita rasa kita tahu tetapi kita mengambil mudah, iaitu  dalam soal memberi ganjaran kepada anak. Setiap  daripada kita pasti akan memenuhi semua keinginan anak mereka, walaupun dalam keadaan yang susah ataupun tiada kemampuan. 

Namun dari segi psikologinya, anda perlu menilai kepentingan untuk memenuhi hasrat anak anda sama ada perlu diberi segera ataupun boleh ditangguhkan. Cara pertimbangan dibuat berdasarkan kesan dan akibat jika kita menangguhkan ganjaran tersebut. Contohnya, keperluan buku latihan persekolahan, tak patut ditangguhkan tetapi basikal yang baru mungkin boleh ditangguhkan. 

Ada buku yang mengatakan anak-anak yang biasa mendapat ganjaran segera, akan menyebabkan mereka kurang menghargai ganjaran tersebut dan akan menganggapnya sebagai sesuatu yang ibu dan bapa perlu berikan. Sebaliknya pula, jika anda menggunakan konsep ganjaran yang tertangguh, mungkin di peringkat awal anak anda akan memberontak, tetapi insyalaah akhirnya mereka akan faham, setiap sesuatu yang mereka perlu, mesti ada usaha Contohnya, mereka perlu menabung jika hendak membeli basikal baru.

Ada banyak cara dalam soal anda sayangkan anak... sama ada anda kasi beri sahaja setiap yang dimahukannya, ataupun akan biarkan dahulu, jika keadaan benar-benar perlu, baru anda berikan. Kedua-duanya merupakan tanda sayang. Manakah sayang yang terbaik. Fikir-fikirkan lah.

09 September 2013

Minat Membaca Surat Khabar

Aku tak pasti orang lain, tapi yang pasti aku sangat menyukai membaca surat khabar. Minat ini hadir dengan sendirinya, seawal aku belajar di sekolah rendah. Ketika itu, tumpuan aku sebenarnya lebih terarah untuk mengetahui  perkembangan sukan dalam negara. Kiranya aku suka bermula membaca dari muka surat belakang dahulu. Isu-isu nasional juga dibaca tetapi pada masa itu ianya agak kurang menarik minat aku. Ye la, budak-budak dunianya kan  kecil je. Mana nak paham isu yang dunia lagi. 

Nak dijadikan satu cerita, disebabkan kesukaan aku membaca suratkhabar menyebabkan aku rapat dengan seorang pakcik di kampung aku dulu. Puncanya, pakcik ini pasti akan membeli surat setiap hari, aku nie menumpang baca la. Ada la hari-hari tertentu yang aku tak pergi. Ianya  merupakan satu kenangan kepada aku, dan tindakan ini aku rasa isedikit sebanyak telah menjadikan sebagai seorang anak kampung, yang sentiasa mengetahui isu-isu diluar. Bak kata orang, tidak la menjadi katak dibawah tempurung. Aku juga sentiasa berasa sangat berhutang budi dengan pakcik  tu sebab dia kasi aku tumpang baca suratkhabarnya. 

Nikmat suka membaca surat khabar ini telah aku bawa sehingga ke sekolah menengah, universiti dan alam pekerjaan. Sama ada secara sedar atau tidak, ianya sangat membantu anda untuk menjadi seorang yang update dengan isu-isu semasa. 

Walaupun sekarang, bahan bacaan tidak terhad kepada membaca suratkhabar, tetapi nikmat membaca surat khabar sebagai medium pengetahuan yang utama sukar untuk dijelaskan. Membaca surat khabar secara fizikal lebih memberikan kepuasan berbanding membacanya diatas talian. Budaya suka membaca suratkhabar perlu diteruskan untuk generasi yang akan datang.

 

06 September 2013

Hatten Hotel Melaka

Semalam aku telah diarah untuk mesyuarat dan berbengkel di Hatten Hotel, Melaka. Seingat aku hotel nie merupakan hotel yang baru dibuka di Melaka. Bagi yang kurang pasti lokasinya, hotel ini terletak bersebelahan dengan Mahkota Parade Melaka. Kiranya ianya terletak di kawasan Melaka Raya gak la. 

Memang nampak hebat la hotel, aku tidak menginap, sebaliknya hanya terus ke Function Room. Tapi ada member yang beritahu, biliknya memang luas dan sangat selesa. Rata pun agak reasonable... kalau staff kerajaan, buleh dapat dengan harga RM205/semalam.

Bilik Discussion yang kitaorang gunakan agak sempit, dari segi makanan semasa lunch, tak berapa banyak pilihan, terhad kepada makanan standard yang selalu hotel akan sediakan. Hatten Hotel nie bergabung sekali dengan shopping kompleks. Dari segi parking, ada banyak disediakan, rate parking RM2 untuk 4 jam, tapi kalau sebagai pelanggan hotel boleh dapat complimentary.  

03 September 2013

Giveaway

Aku sedang berkira nak mengadakan satu giveaway kepada pembaca blog. Hadiah sedang difikirkan. Tunggu.

29 August 2013

Nak yang simple-simple je

Anda biasakan dengar kenyataan....'saya kalau boleh, nak yang simple-simple je'. Ayat nie memang sangat klise, terutama bila kita tengok cerita berkaitan persiapan perkahwinan. Selalunya bila aku dengar statement nie, aku pasti akan melihat setakat mana simple yang dimaksudkan.

Dan selalunya, ianya bukan sesimple yang kita bayangkan, bahkan semasa hari kejadian atau hari perkahwinan, memang sangat gah dan sangat anggun. Dimana yang simplenya. 

Sama juga bila masuk dalam soal menghias rumah, mesti 'nak yang simple-simple'. Sekali bila dah siap interior design, aku pasti ianya tidak la sesimple seperti yang kita bayangkan. 

Sebenarnya, simple nie bagi setiap orang adalah berbeza, ada yang rasa bagi dia simple maksudnya menggunakan barang yang murah, ada juga yang menggunakan barang yang mahal, tapi tak banyak, ada yang lebih mementingkan untuk meninggalkan ruang kosong dan sebagainya. 

dan ianya akan berakhir dengan statement ...'simple ke?'.

28 August 2013

Untuk elak dari perangkap kewangan, mana yang lebih baik?

Aku sedang berkira-kira untuk membeli sebuah kereta second hand, harga siling yang aku tetapkan lebih kurang RM 20 ribu, Bukan banyak sangat pun, tapi seperti yang kita sedia maklum, membeli kereta adalah satu liabiliti, tetap kereta adalah satu keperluan, nak tak nak kena beli juga. 

Aku seboleh mungkin, ingin mengelak dari perangkap bebanan kewangan. Maka aku sedang mempertimbangkan 3 perkara dalam urusan pembiayaan pembeli kereta ini iaitu; 
  1. Beli secara tunai. Guna duit simpanan di dalam ASB untuk beli kereta, dan aku akan kehilangan pulangan dividen.  
  2. Beli dengan menggunakan pinjaman peribadi. Setakat ini aku tak pasti, berapakah interest yang dikenakan. 
  3. Beli menggunakan kemudahan pinjaman  kenderaan. Interest dimaklumkan lebih kurang 4%.  
Aku masih lagi berkira-kira pilihan manakah yang terbaik. Pertimbangan ini untuk memastikan perbelanjaan ini dengan menggunakan kaedah yang terbaik. 

Anda ada pandangan ?

27 August 2013

Surau di Shopping Kompleks

Anda biasa pergi membeli belah di shopping kompleks dan saya yakin anda pasti biasa menggunakan surau di shopping kompleks tersebut. Ada yang besar, ada yang kecil dan bermacam lagi. Tapi aku suka tengok lambang muslimah bagi surau ini. 

Anda tahu surau ini dimana?

26 August 2013

Rumah Teres Setingkat di Taman Lestari Permai

Aku telah berkesempatan meninjau rumah teres setingkat di Taman Lestari Permai. Untuk lebih spesifik, taman ini terletak dikawasan Bandar Equine, dibelakang Pasar Borong Selangor. Bagi yang selalu menggunakan Highway MEX, anda akan perasan terdapat satu kawasan perumahan setingkat betul-betul ditepi highway tersebut.

Sejarahnya, taman ini merupakan salah satu projek terbengkalai yang dibawah Talam Corporation, dan kalau tidak silap, projek ini telah disiapkan oleh IJM. Maka, sekarang rumah dikawasan ini telah siap dan juga telah diduduki. 

Akibat dari rasa ingin tahu, aku telah meninjau-ninjau dikawasan taman ini. Masih banyak lagi rumah-rumah yang kosong, tapi ada juga yang telah diduduki. Pandangan mata kasar, aku rasa hampir 60% rumah masih kosong lagi, mungkin sebab kawasan ini baru je dibuka, awal 2013 ataupun lewat 2012, ini aku teka je. Sebab sebelum tu, aku pernah pergi tapi taman nie masih belum dibuka lagi. 

Masa tinjauan tu, aku tengok iklan-iklan lelong pun banyak, harga lelongan dikawasan ini antara 198k - 240k. Kalau tengok harga lelong, agak munasabah bagi sebuah rumah teres setingkat, dikawasan lembah klang. 

Untuk mengetahui harga subsale, Aku telah menghubungi 2 orang agen hartanah, Agen 1 telah meletakkan harga sebanyak 280K, dia cakap value bank lebih kurang 260-270k. Agen 2 memaklumkan harga jualan adalah 298k, value bank boleh dapat sampai 298k. Keluasan rumah adalah 20 x 70, tapi masih lagi dibawah master title. Dua-dua beritahu isu title nie takder masalah untuk kita beli rumah. Makna range harga depa jual antara 280k - 300k. 

Wah... apa pandangan anda dengan harga rumah nie. Aku rasa mahal, sebab rumah nie teres setingkat je, kalau harga dah cecah 300k, lebih baik cari rumah teres dua tingkat, dengan keluasan yang sama. Dari segi lokasi, memang la bandar equine ini telah mencapai kematangannya, banyak kemudahan telah ada, yang kurang, mungkin dari bank dan sekolah. 

Tapi bagi belum memiliki rumah, taman ini adalah satu pilihan yang aku rasakan berbaloi, sebab harganya masih dianggap 'boleh beli' kalau hendak dibandingkan dengan harga rumah baru yang bermula dengan 500k.

Pendek, kata tepuk dada tanya selera.  






22 August 2013

Skema Soalan kepada Agen Hartanah

Wah.. tajuk nie bertujuan untuk menarik pencari-pencari maklumat di Google. Anda biasakan melihat iklan-iklan 'rumah untuk dijual' yang diletakkan dipintu-pintu pagar. Tapi adakah anda biasa menelefon mereka, untuk bertanyakan perihal rumah tersebut. 

Entahlah, sejak berpengalaman mencari rumah sebelum ini aku sering menelefon agen-agen hartanah tersebut, tujuan utama aku adalah untuk mengetahui harga jualan bagi rumah tersebut.

Di sini, suka untuk aku kongsikan, untuk panduan anda yang berhasrat mencari dan membeli rumah yang telah siap (subsale) : 
  • Jangan takut untuk telefon. Agen meletakkan nombornya adalah untuk dihubungi. Berdasarkan pengalaman, mereka akan melayan setiap pangilan walaupun nombor yang tidak dikenali. 
  • Jika anda tiada masalah, boleh kenalkan diri.
  • Perkara pertama, yang selalu aku akan tanya, adakah rumah tersebut masih ada, maknanya masih lagi untuk dijual. 
  • Jika ya, seterusnya anda tanya, berapakah harga yang hendak dijual.
  • Rumah tersebut lot bumi atau non-bumi.
  • Apakah status tanah rumah tersebut, master title atau individual title. 
  • Adakah tanah di kawasan itu, freehold atau leasehold. (jika anda telah tahu tak perlulah tanyakan)
  • Berapakah keluasan rumah tersebut? 20x70, 20x65, 18x65...
  • Tanyakan juga, value rumah tersebut berapa? jika rendah sangat dari harga yang nak dijual, tanya kenapa letak harga mahal sangat? nanti loan macam mana? banyak la, nak kena top-up.
  • Kalau nak tengok rumah macam, bila kita boleh appointment?
Bila anda putuskan tarikh appointment untuk melihat-lihat kawasan rumah tersebut, tamatlah perbualan anda dengan dengan agen hartanah tersebut. Tak banyak perkara yang boleh ditanya melalui panggilan telefon, soalan yang ditanya sekadar untuk mendapatkan gambaran awal sahaja.

Sesi lawatan tinjauan yang penting, bukan sekadar nak melihat fizikal rumah tersebut, anda berpeluang mendapatkan penjelasan yang lebih detail mengenai syarat jualan, deposit, loan, lawyer, s&p, booking dan banyak lagi.

19 August 2013

Proton Suprima S 2013


Semalam disebabkan takde program, kitaorang telah berkesempatan mengunjungi Pusat Jualan Proton, dihadapan IOI Mall Puchong. Niatnya nak melihat secara dekat kereta yang baru dilancarkan oleh Proton, iaitu Proton Suprima S.

...Proton Suprima S ini telah dilancarkan oleh Ybhg. Tun Dr. Mahathir pada 17 Ogos 2013. Harga yang ditawarkan adalah dari RM 76,688 hingga RM 79,638... 

Warna yang dipamerkan, Atlantic Blue, buat penggemar warna biru, memang sangat cantik birunya, sangat bercahaya. Secara fizikal, memang suprima ni sangat cantik, kira hampir standard dengan kereta luar negara, cuma interior design agak biasa sahaja, simple. Terdapat 5 jenis warna, biru, putih, perak, hitam, merah.

Apa yang Sales Advisor cerita kat aku, interest pinjaman bawah 3%, mungkin boleh dapat 2.8% atau 2.9% bergantung kepada bank. Satu lagi, dia cakap tempoh pinjaman untuk 9 tahun mungkin akan tamat tahun 2013, dijangka tahun depan tempoh maksima pinjaman kereta adalah 7 tahun. Ini disebabkan perubahan dasar oleh Bank Negara. 

Aku tak dapat nak pastikan kebenarannya, biasalah penjual, ini mungkin taktik nak push customer untuk setuju membuat pembelian. Tapi mungkin juga betul, sebab SA tu bagitau tahun mungkin agak susah untuk depa jual kereta kalau tempoh maksima pinjaman dipendekkan semula ke 7 tahun. 

Satu lagi, tempoh menunggu adalah lebih kurang 1 bulan selepas tempahan dibuat. Satu tempoh yang reasonable la kan, lambat selalunya kalau loan problem,  dan lepas tu, warna yang ditempah lambat, mungkin kena q. 

Begitu la mudahnya membeli kereta, survey, kalau suka, tempah, loan SA yang uruskan, cuma supply dokumen je.... pastu tunggu loan lulus je...dah lulus, tunggu kereta.... yang sakitnya, bayar la bulan-bulan. 

16 August 2013

Raya 1434h

Wah... semakin malap mood nak menulis. Bulan puasa itu kering idea, so kurang la aku menulis. Nie dah raya, dengar lagu raya pun dah semakin kurang rasa, 
ada bezanya dengar lagu raya, masa nak raya dengan masa dah raya.

Tahun nie, aku rasa sambutan raya lengkap, dapat buat apa yang sepatutnya.
dapat jumpa kawan, jumpa saudara, memadailah... walaupun masih ada yang tak jumpa, disebabkan kekangan masa. 

Apa pun, aku bersyukur dengan apa yang ada.

30 July 2013

Kenapa jadi begini ?

Siapa la yang membuat tindakan sebegini... satu tindakan yang tidak patut dibuat.

17 July 2013

Honda Jazz Yang Makin Murah

Minggu lepas, aku telah pergi ke Showroom Honda di Puchong. Kepada yang tak tau kat, mana kedai nya yang berhadapan dengan IOI Mall. Sebab utama aku pergi ke sana, untuk  mengambil road tax kereta yang aku pakai. Setelah sampai disana, sales person yang biasa aku jumpa tu, siap cakap ' ini hari, showroom sudah macam pasar'.

Aku pun perasan, memang ramai orang kat dalam showroom pada masa tu. Sebenanrnya,  aku ada terbaca satu berita yang Honda telah menetapkan harga baru bagi Model Jazz. Kalau tak silap, dulu harga Honda Jazz lebih daripada 100k. Sekarang harga baru depa jual 72k++. Perbezaan lebih 30k daripada harga asal. Depa cakap penurunan ini disebabkan Honda Jazz ini telah dipasang di Malaysia, Kilang Honda di Pegoh, Melaka.

Dulu Honda City pun macam tu jugak, lepas dipasang di Melaka, harganya lebih murah berbanding dibawa masuk setelah siap dipasang. Mungkin berlaku economics of scale kot, sebab tu harga jualannya lebih rendah. Soal kualiti, setakat yang aku dengar tidak jadi isu, maknanya walaupun dipasang di Malaysia, kualiti pemasangan masih mengekalkan standard asalnya. 

Tapi cuma anda bayangkan, pada yang beli honda pada tahun 2012. Harga jualan pada itu, katakan 100k. Tup tup, 2013 depa turun harga jadi 72k. Memang rugi besar sapa yang terkena, kereta yang sama anda beli dengan harga yang lebih mahal. Silap-silap, baki hutang tahun 2013, lebih tinggi daripada harga jualan yang baru. 

Sebelum ini aku pernah tulis berkaitan fat industry, ditambah pulak dengan penurunan harga kereta. Persediaan awal yang perlu kita hadapi adalah masalah kesesakan jalan raya, sebab semua orang menggunakan kereta. Silap-silap kesesakan akan menjadi bertambah teruk.  Yang seronok, adalah pengedar kereta baru, penjual second hand car pula mungkin akan terkesan jugak dengan penurunan harga kereta nie. 

Sebagai pengguna, penurunan harga barang merupakan rahmat kepada kita. Pilihan ditangan anda? Tepuk dada tanya selera.

16 July 2013

Kayu Bercakap


Anda pernah jumpa Talking Stick? Adakah ianya merupakan kayu yang bercakap. Wah! kalau benar-benar wujud kayu yang bercakap, ramai daripada kita akan berasa takut. Konsep Talking Stick bukanlah secara nyata, kayu yang bercakap, tetapi ya, masih menggunakan kayu. Cuma yang bercakap adalah orang yang memegang kayu tersebut.

Konsep ini sesuai dipraktikkan dalam perbincangan kumpulan kecil, boleh juga digunakan didalam mesyuarat. Kenapa perlunya Talking Stick. Ini bagi membolehkan perbincangan dalam kumpulan tersebut akan lebih harmoni. Tidak semestinya hanya ketua sahaja yang patut memegang Talking Stick  ini. Semua orang mempunyai hak untuk memegangnya. Cuma sebelum ianya beralih ke orang lain, pendapat dan pandangan yang diberikan oleh pemegang Talking Stick perlu difahami terlebih dahulu oleh anggota perbincangan tersebut. 


Manusia suka difahami sama seperti jantung yang memerlukan udara.

15 July 2013

Nostalgianya, Ramadan

Hari nie masuk hari yang 6 ramadhan. Setiap kali ramadhan, ramai antara kita suka untuk mengingati sesuatu peristiwa lampau yang kita lalui dalam bulan ramadhan juga. Seronok untuk bernostalgia, mengenangkan saat pahit manis yang pernah kita lalui. Bagi aku, dalam bernostagia ini, boleh aku pecahkan kepada 3 keadaan, yang pertama semasa di Asrama, semasa di Universiti dan semasa di tempat kerja aku yang pertama. 

Semasa duduk di asrama, bulan puasa merupakan saat yang sangat menggembirakan, apatah lagi waktu aku sebagai pelajar, tertumpu kepada dunia kecil aku, iaitu asrama, kampung dan sekolah. Amalan bersembahyang terawih memang sangat dititik beratkan oleh pengurusan asrama, kebetulan salah seorang warden adalah ustaz, maka memang beliau lah yang akan mengetuai sembayang terawih ini. Satu lagi, peraturan asrama dalam bulan puasa agak longgar sikit, contohnya, pelajar dibenarkan keluar setiap petang untuk pergi ke Bazar Ramahan.Waktu itu, bazar tidak lagi menjadi satu fenomena seperti sekarang. Tapi kes pelajar curi makan di dapur asrama, isu lazim yang sering berlaku dalam bukan ramadhan. 

Berpuasa di U, merupakan proses kematangan aku untuk menghadapi alam dewasa. Ada waktunya aku berbuka sendirian di bilik. Aku tak suka duduk menunggu, kiranya booking tempat duduk awal-awal di caferia. Lebih selesa bungkus, dan makan di bilik. Roomate masing-masing ada komitmen. (esp.. g dating) Pernah juga aku mengambil pendekatan berbuka di masjid U sahaja. Senang dan jimat. Senangnya, tak payah fikir apa yang nak dibeli, makan je apa yang dihidangkan dan aku tak payah keluar duit belanja. Cuma kat U nie, yang payahnya waktu bersahur, leceh nak turun ke cafe. Alamatnya, sahur awal la, dalam kul 12 malam ambil la makanan berat. Lepas tu tido, nak dapat pahala bersahur, bangun kul 5 pagi, makan kurma ngan minum air. Settle. 

Berpuasa setelah berkerja. Kiranya baru abis U, tempat kerja yang pertama. Dapat pulak rakan pejabat yang sangat sporting, ibaratnya pejabat telah menjadi rumah kedua kitaorang. Beli juadah di pasar ramadhan, dan berbuka beramai-ramai di pejabat. Bukan kerja lebih masa pun, cuma memang kita  orang suka melepak-lepak di pejabat. Ada jugak yang kita orang ikut rombongan bos pergi berbuka di Masjid, nie kiranya program tetap di bulan puasa. Masa nie juga, aku mula belajar berbuka di hotel, yang bestnya, orang belanja, aku bawa diri je. Buka kat hotel nie, buffet, makanannya memang la banyak, cumanya kita akan makan lebih dari yang sepatutnya., ibarat kita makan macam ular sawa.

Indahnya bernostalgia.

11 July 2013

Manusia yang bertanggungjawab

Biasa tak anda dengar kenyataan 'seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak, tapi sepuluh anak belum tentu mampu menjaga ibunya yang seorang'. Aku setuju, ada kebenaranya dalam kenyataan ini.

Cumanya, menjaga anak lebih mudah daripada menjaga ibu. Anak akan membesar dan selalunya mengikut kehendak ibu dan bapanya. Mereka banyak belajar mengenai kehidupan daripada ibu dan bapanya. Dengan besarnya mereka, akal dan pertimbangan mereka juga akan membesar bersama. Ibu dan bapa hanya mengawal anak-anak supaya mereka mengamalkan cara hidup yang betul dan positif. 

Lain halnya, dalam menjaga ibu dan bapa. Terutama dalam keadaan mereka yang uzur atau sakit, ditambah pula mereka mempunyai banyak pengalaman hidup, sebab itu mereka sentiasa merasakan kita sebagai anak, perlu mendengar cakap mereka. Jika tidak, mereka akan marah, paling tidak mereka akan merajuk hati.

Umumnya, membesarkan anak atau menjaga orang tua yang uzur, keduanya ada cabarannya, yang paling penting perlu ada 'kesabaran'.

26 June 2013

Jerebu

Banyak kawasan dalam negara kita dilanda jerebu. Pandangan makin terhad. Ibarat ada satu layar putih yang menghalang pandangan mata kita. Jerebu ini akan menyebabkan kita rasa tidak selesa untuk bernafas, kepada yang ada asma memang sangat berisiko tinggi.

Semalam aku ada menonton, rencana mengenai jerebu yang berlaku di negara kita pada tahun 1997, aku tengok kat you tube, rencana tu ditayangkan di History Channel.

Dulu masa berlakunya ancaman jerebu, rupanya kerajaan pun tak pasti dari mana puncanya, sehingga dimaklumkan ianya berpunca dari kebakaran di hutan di kawasan Sumatera dan Kalimantan. Kebakaran ini berlaku dikawasan tanah gambut yang telah kering, pembakaran bukan setakat di permukaan tetapi berlaku didalam tanah. Usaha memadamkan api pada masa itu, sangat mencabar, mungkin disebabkan kekurangan kelengkapan atau kelengkapan yang tak canggih.

Tahun 2013, jerebu masih lagi berlaku, dan menjadi duri dalam daging kepada isu serantau di Asean, antara Indonesia, Malaysia dan Singapura. 3 negara ini mendapat kesan yang paling teruk akibat jerebu ini. Puncanya, masih lagi kebakaran di kawasan hutan Sumatera.

Cuma pada kali, kerajaan dilihat tidak panik, sedang mengambil langkah-langkah termasuk menggunakan hubungan diplomatik supaya Kerajaan Indonesia mengambil langkah memadamkan api. Diberitakan, usaha pembenihan awam telah dilaksanakan tetapi masih lagi gagal.

Orang Agama menganggap perkara ini adalah ujian Allah. Mereka memimpin solat hajat moga diturunkan hujan dan dijauhi daripada bencana ini.


21 June 2013

Pengalaman Menjadi 'Jurucakap'

Bila anda hendak hidup berpasangan, pasti anda akan melalui proses dalam adat melayu seperti Merisik, Meminang, Bertunang dan Kahwin. Semasa melaksanakan proses ini, pastinya perlu dilantik seorang 'jurucakap' bagi mengadakan perbincangan dengan pihak yang satu lagi.

Alhamdulillah, aku telah berpengalaman menjadi jurucakap bagi urusan ini sebanyak dua kali. Entah la, aku berpendapat aku bukan orang yang sesuai untuk menjadi jurucakap bagi urusan ini, sebabnya masih ada orang tua yang sepatutnya mengambil tanggungjawab ini. Tetapi atas faktor tiada keyakinan, maka mereka telah meminta aku untuk mengambilalih tugas ini. 

Kali pertama, aku menjadi jurucakap semasa urusan pertunangan adik lelaki aku. Jodohnya orang Melaka, memang rombongan keluarga kami di kalangan anak beranak sahaja. Yang menunggu di pihak perempuan, adalah ketua taman. Wah, walaupun agak berdebar tapi aku teruskan jua. Sebenarnya urusan ini lebih kepada perbincangan keluarga bagi mengesahkan perkara yang telah dibincangkan awal oleh pasangan yang hendak berkahwin. Proses ini selesai, dan berjalan dengan jayanya. Antara perkara yang dibincangkan adalah jumlah wang hantaran, tempoh pertunangan, bila hantaran perlu diserahkan dan syarat-syarat bila berlaku kemungkiran. Adik aku tu telah selamat berkahwin, dan dah ada baby pun.

Kali kedua, pertunangan anak saudara perempuan aku. Kali ini, urusan sebelah perempuan. Lagi berat aku rasakan, sebabnya kita secara tidak langsung sebagai tuan rumah. Tentulah kita yang kena mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada pihak lelaki. Tapi seperti biasa, aku hanya membincangkan perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh anak saudara aku dengan pasangannya. Cuma wakil kepada pihak lelaki, aku lihat seorang Tuan Haji yang sangat berpengalaman, tetapi kebetulan beliau adalah bapa kepada kawan. Kecilkan dunia ini. Proses ini jua telah aku lalui telah jayanya, hasil sokongan daripada sepupu aku yang jua telah mempunyai sedikit pengalaman. Hasilnya anak saudara aku selamat bertunang, moga mereka akan selamat berkahwin nanti.

Walaupun menjadi jurucakap nampak mudah, tetapi bagi kena pandai melihat keadaan. Nasib aku baik, sebabnya perbincangan lebih kepada untuk meneruskan proses ini, maknanya kedua-dua keluarga secara tidak rasmi telah bersetuju untuk menyatukan anak mereka.

Satu lagi, memang kerja menjadi jurucakap, kita akan mencari ahli keluarga yang paling tua. Sebab itu, dua-dua kali aku kena berurusan dengan orang yang lebih tua. Mungkin ianya nampak lebih afdal, tetapi tidak ada masalah jika diberikan kepada orang muda, asalkan pandai untuk menguruskan keadaan.

Bagi aku pengalaman bukan sesuatu yang boleh dijual beli, ianya perlu kita cari dan hadapi. Insyallah, jika niat kita betulkan, Allah akan permudahkan.

18 June 2013

Master Chef

Aku minat tengok program realiti memasak, Masterchef.
Sebab apa, masakan dan makanan dua perkara yang bersatu dalam ertikata, makan. Satu lagi, walaupun persaingannya agak subjektif tetapi menarik.

Dalam program realiti, ianya juga membangkitkan karektor sebenar peserta sama ada seorang yang beremosi, pandai melawan cabaran dan sebagainya.

Cuba anda teka siapa yang bakal juara, dalam Masterchef Celebrity Musim Kedua.

13 June 2013

Sebab harga rumah terus mahal

Aku ada mendengar pendapat seorang pensyarah berkaitan kedudukan harga rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Beliau berpendapat industri rumah duduk berasaskan demand and supply. Maksud, walaupun harga yang diletakkan lebih tinggi, tetapi mendapat permintaan yang baik daripada pembeli, maka tidak timbul masalah harga yang diletakkan terlalu mahal atau over priced.

Banyak orang berkata kenapa kerajaan tidak mengawal harga rumah. Logiknya, aku juga bersetuju supaya kerajaan patut mengawal. Tetapi adakah ianya adil kenapa pemaju yang menjual rumah tersebut. Adil atau tidak, kerajaan sepatutnya cara jalan supaya win-win situation.

Satu lagi, usaha untuk mengekang kenaikan harga rumah dengan agensi kerajaan terbabit dalam membina dan menjual rumah. Dahulu, memang ini yang berlaku, dimana banyak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri bertindakan menjadi pemaju, mendapat tanah dengan yang lebih kompetetif daripada kerajaan, dan berjaya menjual rumah dengan lebih rumah.

Pendekatan ini yang cuba dibawa oleh kerajaan dengan memperkenalkan, PRIMA. Prima ini dilihat positif, tetapi ada kes yang berlaku wujud kos tersembunyi dalam konsep jualan mereka. Contohnya, satu rumah apartmen dengan keluasan 800 - 100 kaki persegi dijual dengan harga RM120,000. Ok, harga yang ditetapkan murah, tetapi pembeli dikenakan syarat supaya membayar kos penyelenggaraan termasuk parking sehingga RM300 sebulan. Ini menyebabkan kos yang ditangung oleh pembeli akan meningkat naik semula. Konsep mampu milik, akan menjadi satu retorik juga. 

11 June 2013

Agen / Aktivis Sosial

Dalam sebuah kehidupan tak kira sama ada di bandar dan luar bandar, pasti kita akan menghadapi situasi yang tidak menyenangkan. Situasi ini timbul, disebabkan pihak berkuasa yang tidak menjalankan kerja dengan baik, faktor alam semula jadi dan masyarakat setempat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dalam menjaga harta benda awam.

Sama ada kita sedar atau tidak, keadaan ini menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati dalam diri kita. Namun, berapa ramai di kalangan kita yang akan tampil mengemukakan aduan kepada pihak yang berkuasa. Aku percaya tidak ramai yang berbuat demikian, sebaliknya hanya sekadar memberi komen di kalangan kawan-kawan dia sahaja.

Disini pentingnya untuk kita yang mempunyai tanggungjawab untuk menjadi agen atau aktivis sosial. Agen Sosial ini perlu melakukan kerja mengemukakan aduan yang konsisten kepada pihak yang berkuasa sehingga aduan tersebut ditangani sewajarnya.

06 June 2013

MRT

Rasanya semua orang biasa dengar Projek MRT. Ramai yang beranggapan bahawa projek ini sangat penting, sebabnya boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di Malaysia.

Jika kita tinjau, kewujudan LRT dan Komuter memang sedikit sebanyak membantu meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Bas bukan lagi pengangkutan awam yang cekap, sebab bas akan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Hakikatnya, orang malaysia sebenarnya suka bawa kereta sendiri, walaupun  kos membawa kereta sendiri lebih mahal daripada menggunakan pengangkutan awam. Faktor utamanya, kebebasan untuk bergerak, pada bila-bila masa dan kemana jua. Faktor ini yang sukar untuk diperolehi jika naik pengangkutan awam. Itu belum masuk bab, malu dan malas nak mengangkut beg semasa menaiki pengangkutan awam.

Sebab itu, dengan siapnya MRT nanti, adakah peratus pengguna pengangkutan awam akan meningkat, mungkin ya. Tapi rasanya jalan raya masih tetap jammed jugak.

Bukan mudah nak mengubah budaya dan cara hidup kita orang Malaysia.

05 June 2013

Fat Industry

Semasa PRU 13 yang lalu, tak kira sama ada BN atau PR telah menyatakan hasrat mereka yang menurunkan harga kereta. Hasrat ini disambut baik oleh semua pihak, yang paling meraikannya adalah golongan pertengahan. Semua orang telah memasang impian untuk memiliki kereta import dengan lebih murah.

Tapi situasi ini akan menyebabkan pertambahan bilangan kereta yang berada di jalan raya. Pada masa yang sama, kereta yang sedia ada walaupun telah berusia 20 tahun masih lagi digunakan dengan meluas. Ada pihak yang berpandangan industri kereta berada dalam keadaan kegemukan.

Pihak berkuasa perlu memikirkan situasi ini, kita berharap agar suatu hari ini, tidaklah sampai kesesakan yang lebih teruk akan berlaku, berbanding dengan kesesakan sekarang yang telah sedia teruk.

29 May 2013

Rumah Subsale : Semak Bil Utiliti Sebelum Terima Kunci Rumah

Hai, lama sudah aku tidak menulis mengenai isu berkaitan dengan rumah subsale. Kali ini aku terpanggil untuk menulis berkaitan dengan, siapa yang sepatutnya menyelesaikan bil-bil utiliti semasa pembelian rumah secara subsale. Penulisan ini adalah rentetan daripada email yang aku terima, permasalah yang yang diberikan adalah seperti berikut :   

Assalamualaikum,

Saya ada sedikit masalah berkenaan bil tertunggak terhadap rumah subsale yang telah saya beli.
Rumah tersebut sekarang sudah menjadi milik saya, tapi sekarang saya menerima bil-bil yang masih dalam tunggakan. Bila saya rujuk dengan lawyer, dia cakap semua salah saya sebab saya tidak menyemak bil-bil terlebih dahulu sebelum menerima kunci. So dalam masalah ni, siapa yang patut bertanggungjawab? Adakah saya perlu menanggung semua bil-bil tunggak tersebut?

(Insan dalam kesusahan)

Disini sebenarnya, aspek yang paling penting yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan kurang kefahaman pembeli dalam proses pembelian rumah. Satu lagi, mungkin peguam yang dilantik juga tidak boleh dikategorikan sebagai peguam yang pandai buat kerja dalam menjaga kepentingan anak guamnya, iaitu pembeli.

Sepatutnya sebelum melepaskan bayaran penuh kepada penjual, peguam telah menasihatkan pembeli supaya mendapatkan salinan bil-bil utiliti iaitu bil eletrik, bil air, bil penyelenggaraan dan bil IWK. Melalui semakan ini, pembeli akan mengetahui sama ada bil-bil tersebut mempunyai tunggakan atau tidak.

Ada kemungkinan penjual seboleh mungkin akan menyembunyikan perkara ini, terutama dalam keadaan bil tersebut mempunyai tunggakan yang banyak. Ibaratnya penjual ini hendak lepas tangan, supaya tunggak ini dibayar oleh pembeli.

Tidak ada satu cara yang standard untuk pembeli mendapatkan salinan bil-bil, cara biasa adalah minta secara langsung dengan penjual. Bagi bil penyelenggaraan, boleh cuba berurusan terus dengan Pejabat Pengurusan. Yakin mereka bahawa anda adalah pembeli, atau bakal pemilik hartanah tersebut. Buktikan dengan menunjukkan S&P hartanah tersebut. Bagi bil elektrik dan bil air, pembeli mungkin boleh menyemak terus dengan syarikat pembekal utiliti tersebut, tetapi pembeli perlu mengetahui nombor akaun bil tersebut.

Sebagai langkah kawalan, perkara ini perlu dibincangkan semasa awal proses rundingan jual-beli rumah tersebut, di mana pada tersebut penjual masih bersifat terbuka untuk menyakinkan pembeli.

14 May 2013

Pasca PRU ?

Hari ini telah masuk 9 hari selepas PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei 2013. Keputusannya telah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Memang diakui keputusan PRU 13 membuktikan ianya boleh dianggap PRU yang paling sengit dalam sejarah negara. Keputusan siapa PM, siapa Menteri Besar, siapa Ketua Menteri telah diketahui, yang belum diumumkan adalah anggota kabinet dan exco (ada negeri yang dah umum tapi masih ada yang masih berkira-kira dan masih berbincang).

Ramai juga yang telah menjadi penganalisis politik yang tidak bertauliah, masing-masing punya pendapat dan pandangan. Kelihatannya keputusan PRU 13 lebih kepada mengekalkan apa yang berlaku semasa PRU 12, yang berlaku perubahan hanya untuk Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Yang lain masih status quo. Kegetiran PRU 13 ini memang sangat dirasai, ada yang sampai sekarang masih tidak bersetuju dengan keputusan yang diumumkan, yang menang pun rasa macam tak menang, masih disentak dengan satu kejutan diluar pemikiran dan jangkaannya sendiri.

Kerja Polis pun menjadi mencabar bagi mengawal keselamatan negara supaya tidak meletusnya pergaduhan akibat sentimen tidak puas hati. Pelbagai ilmu baru yang telah kita ketahui yang mana sebelum ini tidak kita peduli, contohnya, kedudukan undi popular vs sistem pemilihan elektoral. Istilah ini memang sebelum ini telah wujud, tapi kita tak ambil kisah pun sebab ianya tidak relevan pada masa itu. 

Serupa jugak dengan istilah 'majoriti mudah' vs 'kemenangan 2/3'...tapi istilah ini telah hangat dibincangkan semasa PRU 12 tetapi PRU 13 ianya masih relevan lagi. tu belum masuk bab 'pengundi hantu' yang terus dikatakan wujud tetapi masih tidak pasti bagaimana dan dimana sebenarnya ianya wujud. Pembuktiannya sangat penting supaya isu ini akan kekal relevan. Kalau tidak ianya akan tinggal persepsi sahaja.

Pendakwaan atas kesalahan Akta Pilihanraya juga banyak dibuat dalam PRU 13 pada kali ini. Faktor apa yang mendorong berlakunya kesalahan ini perlu kita ambil iktibar. Adakah ianya berlaku disebabkan mereka tidak faham dengan peraturan-peraturan dalam pilihanraya atau sebenarnya mereka tahu tetapi memang mengambil risiko untuk didakwa. 

Itu la warna PRU13 yang diadakan pada 5 Mei 2013. Sebagai seorang rakyat malaysia aku sentiasa berharap supaya perbezaan fahaman politik dilangsungkan dengan penuh etika dan profesional. Biar la kita hidup dalam aman dan damai, disamping kita akan terus menikmati kemajuan. 

03 May 2013

Tukar atau Kekal

PRU 13 masih berbaki 2 hari sahaja lagi
Kempen pihak yang bertanding memang sedang giat dijalankan
Perang poster jangan cakap, sampai ada yang membahayakan pengguna jalan raya
Aku masih dengan dasar mendengar, membaca dan mentafsir.

Rata-rata yang aku tanya, masih tidak dapat menyatakan siapa yang akan menang
Hanya ahli politik sahaja yang menyatakan keyakinan mereka untuk menang
Orang ramai dan penganalisis politik tidak bertauliah masih menyatakan peluang 50-50
Sentimen pengundi atas pagar masih tidak dapat dipastikan
Cuma ada yang cakap, masyarakat komuniti bandar masih kekal dengan pilihan mereka.

Ada yang beritahu, PRU 13 paling sengit
Nak tau sengit ke tidak, kena tunggu keputusan
Ada yang beritahu, lepas mengundi terus balik rumah
Demi untuk keselamatan diri, minta-minta la dijauhkan dari sebarang ancaman
Ada yang beritahu, nanti 6 Mei kita akan dapat Kerajaan Baru
apa pun, tunggu dan lihat
Hanya Allah yang mengetahuinya.

29 April 2013

Sunway Pyramid, Subang Jaya

Dulu Sunway Pyramid merupakan salah sebuah shopping kompleks yang hebat, tapi sekarang ini kita punyai banyak pilihan atau ada banyak shopping kompleks lain yang  lebih kurang sama hebat dengan Sunway Pyramid.

Apa yang nak aku bagitau, jalan-jalan Sunway Pyramid tidaklah sepenat berjalan di 1Utama dan Midvalley. Dari segi kepelbagaian, lebih kurang sama, mungkin kat Mid Valley ada banyak lagi shop lot.

Parking, banyak tapi still susah jugak nak dapat, kira nasib gak. Parking dia lebih rendah berbanding parking kat Sogo.

...nampak sangat, tak ide nak menulis kan.