27 August 2014

Guardian Of the Galaxy vs Step Up

Keduanya merupakan tajuk sebuah filem yang ditayangkan di pawagam. Kebetulan aku berkesempatan untuk menontonnya. Guardian Of The Galaxy berkisarkan cerita fiksyen dalam sebuah galaksi yang dihuni oleh pelbagai makhluk termasuk la manusia. Peperangan sesama makhluk ini sentiasa berlaku bagi tujuan menguasai antara satu sama lain. Dalam pada itu, wujud juga satu alat yang mampu memberikan kuasa luar biasa bagi sesiapa yang memilikinya. Plot cerita berkisarkan perebutan alat tersebut. Semua makhluk yang wujud di galaksi ini mempunyai kehebatan masing-masing. 

Step Up pula berkisarkan perjuangan seorang penari jalanan yang mendambakan kehidupannya kepada dunia tarian. Beliau mampu menjadikan tarian sebagai sumber pendapatan dan berusaha mendapatkan kontrak persembahan dengan syarikat penerbitan televisyen. Cerita step up lebih dekat dengan kehidupan kita seharian, dimana cerita ini lebih bersifat realiti kehidupan. 

26 August 2014

Keinginan Membeli Rumah

Anda telah memiliki rumah. Atau anda masih bercita-cita membeli rumah. Sudah pasti jawapan adalah ya, saya ingin membeli rumah. Tapi masalahnya harga rumah sekarang terlalu mahal. Dengan gaji sekarang, memang tak mampu la nak bayar bulan-bulan. 

Itulah keluhan atau kenyataan yang biasa kita dengar bila seseorang ditanya berkaitan membeli rumah. Tapi cuba anda tanya kepada individu yang telah memiliki rumah. Pastinya dianya memang berniat untuk membeli rumah lagi. Mungkin menunggu masa dan peluang je. 

Kalau anda mencari rumah-rumah baru, tidak dinafikan harga memang mahal. Sampai satu tahap kita merasakan harga jualannya tidak logik dengan keluasan rumah yang ditawarkan. 

Sebab itu, suka aku menyarankan untuk anda menerokai rumah subsale. Harganya lebih rendah, dan anda mempunyai banyak pilihan dari segi range harga dan lokasi. 

Entahla, keinginan untuk menambah koleksi rumah sentiasa ada. Pantang ada nampak iklan yang menarik, memang aku akan cuba selidik dan mempertimbangkan. Ada je rumah yang menarik ditawarkan dengan harga mampu milik. 

Disini kadang-kadang aku insaf, ada dikalangan kenalan yang masih belum memiliki rumah. Dianya dibelenggu dengan persoalan-persoalan seperti yang aku lontarkan diatas. Jika dilihat dari segi pemilikan kereta tidak sepatutnya dianya masih menyewa. Suka juga untuk aku menasihatkan anda melihat kepada keutamaan anda dalam menguruskan perbelanjaan. Hidup untuk terus menyewa bukanlah pilihan yang terbaik. Membeli rumah adalah satu jalan keluar yang terbaik dalam usaha meningkatkan mutu hidup kita.