10 May 2008

2 TAHUN MASA TAMBAHAN - PENCEN 58 TAHUN

Pada Perhimpunan Pekerja Sektor Awam pada 10 Mei 2008, Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan umur pesaraan kakitangan sektor awam dari 56 tahun ke 58 tahun. Pelbagai reaksi masyarakat pasti timbul berhubung perkara ini.


Baik atau tidak, bergantung kepada persepsi kita. Ianya dikatakan baik, jika kesihatan kita sentiasa mengizinkan untuk kita bekerja. Pada usia 58 tahun, pada mata kasar, ramai rakyat Malaysia masih boleh bekerja. Oleh yang demikian, pelanjutan ini pastinya tidak membawa kepada sebarang masalah. Pastinya, anggota perkhidmatan awam mempunyai masa tambahan untuk terus menikmati gaji dan pelbagai kemudahan lain.


Tidak baik, ramai beranggapan pada umur melepasi 50 tahun, tahap produktiviti manusia akan menurun, ini pasti memberi kesan kepada sektor awam dalam memberikan perkhidmatan. Ia juga sedikit sebanyak mengurangkan peluang golongan muda ( lepasan sekolah / universiti) untuk memasuki perkhidmatan awam. Rasanya, ianya hanya untuk tempoh sementara sahaja, kerana persekitaran akan mempengaruhi semuanya, dengan kata lain 'neutralize'.


Walau apa pun, Kerajaan telah membuat keputusan. Sentimen suka atau tidak pasti berlaku dalam diri kita. Renung - renungkanlah ke hadapan, belajar menerima hakikat, setiap perubahan pasti mengambil masa untuk diterima.




03 May 2008

Sambutan Hari Pekerja 2008

Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan telah diadakan di Stadium Juara, Bukit Jalil pada hari ini, 3 Mei 2008. Majlis dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri. Kehadiran hampir memenuhi stadium, dari pelbagai jabatan kerajaan, GLC dan pihak swasta. Sambutan meriah, tapi perjalanan majlis agak membosankan.
Sebagai warga yang bekerja, teruskan berusaha, sebab usaha tangga kejayaan.