19 October 2012

Rumah Subsale : Langkah 8 - Proses Tukar Nama dengan TNB dan Syabas

Setelah selesai mendapat kunci rumah subsale yang anda beli, anda sudah dianggap memiliki rumah tersebut. Ini bermakna anda telah mula membayar ansuran bulanan dengan pihak bank. Langkah selanjutnya adalah membuat penukaran nama bagi perkhidmatan Utiliti seperti Bil Elektrik (Tenaga Nasional Berhad), Bil Air (Syabas - Lembah Klang) dan Bil Pembetungan (Indah Water Konsortium).

Bil Air (Syabas - Lembah Klang)
Untuk tukar nama dengan pihak Syabas, prosesnya agak mudah dan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Dokumen awal yang perlu kita sediakan adalah :

1.  Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
2.  Salinan Penuh S&P rumah anda.
3.  Bil Air yang terkini yang dihantar ke rumah baru anda.
4. Wang Deposit - Di dalam bil air ada menyatakan jumlah wang deposit bagi rumah tersebut. Bagi rumah aku, teres dua tingkat, wang deposit yang dikenakan adalah RM100.

Pastikan juga bil air rumah tersebut tiada tunggakan, sepatutnya semasa proses jual-beli  rumah, tuan rumah yang perlu menjelaskan semua bil air bagi tempoh sebelumnya termasuk amaun yang tertunggak.

Setelah sampai di Pejabat Syabas, anda sebenarnya perlu mengisi Borang Pertukaran Nama dan Surat Akujanji. Usai mengisi borang pertukaran nama, anda akan diberikan nombor giliran untuk berurusan di kaunter mengikut panggilan. Dalam 1 - 2 jam, urusan akan selesai.

Nota;
1. Sekiranya rumah anda memerlukan pemasangan paip yang baru dengan meter air yang baru, prosesnya perlu melibatkan kontraktor yang berdaftar dengan Syabas. 
2. Wang deposit owner asal perlu dituntut oleh owner sendiri. Pihak SYABAS tidak akan memaklumkan kepada owner supaya menuntut deposit tersebut. Ianya adalah menjadi tanggungjawab owner itu sendiri. Aku dimaklumkan juga jika owner nak menuntut kembali deposit tersebut, hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan sahaja. Apa salahnya jika anda maklumkan kepada owner untuk berbuat demikian, jika tidak duit tu beku kat Syabas je jawab. Walaupun RM100, tapi still boleh dimanfaatkan.



Bil Elektrik (Tenaga Nasional Berhad)
Untuk tukar nama Bil Elektrik, perkara utama anda kena tahu adalah pastikan Pejabat TNB mana yang menjaga urusan bagi bekalan elektrik di kawasan rumah anda. Untuk mengetahuinya, anda boleh merujuk di dalam bil elektrik, di ruang no. tiang.

Sebabnya hanya pejabat tersebut yang boleh membuat urusan tukar nama ini. Aku telah terkena, aku lupa nak tengok dalam bil dan dengan yakin aku berurusan dengan Kedai Tenaga di Subang Square, Subang Jaya. Sekali bila dah sampai sana, bila dirujuk dalam bil, sebenarnya aku kena pergi Kedai Tenaga dekat Bedford Business Park. Disini, aku rasa penting untuk anda tahu Kedai Tenaga mana yang patut anda pergi.

Dokumen awal yang perlu disediakan adalah :
1. Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
2. Salinan Penuh S&P rumah anda.
3. Bil Elektrik yang terkini yang dihantar ke rumah baru anda.
4. Wang Deposit - Di dalam bil elektrik ada menyatakan jumlah wang deposit bagi rumah tersebut. Bagi rumah aku, teres dua tingkat, wang deposit yang dikenakan adalah RM400.

Anda juga perlu mengisi Borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik dan Surat Akujanji dan Tanggung Rugi (Owner). Kedua-dua borang ini perlu dimatikan setem. Sebab itu proses tukar nama dengan TNB dengan nie leceh sikit. Kita kena beli setem hasil dan matikan di Pejabat LHDN.

... proses ini aku masih belum selesai. nanti aku akan update kemudian.

Update 15 Februari 2013

Pada 15 Februari 2013, urusan tukar nama kat TNB telah aku selesaikan. Setelah aku semak, hanya Surat Akujanji dan Tanggung Rugi yang perlu dimatikan setem (RM10) di pejabat LHDN. 

Sebenarnya untuk matikan setem di LHDN ini, anda perlu beli setem di pejabat pos pun, kat Unit Duti Setem tu boleh buat bayaran. Depa akan cop je mengikut setem duti yang dikenakan.

Setelah selesai matikan setem, aku telah pergi ke Kedai Tenaga di Bedford Busineess Centre, tempat yang menguruskan bil kawasan rumah aku. Dikaunter aku telah mengemukakan semua dokumen sama seperti senarai semak yang aku kemukakan diatas.
Selesai urusan kemaskini maklumat aku sebagai pembeli di dalam sistem oleh staff kaunter, aku pun buat bayaran di kaunter bayaran bagi deposit, caj proses sebanyak RM3 dan bil semasa.

Sebenarnya urusan dengan TNB ini tidak susah mana, cuma yang lecehnya kita kena matikan setem dulu di Pejabat LHDN. Walaubagaimanapun, urusan ini telah aku selesaikan. Nanti nak tengok dalam bil la, sama ada dah tukar nama atau belum.

15 comments:

  1. Salam,kalau suruh agent rumah yang pergi tukarkan nama bil air n elektrik boleh tak?atau mesti owner baru jugak?
    T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah jika urusan ini dilakukan menggunakan agen. Yang penting bagi pembekal utiliti adalah kecukupan dokumen. Maka, perlu dipastikan dokumentasi yang telah lengkap.

      Delete
  2. Assalam En Amir,

    Kalau nak tukar nama meter dari pemaju, apa caranya?
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang anda maksudkan 'meter dari pemaju'. Saya andaikan bil eletrik dan air hartanah anda diletakkan atas nama pemaju.

      Jika itu keadaanya, apa yang penting anda perlu buktikan bahawa anda merupakan pemilik hartanah tersebut. S&P adalah dokumen yang dimaksudkan. Selanjutnya, anda boleh terus berurusan dengan pembekal utiliti bagi tujuan penukaran nama.

      Delete
  3. En, nak Tanya. Perlu ke kedua-duanya iaitu owner & pembeli datang sekali gus ke TNB dan Syabas untuk penukaran nama ini ? Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu, pembeli atau pemilik baru sahaja pun boleh menguruskannya.

      Delete
  4. macam mana nak tukar nama pemilik rumah ? jika sekarang rumah apartment itu atas nama ayah dan hendak ditukarkan ke nama anak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tukar nama pemilik rumah, anda perlu mengisi borang 14A yang dikeluarkan oleh pejabat tanah. Biasa urusan ini akan dilaksanakan oleh peguam. Jika nak uruskan sendiri pun, berurusanlah dengan pegawai di Pejabat Tanah (Mengikut lokasi rumah yang hendak ditukar milik). Jika rumah tersebut masih mempunyai hutang dengan bank, anda juga perlu berurusan dengan bank untuk urusan gadaian yang dibuat oleh bank.

      Delete
    2. En.sy nk tanya mcm mne klau sy nk tukar takrif elektrik dari rumah kedai kerumah pepersendirian..maksud sy rumah sendiri

      Delete
    3. En.sy nk tanya mcm mne klau sy nk tukar takrif elektrik dari rumah kedai kerumah pepersendirian..maksud sy rumah sendiri

      Delete
  5. Bagaimana jika saya ingin membuat rumah bsbelahan rumah ibu sya...senang x untk urusan kemasukan meter api dan air nanti??

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pula prosedur nak tukar num rumah di taman perumahan? #MohonBantuan

    ReplyDelete
  7. Kalau rmh lelong,ada bil air tertunggak mcmne nk tukar?
    Xkn lh sy kne tggung sbb bnk ckp dia xnk terlibat apa2.

    ReplyDelete
  8. kenapa di tempat kami jika company nak tukar nama ke atas nama company anak sendiri kena ada surat wakil dan cop.. itu bermakna surat rasmi ye..? Mohon pencerahan

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.