Hai, lama sudah aku tidak menulis mengenai isu berkaitan dengan rumah subsale. Kali ini aku terpanggil untuk menulis berkaitan dengan, siapa yang sepatutnya menyelesaikan bil-bil utiliti semasa pembelian rumah secara subsale. Penulisan ini adalah rentetan daripada email yang aku terima, permasalah yang yang diberikan adalah seperti berikut :
Assalamualaikum,
Saya ada sedikit masalah berkenaan bil tertunggak terhadap rumah subsale yang telah saya beli.
Rumah tersebut sekarang sudah menjadi milik saya, tapi sekarang saya menerima bil-bil yang masih dalam tunggakan. Bila saya rujuk dengan lawyer, dia cakap semua salah saya sebab saya tidak menyemak bil-bil terlebih dahulu sebelum menerima kunci. So dalam masalah ni, siapa yang patut bertanggungjawab? Adakah saya perlu menanggung semua bil-bil tunggak tersebut?
(Insan dalam kesusahan)
Disini sebenarnya, aspek yang paling penting yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan kurang kefahaman pembeli dalam proses pembelian rumah. Satu lagi, mungkin peguam yang dilantik juga tidak boleh dikategorikan sebagai peguam yang pandai buat kerja dalam menjaga kepentingan anak guamnya, iaitu pembeli.
Sepatutnya sebelum melepaskan bayaran penuh kepada penjual, peguam telah menasihatkan pembeli supaya mendapatkan salinan bil-bil utiliti iaitu bil eletrik, bil air, bil penyelenggaraan dan bil IWK. Melalui semakan ini, pembeli akan mengetahui sama ada bil-bil tersebut mempunyai tunggakan atau tidak.
Ada kemungkinan penjual seboleh mungkin akan menyembunyikan perkara ini, terutama dalam keadaan bil tersebut mempunyai tunggakan yang banyak. Ibaratnya penjual ini hendak lepas tangan, supaya tunggak ini dibayar oleh pembeli.
Tidak ada satu cara yang standard untuk pembeli mendapatkan salinan bil-bil, cara biasa adalah minta secara langsung dengan penjual. Bagi bil penyelenggaraan, boleh cuba berurusan terus dengan Pejabat Pengurusan. Yakin mereka bahawa anda adalah pembeli, atau bakal pemilik hartanah tersebut. Buktikan dengan menunjukkan S&P hartanah tersebut. Bagi bil elektrik dan bil air, pembeli mungkin boleh menyemak terus dengan syarikat pembekal utiliti tersebut, tetapi pembeli perlu mengetahui nombor akaun bil tersebut.
Sebagai langkah kawalan, perkara ini perlu dibincangkan semasa awal proses rundingan jual-beli rumah tersebut, di mana pada tersebut penjual masih bersifat terbuka untuk menyakinkan pembeli.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.