27 January 2014

POTD 12 : Restoran Tepi Sungai Jamilah, Kluang Johor

Kedai ini dibuka 24 jam

Kirana Tomyam, Taman Puncak Jalil

Restoran ini adalah yang baru dibuka di Taman Puncak Jalil. Bagus la, untuk menambah pilihan kedai makanan di kawasan ini. Dari segi rasa, tidak la sedap sesangat. Tapi masih dikategorikan pilihan untuk datang semula. 



25 January 2014

POTD 11 : Bil Cukai Taksiran

Pesanan Khidmat Masyarakat : Bayaran Cukai Taksiran Anda. Kuasa dihujung jari,
gunakan online banking.  

24 January 2014

POTD 10 : Lapangan Terbang Pulau Pinang

Semasa kerja-kerja naiktaraf sedang dijalankan.

Update Buku ASB

Masuk bulan Januari, telah menjadi kebiasaan, atau boleh dikatakan telah menjadi keseronokan ramai orang untuk mengemaskini buku ASB. Bukan nak keluarkan pun, cuma nak melihat dengan mata sendiri jumlah dividen yang diperolehi, dan jumlah duit terkini dalam akaun tersebut. Satu kepuasan peribadi dan motivasi untuk terus menabung.

Aku pun termasuk dalam golongan tersebut. Urusan ini telah aku laksanakan di Pejabat ASNB di Putrajaya. Nasihat aku, anda perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi semasa berurusan di sini. Pada pemerhatian aku, mutu perkhidmatan yang diberikan lambat. Jika lambat disebabkan ramai pelanggan, mungkin kita boleh terima. Tetapi jika pelanggan pun dalam keadaan yang tidak ramai, akan jadi ramai disebabkan servis yang lembab, akhirnya tempoh menunggu pun akan menjadi semakin lama. Satu lagi, memang menguji kesabaran bila kita melihat kaunter yang dibuka pun sikit. Ada pulak kaunter dimana petugasnya sekejap buka untuk satu dua pelanggan, kemudian tutup/tangguh. Fokus kakitangan kaunter untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan memang sangat kurang, mereka menjalankan tugas mengikut keselesaan mereka tanpa memikirkan kegelisahan pelanggan yang menunggu. Mungkin lain orang, lain pengalamannya. Pengurusan ASNB perlu meningkatkan perkhidmatan kaunternya, terutama semasa awal tahun, dimana ramai yang akan datang untuk kemaskini buku. 

Satu lagi, anda tidak boleh mengemaskini buku ASB orang lain, waima pasangan anda sendiri. Ini selaras dengan arahan Bank Negara berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Aku pun tak sedar dan tak tahu langsung mengenai perkara ini. Rupanya perkara ini memang ada dimaklumkan dalam Laman Web http://www.asnb.com.my/. Suka juga untuk aku lampirkan pengumuman tersebut : 


Borang Kebenaran Wakil boleh didownload dalam laman wen tersebut. Bentuk borang tersebut adalah seperti berikut : 

Borang nie ditunjukkan separuh je,
ada lagi bahagian di bawahnya. 


Apapun, sememangnya ASB menjadi wadah tabungan kepada ramai bumiputera. Walaupun ada yang urusan keluar masuknya kerap, tetapi hasrat untuk menabung tu perlu kita kekalkan. 

23 January 2014

Cakap-Cakap Hartanah

Sejak akhir-akhir, mood untuk mencari hartanah memang ke laut. Mungkin sebabnya harga rumah yang ditawarkan dirasakan sangat mahal, sampaikan terdetik di pikiran, sapa la yang mampu nak beli rumah tersebut. Ada jugak sahabat yang memberitahu, walaupun ramai yang komplen harga rumah mahal, tapi pemaju bagitau ada je orang yang beli rumah yang mereka tawarkan. Itulah penyebabnya pemaju takde masalah pun nak letak harga rumah yang tinggi. Bab kata ilmuan ekonomi, selagi ada permintaan, tak timbul masalah dalam soal harga. 

Inilah dilema yang orang ramai akan sentiasa merungut-rungut, mahupun akan sentiasa berharap yang harga rumah akan turun. Depa dok cakap kerajaan tak boleh ke nak kawal harga rumah tersebut. Sampai sekarang memang kita tak nampak usaha kerajaan untuk mengawal harga rumah secara langsung. Setakat ini kerajaan hanya mengawal dan mengetatkan beberapa prosedur yang berkaitan pemilikan rumah. Contohnya, seperti menaikkan kadar cukai Real Property Gain Tax (RPGT) dan proses meminjam daripada bank yang semakin ketat. Melalui usaha ini, rakyat masih berharap agar harga rumah akan turun. 

Kita akan terus berharap, dalam masa yang sama kita akan tetap membuat keputusan membeli rumah walaupun mahal. Keputusan perlu dibuat untuk kebaikan masa depan. Dalam pada itu, akan ada kos melepas yang perlu diterima dengan keputusan itu. 


20 January 2014

09 January 2014

POTD 5 : ABN Cable Guy

Unbeaten Value ini hanya terhad semasa tempoh promosi.
Tapi aku tak pasti sampai bila.
Berapa agaknya harga tanpa promosi?

07 January 2014

POTD 4: Kereta Kabel Genting Highlands

Kadang-kadang rasa gayat jugak naik cable car.

The Atmosphere, Equine, Seri Kembangan


Bangunan Pejabat ini mengikut perkiraan aku telah hampir setahun telah siap, tapi masih kosong dan lengang lagi. Aku tak tahu sama ada semua unit telah habis dijual atau tidak. Walaubagaimanapun, anda boleh melihat iklan sewa/jual digantung dihadapan kawasan kedai. Siapakah agaknya pemilik asal kepada hartanah ini. Mungkinkah spekulator hartanah ?

Banting ini menunjukkan keluasan dan kadar sewa yang dikenakan.
Berminat? Hubungi nombor yang tertera.
P/s : hartanah nie siap menang award lagi.

06 January 2014

POTD 3 : Art Sphere

Banting nie, lukisannya cantik tapi aku tak paham apa mesej
yang nak disampaikan.

Restoran K'Chiang Mai, Taman Puncak Jalil




Restoran ini adalah salah satu kedai makan yang aku suka pergi. Kedai ini dekat je dengan rumah aku. Harganya pun memang berpatutan, dan masakannya sedap. Restoran lebih kepada restoran thai, tomyan dan ikan bakar pun ada. 

03 January 2014

POTD 2 : Menara Alor Setar

Menara yang gagah berdiri itu adalah Menara Alor Setar dan
bangunan yang ceria merupakan Bangunan Persekutuan.
Ini adalah sebahagian pemandangan Bandar Alor Setar, Kedah.

Pic Of the Day (POTD) 1

Sebenarnya aku nak ambil gambar dua biji vespa versi baru.
Cuba anda lihat dengan lebih dekat antara tiang lampu dengan 

tiang trafik light. 

02 January 2014

Tahun Dua Ribu Empat Belas

Hari ini hari kedua tahun 2014. Anda ada merasakan sebarang perbezaan? Pastinya keadaan masih sama, cuma usia kita yang akan menginjak bertambah satu tahun lagi, apa maknanya? Maknanya kita semakin tua. Situasi ini hanya terpakai kepada anda yang telah melangkaui usia 25 tahun. Bagi yang dibawah usia 25 tahun, perubahan tahun bermakna anda semakin dewasa. Inilah yang aku gelarkan 'sudut pandang'. Perkara yang sama tetapi pandanganya yang berbeza.

2 tahun yang berlalu, aku lebih kepada membincangkan soal hartanah. Banyak juga soalan yang diajukan, mana yang termampu telah aku jawab sebaiknya. Banyak orang menjangkakan tahun 2014, kos sara hidup akan semakin meningkat. Jika dilihat dengan mata kasar, memang aku sendiri mengakui kos perbelanjaan akan semakin meningkat. Dijangkakan juga, banyak barang-barang yang akan naik harga, termasuklah rumah-rumah baru. Target aku untuk membeli sebuah lagi rumah pada tahun 2013, tidak tercapai disebabkan susah untuk mendapatkan rumah yang mengikut kriteria yang aku tetapkan. 

Faktor besar yang mempengaruhi keputusan aku adalah harga rumah yang semakin mahal, mendapatkan kelulusan pinjaman dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Oleh demikian, aku tetapkan untuk terus kekal dalam situasi sekarang. Tapi jika ada peluang depan, aku tak lepaskan.

Bercakap soal kos sara hidup yang semakin meningkat, bagi aku kita perlu membuat persediaan awal. Tidak salah untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati, tetapi jangan lah sepanjang masa bercakap soal itu, ibaratnya kita nie asyik nak meletakkan kesalahan pada orang lain sahaja. Dalam soal ini, suka aku menekankan konsep, 'wang itu bukan untuk dibelanjakan, tetapi wang itu perlu diuruskan'. Sebabnya jika kita membelanjakan wang yang kita perolehi, tanpa pengurusan dan auditan, nescaya wang tersebut akan habis tanpa kita sedar. Pengurusan dan auditan itu merujuk kepada persoalan apa perlunya kita membelanjakan wang tersebut? Jika kita tidak membelanjakannya, apakah kesannya kepada kehidupan seharian kita? Adakah kita akan merasa rugi, tidak selesa ataupun hutang kita akan semakin meningkat. Hasil jawapan kepada persoalan ini, insyallah ianya akan membantu anda menentukan tindakan manakah yang terbaik. 

Dalam kehidupan ini kita sentiasa mempunyai pilihan. Isunya, pilihan manakah yang terbaik untuk kita. Sebabnya bukan semua pilihan yang terbaik, merupakan pilihan yang sesuai dengan kehendak kita. Disini pentingnya untuk kita mengimbangi antara pilihan yang terbaik dengan kehendak kita. Pendek kata, tepuk dada tanya iman.