27 September 2013

Apa yang anda nampak?


Rumah Allah.

Apa yang anda nampak.

Apa yang menarik perhatian aku, banyak kipas?
Selamat ke?


26 September 2013

Seronok Membeli Rumah

Semalam aku ada bersembang dengan seorang sahabat, yang mana beliau telah berpengalaman membeli rumah teres secara subsale. Hasil daripada penceritaan beliau dapat aku simpulkan, bahawa setelah kita berpengalaman membeli rumah, especially secara subsale, kita akan berasa seronok membeli rumah lagi untuk kali kedua dan yang seterusnya.

Tetapi semasa peringkat awal, beliau beritahu memang perasaan takut ditipu oleh agen sentiasa akan bermain di fikiran kita. Tambahan pula, kita dalam keadaan yang terdesak untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tidak. Disini pentingnya untuk kita, pandai menilai perilaku agen yang anda berurusan. Perlunya untuk ada '1st impression'. 

Kalau anda rasa agen tu tidak meyakinkan, mungkin kena fikir sama ada nak teruskan deal atau tidak. Tapi jika jumpa agen yang pandai berkata-kata pun kena berhati-hati jugak. Seboleh mungkin, dapatkan dokumen yang sepatutnya untuk mengesahkan ketulenan urus niaga tersebut.
 
Itu belum masuk bab nak dapatkan pembiayaan, urusan memohon pinjaman. Memang akan menyesakkan dada, takut tak lulus loan. Nak pulak, kita dah bayar deposit atas persetujuan membeli rumah. Tapi jika kita berurusan dengan agen yang baik, depa dah settle awal-awal dengan bank officer. Yang penting, kita ada semua dokumen yang diperlukan dalam memohon pinjaman. 

Itulah hakikatnya, harga sebuah pengalaman memang sangat mahal. Aku rasa ramai yang mempunyai perasaan yang sama semasa membeli rumah subsale . Sekarang nie yang bagusnya, ada blog-blog yang sudi berkongsi pengalaman untuk kita jadikan panduan dan rujukan.

17 September 2013

Ganjaran Segera vs Ganjaran Tertangguh

Satu elemen yang kita rasa kita tahu tetapi kita mengambil mudah, iaitu  dalam soal memberi ganjaran kepada anak. Setiap  daripada kita pasti akan memenuhi semua keinginan anak mereka, walaupun dalam keadaan yang susah ataupun tiada kemampuan. 

Namun dari segi psikologinya, anda perlu menilai kepentingan untuk memenuhi hasrat anak anda sama ada perlu diberi segera ataupun boleh ditangguhkan. Cara pertimbangan dibuat berdasarkan kesan dan akibat jika kita menangguhkan ganjaran tersebut. Contohnya, keperluan buku latihan persekolahan, tak patut ditangguhkan tetapi basikal yang baru mungkin boleh ditangguhkan. 

Ada buku yang mengatakan anak-anak yang biasa mendapat ganjaran segera, akan menyebabkan mereka kurang menghargai ganjaran tersebut dan akan menganggapnya sebagai sesuatu yang ibu dan bapa perlu berikan. Sebaliknya pula, jika anda menggunakan konsep ganjaran yang tertangguh, mungkin di peringkat awal anak anda akan memberontak, tetapi insyalaah akhirnya mereka akan faham, setiap sesuatu yang mereka perlu, mesti ada usaha Contohnya, mereka perlu menabung jika hendak membeli basikal baru.

Ada banyak cara dalam soal anda sayangkan anak... sama ada anda kasi beri sahaja setiap yang dimahukannya, ataupun akan biarkan dahulu, jika keadaan benar-benar perlu, baru anda berikan. Kedua-duanya merupakan tanda sayang. Manakah sayang yang terbaik. Fikir-fikirkan lah.

09 September 2013

Minat Membaca Surat Khabar

Aku tak pasti orang lain, tapi yang pasti aku sangat menyukai membaca surat khabar. Minat ini hadir dengan sendirinya, seawal aku belajar di sekolah rendah. Ketika itu, tumpuan aku sebenarnya lebih terarah untuk mengetahui  perkembangan sukan dalam negara. Kiranya aku suka bermula membaca dari muka surat belakang dahulu. Isu-isu nasional juga dibaca tetapi pada masa itu ianya agak kurang menarik minat aku. Ye la, budak-budak dunianya kan  kecil je. Mana nak paham isu yang dunia lagi. 

Nak dijadikan satu cerita, disebabkan kesukaan aku membaca suratkhabar menyebabkan aku rapat dengan seorang pakcik di kampung aku dulu. Puncanya, pakcik ini pasti akan membeli surat setiap hari, aku nie menumpang baca la. Ada la hari-hari tertentu yang aku tak pergi. Ianya  merupakan satu kenangan kepada aku, dan tindakan ini aku rasa isedikit sebanyak telah menjadikan sebagai seorang anak kampung, yang sentiasa mengetahui isu-isu diluar. Bak kata orang, tidak la menjadi katak dibawah tempurung. Aku juga sentiasa berasa sangat berhutang budi dengan pakcik  tu sebab dia kasi aku tumpang baca suratkhabarnya. 

Nikmat suka membaca surat khabar ini telah aku bawa sehingga ke sekolah menengah, universiti dan alam pekerjaan. Sama ada secara sedar atau tidak, ianya sangat membantu anda untuk menjadi seorang yang update dengan isu-isu semasa. 

Walaupun sekarang, bahan bacaan tidak terhad kepada membaca suratkhabar, tetapi nikmat membaca surat khabar sebagai medium pengetahuan yang utama sukar untuk dijelaskan. Membaca surat khabar secara fizikal lebih memberikan kepuasan berbanding membacanya diatas talian. Budaya suka membaca suratkhabar perlu diteruskan untuk generasi yang akan datang.

 

06 September 2013

Hatten Hotel Melaka

Semalam aku telah diarah untuk mesyuarat dan berbengkel di Hatten Hotel, Melaka. Seingat aku hotel nie merupakan hotel yang baru dibuka di Melaka. Bagi yang kurang pasti lokasinya, hotel ini terletak bersebelahan dengan Mahkota Parade Melaka. Kiranya ianya terletak di kawasan Melaka Raya gak la. 

Memang nampak hebat la hotel, aku tidak menginap, sebaliknya hanya terus ke Function Room. Tapi ada member yang beritahu, biliknya memang luas dan sangat selesa. Rata pun agak reasonable... kalau staff kerajaan, buleh dapat dengan harga RM205/semalam.

Bilik Discussion yang kitaorang gunakan agak sempit, dari segi makanan semasa lunch, tak berapa banyak pilihan, terhad kepada makanan standard yang selalu hotel akan sediakan. Hatten Hotel nie bergabung sekali dengan shopping kompleks. Dari segi parking, ada banyak disediakan, rate parking RM2 untuk 4 jam, tapi kalau sebagai pelanggan hotel boleh dapat complimentary.  

03 September 2013

Giveaway

Aku sedang berkira nak mengadakan satu giveaway kepada pembaca blog. Hadiah sedang difikirkan. Tunggu.