15 February 2013

Rumah Subsale : Langkah 9 - Urusan Pindah Milik Cukai Taksiran

Rasanya anda pun tau apa itu cukai pintu kan. Bagi yang kurang pasti, boleh anda rujuk entri yang pernah aku tulis sebelum ini.

Kali ini, aku nak kongsikan pengalaman aku dalam urusan tukar nama atau pindah milik dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam kes aku, rumah yang aku beli terletak di kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Langkah awal yang aku buat adalah dengan melayari laman web MPSJ bagi mencari maklumat berkaitan urusan pindah milik. Dalam masa yang sama aku berhasrat mencari jika ada borang yang perlu diisi.

Telahan aku benar, bagi urusan pindah milik, borang yang perlu diisi adalah Borang I: Notis Jualan atau Pindah Milik (Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976). Mungkin PBT yang lain, depa ada keluarkan borangnya sendiri. Nasihat aku, anda semak la dalam laman web PBT, dimana rumah yang anda beli.




Setelah lengkap borang ini diisi, antara dokumen yang perlu disediakan adalah salinan Sale and Purchase Agreement (S&P). Bagi mengelakkan kekurangan dokumen, aku nasihatkan sediakan juga salinan IC, Surat Kelulusan Pindah milik dan Salinan Geran yang baru.

Jangan lupa, pastikan anda ada maklumat cukai pintu bagi hartanah yang anda beli, jika ada salinan cukai pintu yang lama lagi bagus. Paling tidak, anda tau nombor akaunnya. Dengan adanya nombor akaun, anda boleh cetak resit cukai tersebut kat kaunter di MPSJ jugak. Dan sebelum tukar akaun, pihak PBT akan minta supaya anda jelaskan semua bayaran yang tertunggak. Selalunya dalam urusan pembelian rumah subsale, lawyer akan pastikan pemilik asal telah bayar cukai pintu ini, maknanya tiada la bil yang tertunggak. Unless, jika anda lambat menguruskan tukar nama.

Ikut pengalaman aku, urusan ini sebenarnya mudah. Dalam tempoh beberapa minit sahaja akan selesai. Ianya mudah sebab borang telah diisi lebih awal dan salinan dokumen yang disediakan dan yang diperlukan mencukupi. 

8 comments:

  1. panduan yang sangat bagus, terima kasih

    ReplyDelete
  2. Ada bayaran dikenakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada bayaran yang dikenakan, melainkan anda perlu menjelaskan tunggakan cukai taksiran terlebih dahulu(jika ada).

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jika lambat tukar milik macam mana ye? saya da beli rumah dekat setahun tapi baru nak pindah milik di mpsj

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Rasanya borang ini straight forward sahaja.

      Delete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.