29 April 2011

PUNCA RAMBUT GUGUR

  • Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya mendedahkan seseorang kepada risiko keguguran rambut jika bahan pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut. 
  • Tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda.
  • Dua faktor ini menyumbang kepada masalah fizikal (luaran) dan genetik. Faktor luaran termasuk pencemaran kimia seperti sebatian sintetik, bahan pengawet dalam produk penjagaan rambut, gas beracun seperti karbon monoksida dan hujan asid yang mengandungi asid sulfurik.
  • Pencemaran biologi pula disebabkan jangkitan kulat, bakteria dan kuman lain dalam udara, sama ada di rumah atau tempat kerja, yang boleh menyebabkan kerosakan akar rambut.
  • Kehilangan rambut juga boleh disebabkan faktor genetik dan ia sukar diatasi, tetapi kehadiran faktor luaran menyebabkan proses keguguran menjadi lebih cepat dan mendadak.
  • Garis rentas menunjukkan rambut kerinting sebenarnya berbentuk segi tiga, manakala separa kerinting berbentuk lonjong dan bulat bagi rambut lurus. Mata sikat hendaklah tidak terlalu rapat kerana ia boleh mencederakan kulit kepala dan pembukaan liang akar rambut. 
  • Kehadiran liang ini menyebabkan permukaan kulit kepala menjadi tidak rata dan mata sikat yang terlalu rapat akan menghasilkan geseran atau daya tarikan berlebihan dipanggil traction alopecia yang menyebabkan keguguran rambut. 
  • Sebenarnya setiap akar rambut boleh kehilangan rambut beberapa kali dan bilangan ini berbeza antara individu. Setiap kali kehilangan rambut, akar rambut akan menghasilkan rambut baru sehingga kehilangan rambut terakhir kerana selepas itu, liang akar akan tertutup. 
  • Kecederaan pada liang akar rambut akan mendedahkan ia kepada jangkitan bakteria, kulat atau kuman lain akibat pencemaran. Geseran itu sama ada boleh membuatkan rambut putus atau gugur. Jika sekadar putus, rambut akan tumbuh semula tetapi jika akar rambut tercabut sama, tiada rambut akan tumbuh di tempat berkenaan. 
  • Tekanan di tempat kerja antara punca utama masalah keguguran rambut di kalangan lelaki dan wanita. Ada orang menyikat rambut berulang kali untuk meredakan tekanan kerja dan tabiat ini hanya akan merangsang masalah keguguran rambut. 
  • Setiap orang perlu memastikan akar rambut mendapat nutrien secukupnya. Malangnya, kesihatan rambut tidak banyak bergantung kepada diet seharian, sebaliknya ia perlu diberikan nutrien dari luar. 
  • Hampir 50% nutrien semula jadi, terutama daripada ekstrak pucuk tumbuhan primordial, boleh dimasukkan ke dalam akar rambut bagi mendapatkan rambut sihat dan bermaya. 
  • Paling penting, elakkan syampu yang banyak kandungan bahan kimia terutama ammonium (bahan pengawet sintetik) dan silikon kerana sebatian ini boleh mempercepatkan kerosakan akar rambut. 
  • Sebolehnya elak warnakan rambut. Jika terpaksa, gunakan bahan pewarna tanpa sebatian ammoniam silicon dan raksa. Pastikan ketika menyapu, bahan pewarna tidak terkena kulit kepada kerana jika terkena, walaupun sekejap, sudah mampu merosakkan akar rambut. 
  • Usah terlalu kerap menyikat rambut. Urat kulit kepala dengan jari bagi melancarkan aliran darah. Jangan sekali-kali mencuci rambut menggunakan sabun kerana kebanyakan sabun mengandungi sodium hidroksida, sebaliknya pilih syampu lembut yang bebas ammonium dan silikon.

27 April 2011

Hak Milik Tanah


Pada tanggapan umum terdapat dua bentuk hakmilik yang dikeluarkan iaitu hakmilik pegangan bebas (freehold) dan hak milik pajakan (lease hold).

[ Dulu ; 1966 – 1984 ]
Sesuatu tanah berhakmilik pegangan bebas mestilah terdiri daripada hakmilik tetap dengan taraf pemberimilikan untuk selama-lamanya dan bebas dari sebarang bebanan dan sekatan kepentingan. Geran Negeri (hakmilik pejabat pendaftar) dan Geran Mukim (hakmilik pejabat tanah) adalah hak milik pegangan bebas.

[ Kini ; 1984 – Now ]
Pada tahun 1984 melalui Warta Kerajaan Akta A 587 KTN telah dipinda. Pemberimilikan hakmilik tanah untuk individu dan badan tidak lagi diberi milik secara selama-lamanya lagi malahan bertempoh dengan tempoh tertentu sahaja. Jadi tuan tanah akan mendapati hakmilik di dalam Geran Mukim dan Geran Negeri yang dikeluarkan selepas ini akan mempunyai tempoh pegangan yang tertentu. Ini bermakna syarat asas hakmilik pegangan bebas itu telah tidak dipatuhi dan bermakna hakmilik sebegini bukanlah hakmilik pegangan bebas lagi.

CARA MENGATASI GEMENTAR KETIKA BERUCAP


Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ia boleh dilakukan di dalam situasi yang terancang seperti tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.
 
Pengucapan awam yang baik memerlukan seseorang perucap yang berpengetahuan (menguasai bidang, berpengetahuan luas dan sensitif pada topik), berkemahiran berucap (berkeupayaan untuk mengawal dan menarik perhatian audien kepada ucapannya) berkeyakinan (yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik) dan memperlihatkan peribadi/perwatakan yang baik (audien menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan gerak geri fizikal dan lain-lain).

Tips 1: Biasakan dengan ruang atau tempat berhujah.
Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.

Tips 2:Kenalpasti Penonton
Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurang apabila anda berdiri di depan mereka nanti.

Tips 3:Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan.
Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.

Tips 4:Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti, jika tidak anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat secukupnya.

Tips 5:Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan menyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan berasa lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya.

Tips 6: Yakini diri bahawa orang lain mahun anda berjaya menyampaikan ucapan.
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya persembahan dan ucapan anda mempunyai kriteria ini pastinya anda akan berjaya.

Tips 7:Jangan Memohon Maaf
Sekiranya anda menyatakan kegentaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda akan membuatkan penonton mengimbas kembali persembahan dan cuba mengenal pasti dimanakan kesilapan tersebut, Jangan sekali-kali melakukan perkara itu.

Tips 8:Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda beri penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.

Tips 9:Tukarkan perasaan gementar kepada Tenaga Positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.

Tips 10:Kutip Pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.

Nota; diambil dari artikel yang dibaca.

23 April 2011

Disiplin Diri




Semasa di sekolah rendah, antara kenangan yang teman rasa membanggakan adalah kemenangan di dalam pertandingan kawad kaki antara sekolah-sekolah dalam daerah. Bayangkan hampir 70% budak sekolah teman telah dilibatkan bagi menyertai pertandingan ini.... yang tak terlibat rasanya budak darjah satu dan beberapa pelajar yang memang bermasalah untuk berkawad....depa nie selalunya langkah kaki kanan, hayun tangan kaki... maka sumbang la jadinya. Maklumlah jumlah semua pelajar dalam satu sekolah  lebih kurang 40 orang je.

Kemenangan kawad kaki rasanya keme menang sebanyak tiga tahun berturut-turut.... tapi bila teman fikirkan semula, teman bukan la minat sangat berkawad nie... tapi teman  biasanya jarang melawan cakap cikgu.... lagipun bila member semua masuk sekali maka.... perasaan seronok tu datang. Keme semua berkawad, kalu pelajar lelaki memakai seluar pendek dengan stoking panjang sampai ke lutut.... pelajar perempuan akan pakai baju gaun.... 

Bagi teman rahsia kejayaan keme pada masa tu ada banyak, yang pertama, komitmen semasa berlatih... ye la ... kat kampung apa lagi la aktivit yang ader.... so bila ader latihan memang kehadiran adalah terbaik.... yang kedua, komander mestilah mempunyai suara yang kuat dan jelas.... dua orang komander terbaik keme, adalah Lan Anak Pak Ja dan Pendi Anak Kak Ah.... bila suara komander jelas.... arahan kepada team kawad pun sampai dan wujudnya tindakan yang seragam... yang ketiga, disiplin diri.... semua ahli mesti bersatu mendengar arahan dan bertindak. Disiplin nie yang teman amalkan sampai sekarang. 

22 April 2011

Mengenal Kehidupan


….” Mer, kamu pegi dulu, nanti apak sampai…ikut la budak-budak lain’….
Itu la ayat keramat yang apak teman cakap kat teman masa hari pertama teman kena pergi sekolah masa darjah satu... teman pun susah hati jugak, nak buat aper kat sekolah nanti… kalau cikgu nak minta pape nanti, aper nak jawap… teman memang blank kosong sangat masa tu… maklumlah anak kampung yang hidup dalam dunia kecil yang sentiasa menyenangkan…. Penuh dengan aktiviti yang tidak menyakitkan hati maner-maner pihak.
Tapi teman pergi jugak, ikut aper yang apak teman suruh… memang mula-mula teman diam je… seingat teman beg sekolah yang teman bawak masa tu memang dah teruk sangat… mak teman yang suruh teman pakai beg tu, beg tu abang teman punya dulu…. Teman pun ikut je, tak membantah langsung… rasanya keadaan nie memang banyak berbeza dengan anak-anak zaman sekarang, baru nak masuk tadika, mak bapak dah siap beli beg yang baru termasuk baju, seluar dan kasut sekolah. Tapi teman tak kisah sangat masa tu, sebabnya teman tau bila la masa apak teman nak pergi ke Teluk Intan … nak beli beg baru untuk teman… lagi pun, masa tu nak ke Teluk Intan, kena naik bot.
Lagi satu, bab baju sekolah…. Mak teman dah kumpul-kumpul baju-baju lama abang-abang teman….memang baju nie mak simpan elok-elok dalam almari… sebab mak tau nanti ramai anak-anak dia termasuk la teman yang akan pergi sekolah jugak… mana baju yang masih elok, mak teman akan asingkan dan suruh la teman cuba… maner yang koyak sikit-sikit memang dia akan jahitkan semula…. bab jahit menjahit memang kepakaran mak teman la…
Ada satu peristiwa, masa tu jalan pergi sekolah masih belum bertar lagi… masih jalan tanah je… kiri kanan jalan pun masih gelap walaupun siang hari… maknenye banyak pokok-pokok yang merimbun la… kalau hari hujan, akan banyak la lopak-lopak bagaikan periuk api….. biasanye teman akan pergi dan balik sekolah dengan abang dan beberapa member dalam kampung teman… pernah satu hari tu, teman balik awal … balik lak sorang-sorang… teman lak masih belum la pandai sangat mengayuh basikal… nak jadi cerita teman terjatuh dalam salah satu lopak masa perjalanan balik…. Apa lagi, abis semua kotor, baju dan beg sekolah teman yang buruk tu pun dah terkoyak…. Tapi masa teman sampai rumah, mak teman rileks je… tak marah langsung…. Pastu mak kasi beg lain yang lebih baik daripada beg yang telah koyak tu… sebab tu teman memang menghargai setiap barang yang teman dapat sampai la sekarang.

19 April 2011

Pass Second Chip

Buku Kegemaran Teman 

Korang percaya dulu teman ader satu kumpulan.... jangan tak percaya.... memang teman and gang berangan-angan wujudkan satu group... semuanya dalam 5 orang la....masa tu memang keme selalu kuar ronda-ronda kampung bersama-sama. Port pertemuan, kira cam pusat operasi la.... ader kat satu kawasan dalam kebun kelapa sawit, dan dibawah sepohon pokok betik

Nama group keme adalah PASS SECOND CHIP... teman pun tak pasti kenapa buleh guna nama tu... memang kelakar la klu diingatkan semula... kira-kira dalam group nie teman la jadi Chip.... tapi bukan chipmunk tau. masa tu memang la kitaorang berangan nak menyelesaikan masalah jenayah.... takpun kira2 keme buleh membantu masyarakat.

idea penubuhan group nie, pengaruh banyak sangat membaca buku Lima Sekawan.... buku nie ader banyak siri.... teman memang suka sangat baca buku....biasa dalam setiap siri, buku ini akan menceritakan kemampuan lima sekawan menyelesaikan pelbagai masalah seperti kehilangan buku.... dan sebagainya.. Kenangan nie memang boleh membuatkan teman ketawa sendirian.

17 April 2011

Belajo Ngayuh ?


Kome pandai tak kayuh basikal.... macam maner agaknya pengalaman kome belajo ngayuh basikal...mesti pengalaman jatuh bangun tu biasa la kan...

Teman pun dulu masa belajar naik basikal tah berapa kali jatuh pun teman tak ingat....dulu nak arapkan apak teman ngajor teman memang takder harapan la...sebabnya pagi-pagi lagi dia dah sibuk pergi kebun sampai tengah hari... belah petang pulak, selalunya apak teman berehat sampai asar....pastu dia akan pegi kebun lagi sampai la maghrib...malam lak dia terus g menesah(surau) sampai isyak.

Jadinye teman belajor sendiri la....rasanya mak teman ader tolong tengokkan... takut gak anak dia try-try bawak terus masuk ke sungai....tumpo kome wei. 

Basikal yang teman belajo rasanya ader palang lak tu...makanye buleh teman belajor kayuh separuh dulu...kedik-kedik bunyinya...

Tapi bila nak pandai bawa basikal ....kira dapat lesen kebebasan la....nak pegi mana pun tak kisah dah sebab dah buleh pegi sendiri.... kalu mak suruh pegi kedai Pak Lop pun teman laju je pegi.... tapi penjoi (baki duit selepas beli barang) tu buleh teman beli la cekelat (gula-gula).

16 April 2011

Mandi Hujan


Rasanya sekarang kalau la anak-anak kita minta nak mandi hujan...memang jawapan 'tak boleh, nanti demam'... agak payah bagi mak ngan bapak nak benarkan.

Teman dulu ... memang pantang ujan lebat... memang bersemangat giler mandi hujan... mak teman pulak takder la menjerit 'woi...kome, jangan main ujan'... sebab tu teman selalu dapat mandi hujan...rumah teman kat kampung akan ader la kawasan yang mengumpul hujan, so kat kawasan nie teman selalu main dan mandi....keseronokan mandi hujan sama macam kite mandi kat kat air terjun.

Satu lagi, bila musim durian takpun musim mangga, sambil mandi ujan....teman pergi la menengok kot-kot ader buah yang luruh.... dan kalu masa hujan nie, kalu kita menyelam kat sungai....air sungai akan lebih suam berbanding air ujan....

tapi bila ujan dah sidang (berhenti), biasanya teman akan sambung mandi kat sungai....bila dah selesai mandi, lepas pakai baju.... minta kat mak air teh o panas....memang sedap. 

15 April 2011

MENILAI LEMBARAN SEJARAH PERAK



MEMBACA buku Meniti Zaman karya bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, teringat kita kepada sejarah berdarah di Pasir Salak pada 1875 yang membabitkan Residen Inggeris, JWW Birch, dibunuh ketika mandi di Sungai Perak kerana cuba campur tangan dalam hal ehwal pungutan cukai serta adat resam negeri itu.

Tindakan Inggeris membicarakan pembesar Perak, Datuk Seri Maharajalela dan Datuk Sagor di mahkamah Inggeris kerana dianggap sebagai pemberontak dan dikenakan hukuman gantung sampai mati menimbulkan kemarahan orang Melayu pada masa itu.

Inggeris mengambil keputusan meminggirkan penduduk di tepi Sungai Perak terutamanya keturunan Datuk Seri Maharajalela dan Datuk Sagor daripada arus pembangunan selepas peristiwa berkenaan, bagaimanapun keadaan berubah apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Peristiwa suka duka keturunan Datuk Seri Maharajalela dan Datuk Sagor turut dilalui moyang, datuk serta nenek bekas Menteri Besar Perak itu, lalu beliau mengambil kesempatan menceritakan sejarah dan sosiobudaya kehidupan sebahagian besar masyarakat Melayu di sekitar Pasir Salak.

Ramli dalam bukunya ini mengisahkan realiti kedaifan masyarakat luar bandar selepas Perang Dunia Kedua dan ia berdasarkan peristiwa benar pada zaman kanak-kanak dan dewasanya, selain turut memaparkan peristiwa sebelumnya yang membabitkan orang penting dalam sejarah.

Kebangkitan menuntut kemerdekaan negara yang bermula dengan Datuk Seri Maharajalela di Pasir Salak dan Datuk Seri Agar DiRaja (Datuk Sagor) di Kampung Gajah dikisahkan melalui cerita yang didengar secara langsung daripada datuk nenek dan moyang beliau.

Beliau yang mengambil masa hampir dua tahun, cuba mengingatkan peristiwa silam dengan mencatatkannya semula, di samping bertanya kepada beberapa individu yang masih hidup terutamanya ahli keluarga terdekat Ramli bagi memastikan bukunya memberi gambaran sebenar peristiwa pada masa itu.

Tujuan utama buku ini ditulis dan diterbitkan adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda mengetahui sejarah mahupun sosiobudaya Melayu sebelum serta selepas merdeka sebagai ingatan kerana selama ini semua perkara terbabit banyak ditulis orang luar termasuk penulis Barat dengan sesetengah fakta sengaja ditulis tidak tepat bagi menghina Melayu.

Catatan peristiwa dalam Meniti Zaman ini patut dibaca dan diketahui generasi baru agar jati diri mereka kekal di sanubari masing-masing dan buku ini sewajarnya dibaca pelajar sekolah, guru, pensyarah, penyelidik dan mahasiswa mahupun orang awam bagi menggali sejarah serta sosiobudaya bangsa mereka.

Dengan membaca buku ini, pembaca dapat meningkatkan kefahaman sejarah dan sosiobudaya bangsa Melayu yang hidup pada zaman penjajah Inggeris dan selepas negara mencapai kemerdekaan, selain ia akan merangsang semangat patriotik dan jati diri masing-masing.

Penulis yang juga keturunan Datuk Sagor begitu yakin bahawa generasi akan datang tidak mungkin boleh menolak peristiwa sebenar yang berlaku sebelum mereka dan ia boleh membantu menyelesaikan pertikaian isu tertentu di negara ini.

14 April 2011

Basikal Merah


Teman masih ingat dengan sebuah basikal merah.... basikal nie sebenarnya turun temurun menggunakannya. Mulanya Apak teman la yang guna...pastu rasanya abang teman yang guna, kemudian baru la teman yang guna...

Seingat teman la, teman pakai basikal nie masa teman dah masuk sekolah menengah... dengan basikal nie la  selama 5 tahun, teman berulang alik dari rumah ke asrama sekolah menengah... bukan berulang hari-hari...mau tercabut kepala lutut teman agaknya kalu berulang hari-hari...buleh tahan gak la jauhnya... dekat satu jam perjalanan baru sampai...

Makanya, dalam setiap dua ke tiga minggu sekali je la teman  mengayuh basikal untuk balik ke rumah...dan balik ke asrama. Tu tak kira hujan ke, panas je... memang teman redah je....tapi teman tak mengeluh nasib teman, sebabnya teman bahagia dengan cara begini. 

11 April 2011

Buluh Bedul


Kali ni teman  nak citer pulak pasai main bedui...bedui nie merupakan permain tembak menembak menggunakan peluru kertas. Bedui ini akan menghasilkan letupan...kekuatan letupan sebenarnya bergantung kepada kepandaian kita dalam membuatnye.

Bedui nie sebenarnya keme buat sendiri je....menggunakan buluh... buluh yang paling sesuai adalah buluh biasa....kita hanya menggunakan satu ruas buluh sahaja dan bahagian yang diambik adalah bahagian atas. kemudian pangkal ruas dan badan buluh perlu dipisahkan, teman selalunya akan menggunakan gergaji apak teman ler...

Kemudian bahagian pangkal buluh yang telah dipisahkan, diisi dengan batang buluh yang diraut sebagai penolak...maka terhasil la sebuah mainan budak kampung yang dipanggil buluh bedui..

Untuk bermain bedui, kite perlu merendam kertas surat khabo untuk dijadikan peluru...agak payah jugak teman nak describe mainan nie...cukup la sekadar gitu je teman bayangkan.

10 April 2011

Main Biji Getah


Kome buleh bayangkan tak kalu teman sebut biji getah..kat kampung teman semua orang panggil biji getah la..rasanya kat tempat-tempat lain, orang panggil buah getah...makanya ikut la cara keselesaan masing-masing.

Permainan menggunakan biji getah nie, pada teman, permainan yang langsung tidak menggunakan kos. tapi biasanya keme main bila musim biji nie banyak... yang penting bila nak main biji getah, kena pegi la kutip biji getah sebanyak mungkin kat dalam kebun getah...tak kira la kebun getah...keme main kutip je...keja mengutip nie mudah...cuma kalu member lain dah kutip ... kena cari kat tempat lain... biasanya sekali keme pegi kutip bule dapat beratus-ratus biji...

Dalam banyak2 biji getah tu, kita kena pilih satu biji sebagai 'tagan'. Tagan ini digunakan untuk membaling semasa permainan nanti. Biasanya tagan nie keme akan gosok-gosok kat tanah untuk menjadikan ianya berwarna kemerah-merahan. Tagan ni dipilih dikalangan biji getah agak berat daripada yang lain.

Mula-mulanya semua orang kena pertaruhkan sejumlah biji getah...contohnya, 10 biji seorang.. dan ader empat orang...maka jumlah yang dipertaruhkan adalah sebanyak 40 biji. 40 biji nie akan disusun memanjang dan dibuat satu kepala (satu biji kat atas 3 biji getah). setiap pemain perlu melontar tagan ke satu arah yang sama...jarak yang paling jauh akan membuat baling yang pertama, kemudian yang kedua jauh dan seterusnya. Jika balingan pemain mengena kepala maka dia dianggap pemenang semua 40 biji getah tersebut....jika balingannya hanya mengena separuh daripada susunan biji getah bahagian ekor susunan tersebut menjadi milik pemain tersebut.

Proses permainan ini akan berulang-ulang sehinggalah masing-masing dah malas nak main sebabnya sibuk nak pegi mandi tebing. Ataupun, mana2 mak datang suruh balik sebab ari dah malam. Seingat teman permainan ini memang menyeronok...agak mustahil pada hari ini untuk mencari anak-anak yang masih bermain permainan ini.

09 April 2011

Ngail Sentak


'Ngail sentak' ...susah nak tulis nak kasi sama dengan sebutan... ngail sentak nie merupakan aktiviti memancing versi budak-budak kampung yang takder duit... . 

Kail nie semuanya teman buat sendiri secara manual, tapi semangat pegi mengail nie pun bermusim jugak... kalu air sungai dalam memang waktu nie la saat yang paling seronok untuk pegi mengail. eloknya teman cerita dulu, macamaner keme buat kail nie.... mula-mula kita kena ambik buluh...ambik bahagian ujung buluh je...ringan skit...biasanya teman ambik dalam 5 ruas buluh...sebabnya apak teman cakap batang kail yang baik kena ganjil..... cuba kira dari pangkal...dekor...sial...dekor..sial....dekor. Dekor tu maknanye rasi la untuk dapat ikan, kalu sial pulak makne kail tu akan payah dapat ikan.

selesai bab buluh, teman kena la beli tali tangsi dengan mata kail....selalunya teman minta duit ngan mak teman. ala dalam 5 kupang je... tali tangsi tu mula2 kena la ikat pada mata kail tu...pastu baru ikat pada batang buluh. Maka siap la sebatang joran manual yang teman buat sendiri.

lagi satu, bila nak g mengail kena la ader umpan... umpan favorite teman adalah cacing tanah....maka menunduk2 la teman kat belakang rumah mencari cacing...nak tau kat maner kawasan banyak cacing...  kena cari kawasan yang ader banyak tahi cacing...biasanya cacing tanah ni suka kat kawasan yang sejuk...cam bawah pokok pisang. cacing nie teman letak dalam tempurung kelapa...masuk la sikit tanah, tak nak kasi cacing tu keluar. kalu maleh nak cari cacing, teman pakai umpan buah kelapa sawit je.

ngail sentak nie biasanya teman duduk kat tepi tebing je... cacing tanah tu teman cucuk la kat mata kail...masa ikan tu tarik tegang je tali tangsi tu....kita sentak la cepat2...tu la sebabnya dipanggil ngail sentak. antara ikan-ikan yang selalu teman dapat seperti ikan seluang, ikan lampan, ikan perek dan ikan teroboi. bila dapat ikan lampan besor tapak tangan memang satu kegembiraan yang amat sangat.

08 April 2011

Kebun Pisang


Masa teman masih sekolah dulu…selalu gak teman ikut apak teman pegi kebun pisang….time tu bukan apak teman je yang ader kebun pisang, buleh dikatakan ramai jugak orang-orang kampung yang berkebun pisang.

Rasanya faktor utama ramai yang berkebun pisang, kerana ada peraih yang masuk kampung. Kiranya mudah la untuk dijual, tebang, kumpul dan jual. Pisang yang selalu orang tanam biasanye adalah pisang minyak, pisang berangan, pisang nangka, pisang abu, pisang awak, pisang abu keling dan pisang siamsam.Tapi pisang yang mudah dijual adalah pisang minyak. Pisang minyak nie jenis pisang yang boleh dimakan mentah-mentah,

Tapi usaha nak menjadikan kebun pisang kena gigih, sebabnya ‘banyak mare’ yang suka mengacau. ‘Banyak Mare’ nie maksudnya ancaman binatang seperti babi dan kera. Bagi memastikan buah pisang yang ditanam tu mencing kena la pastikan anak-anak pokok tu dibuang…tinggalkan satu atau dua anak pokok sahaja. Satu lagi, nak mengelakan buahnya dimakan kera, kena balut la dengan guni.

Seingat teman la, apak teman memang menyara keluarganya dengan hasil jualan pisang. Sebab tu la teman kenal hampir kebanyakan buah pisang yang ade. Teman pun kena ingat asal usul teman.

AKU NOMBOR SATU

Masa teman sekolah rendah...kat SK Ayer Mati la...seingat teman masa tu jumlah semua murid-murid ada la dalam 30 orang... dari darjah satu sampai ke darjah enam...jangan tak percaya... kalu kat bandar besar... 30 orang tu dianggap baru satu kelas je kan....

Kenapa sikit benor murid kat sekolah ni...faktor yang paling besornye kerana orang-orang muda banyak yang berhijrah keluar ... mencari rezeki...jadi tinggal orang-orang tua yang tidak produktif lagi menambah umat muhammad... makanye bilangan budak-budak yang masuk sekolah makin berkurang ler...


Kawan sesama sedarjah dengan teman...ada ler dalam 6 orang...eji, pendi, pozi, jenal, ogy dan aku ler.... nie la kawan2 aku belajar sesama dari darjah satu sampai ler darjah 6....bila time keluar je keputusan periksa teman biasanya dapat nombor satu... kira2 yang paling pandai ler dalam 6 orang tu.... yang selalu challenge teman pun rasanya pozi je....yg lain memang jauh teman tinggalkan.... seingat2 teman ler... dari darjah satu sampai ler darjah 6...tak kira periksa tengah tahun ke... akhir tahun ke...teman memang akan dapat nombor satu...jadinye bila masa penyampaian hadiah...asyik teman je la yang dapat...tapi cikgu pun kasi jugak kat deme yang lain...walaupun teman dapat yang tertinggi, tapi cikgu bagi pada deme yang dapat kemajuan yang tertinggi.... betul juge... takkan semua nak kasi kat teman je kan...

lagi satu, bab pergi sekolah nie teman pun cukup rajin datang...sampaikan cikgu teman pernah ngadu kat apak teman....'anak pak aji nie, rajin benor datang sekolah... demam pun datang, pening pun datang...huih rajin sungguh'....teman pun tak tau kenapa masa demam pun pegi sekolah, rasanya selagi badan larat nak bangun memang teman tetap akan ke sekolah...disiplin kena ada, buleh dikatakan itu la rahsia hidup teman. 

07 April 2011

Main Penggal Mati (MPM)

Dashyat...dashyat.. bak kata Nazmi raja lawak... apa maknenye 'main penggal mati'. sapa la yang nak kena penggal sampai mati...kesiannya. Main Penggal Mati (MPM) ini adalah merupakan game kegemaran budak-budak kat kampung teman. tak kira la laki ke pompuan...semua pun main....tapi teman pun tak pasti kat tempat lain ader ke tak permainan ini...

Camaner cara permainan.
Sebenarnya MPM ini tidak memerlukan peralatan yang banyak...cukup la dengan sebiji bola sepak atau mana-mana bola yang lain... cuma elakkan bola yang tersangat keras...takut bila kena badan member buleh lembam pulak.... keme selalu main kat Padang badminton dekat sekolah keme la...  Mula-mula kena agihkan bilangan pemain yang ada...sama rata, lantik kapten bagi kumpulan a dan b....  so masing-masing akan cari ahli pasukan menggunakan kaedah undi panjang pendek....pakai rumput je nak undi panjang pendek nie...



Semua  pemain akan duduk kat atas padang badminton mengikut kumpulan masing-masing. Kawasan sempadan antara satu pasukan adalah garisan ditengah-tengah padang badminton. Pemain Kumpulan A akan memenggal bola ke arah Pemain Kumpulan B dan sebaliknya. Jika bola yang dibaling dapat disambut tanpa menjatuhkan bola, permainan akan diteruskan dengan sesi penggal memenggal akan berlangsung. Sekiranya bola tersebut cuba disambut tetapi jatuh atau balingan mengena mana-mana anggota badan dan jatuh ke tanah, pemain tersebut dikira mati.. dan perlu berpindah ke zon pemain mati KB/KA.

Pasukan pemenang adalah pasukan yang mempunyai bilangan pemain yang masih hidup. Pasukan kalah adalah pasukan yang mana anggotanya telah dipenggal dan dikira mati. Teknik penting dalam permainan ini adalah teknik menangkap bola dan teknik mengelak. Rasanya permainan ini telah pupus ditelah zaman... teman bernasib baik dapat bermain semasa zaman kanak-kanak dulu.

05 April 2011

PENYAKIT BUAH PINGGANG


Penyakit buah pinggang kronik berlaku bila seseorang individu protein berlebihan di dalam air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara. Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekanan darah dan kerosakan jantung dan salur darah. Terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggan yang kronik. Secara umumnya, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang kronik.

Punca Utama
• Diabetes
• Tekanan Darah Tinggi
• Keradangan pada buah pinggang
• Jangkitan kuman
• Batu Karang
• Penyakit keturunan


Tanda dan Gejala
Ramai orang tidak sedar bahawa buah pinggang mereka rosak sehingga mereka menjalani pemeriksaan perubatan. Sesetengah individu mungkin mengalami beberapa tanda dan gejala berikut, bergantung pada jenis penyakit buah pinggang:
• Ketidakselesaan atau rasa sakit semasa buang air kecil
• Darah keluar bersama-sama air kencing
• Perubahan kekerapan membuang air kecil
• Sakit belakang (bahagian loin)
• Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam
• Bengkak pergelangan kaki
• Sembap di keliling mata yang berlarutan, terutamanya pada sebelah pagi


Bagi mengesan penyakit buah pinggang adalah dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan tanda-tanda kerosakan kepada buah pinggang. Jika tidak dikesan awal, ianya berisiko mengalami kerosakan teruk hingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang. Di samping risiko kematian disebabkan penyakit jantung.

Pencegahan
Langkah-langkah pencegahan yang terbukti berkesan mencegah penyakit buah pinggang :
• Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang
• Mengawal tekanan darah
• Mengawal gula dan kolesterol di dalam darah
• Berhenti merokok
• Bersenam
• Mengawal berat badan


Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap. Tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit. Ujian dan pemeriksaan awal adalah penting terutamanya jika anda berada di dalam risiko tinggi. Perkembangan penyakit buah pinggang boleh dilambatkan atau dihentikan jika dikesan lebih awal.

03 April 2011

Merado Ikan

Teman tak pasti samada kat tempat lain disebut merado ke tak... kome paham ke merado tu aper...klu sebut merado je memang kompem ramai tak paham... tapi kalu sebut merado ikan... maknenya menangkap ikan...


Dulu merado ikan nie memang aktiviti kegemaran aku and the gang...zapi dan che'a...seingat aku masa tu banyak pokok hutan kat kampung aku kena tebang...masa tu semua hutan nak ditanam ngan kelapa sawit... felcra punya, tapi felcra tanam atas tanah orang kampung...ader agreement la...

kitaorang merado guna tangan je...biasa kalu merado ikan yang paling banyak keme dapat ialah ikan sepat...tak kira la sepat siam ke sepat biasa...sepat siam nie sedap kalu digoreng, kalu dah banyak biasanya mak teman buat pekasam, takpun mak jemur untuk buat buari.... selain sepat, ikan yang lain cam puyu, bulat dan keli... keli nie bahaya sikit sebab kalu silap tangkap buleh kena sondak.... uiiih kalu kena sondak di keli mau tak tido 2 malam wei...memang bisa.... org tua-tua cakap kalu kena sondak di keli, ambik otak keli, dan sapu kat tempat kena sondak...insyallah, kurang la sikit sakitnya..

tempat yang keme selalu pegi merado kat kawasan tok merempat... teman pun tak tau kenapa dipanggil tok merempat... kat situ memang banyak lubuk...tapi keras sikit... silap-silap aribulan malam-malam buleh ngingau...ikan yang keme dapat, kena basuh elok2 dulu... selalu keme basuh dan mandi ke tebing, kat menesah je...tapi mak teman memang sporting, banyak maner pun teman bawa balik ikan...tak kira kecik ke beso...semua mak siang...pasti mak goreng...wau memang sedap.

01 April 2011

Rakit Batang Pisang

Sebagai anak kampung yang duduk di tepi sungai perak. Bila banjir ( kt kampung keme panggil ayor bah) melanda membawa kegembiraan kepada aku. Ye la.. tapi bukanlah banjir yang dalam sangat-sangat sampai rumah tenggelam. Kenapa aku kata aku gembira, sebabnya aku boleh main dan mandi ayor bah, kat parit-parit tepi ladang kelapa sawit Felcra la kita keme bermandi manda.

… tapi bukan pasai main ayor bah, yang aku nak ceritakan tapi pasai buat rakit. Dulu-dulu masa ayor bah nie, abih la pokok pisang orang kampung jadi mangsa… cuba bayangkan kalau aku sorang dah dua batang pokok… kalu 4 orang… mau tak abis pokok pisang orang kampung…. Proses nak buat rakit nie kena ader batang pisang ngan buluh…. Mudah je kan.. tapi nak mencocok buluh kat dalam batang pisang, tak semudah itu… berpeluh jugak nak menyiapnye….biasa rakit yang keme buat idak ler bagus benor… kadang-kadang senget sebelah… kerja-kerja budak…


Bila dah ader rakit… apa kita main race la, sapa yang kayuh paling laju….bab berendam dalam ayor ni toksah cakap la… mau sampai kecut semua… jari2 pun dah naik biru…. Tapi kalu bibir dah biru, selalunya aku berenti main…sebab per… tu tahap kecut yang tertinggi… Bibir Biru.