17 September 2013

Ganjaran Segera vs Ganjaran Tertangguh

Satu elemen yang kita rasa kita tahu tetapi kita mengambil mudah, iaitu  dalam soal memberi ganjaran kepada anak. Setiap  daripada kita pasti akan memenuhi semua keinginan anak mereka, walaupun dalam keadaan yang susah ataupun tiada kemampuan. 

Namun dari segi psikologinya, anda perlu menilai kepentingan untuk memenuhi hasrat anak anda sama ada perlu diberi segera ataupun boleh ditangguhkan. Cara pertimbangan dibuat berdasarkan kesan dan akibat jika kita menangguhkan ganjaran tersebut. Contohnya, keperluan buku latihan persekolahan, tak patut ditangguhkan tetapi basikal yang baru mungkin boleh ditangguhkan. 

Ada buku yang mengatakan anak-anak yang biasa mendapat ganjaran segera, akan menyebabkan mereka kurang menghargai ganjaran tersebut dan akan menganggapnya sebagai sesuatu yang ibu dan bapa perlu berikan. Sebaliknya pula, jika anda menggunakan konsep ganjaran yang tertangguh, mungkin di peringkat awal anak anda akan memberontak, tetapi insyalaah akhirnya mereka akan faham, setiap sesuatu yang mereka perlu, mesti ada usaha Contohnya, mereka perlu menabung jika hendak membeli basikal baru.

Ada banyak cara dalam soal anda sayangkan anak... sama ada anda kasi beri sahaja setiap yang dimahukannya, ataupun akan biarkan dahulu, jika keadaan benar-benar perlu, baru anda berikan. Kedua-duanya merupakan tanda sayang. Manakah sayang yang terbaik. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.