26 August 2014

Keinginan Membeli Rumah

Anda telah memiliki rumah. Atau anda masih bercita-cita membeli rumah. Sudah pasti jawapan adalah ya, saya ingin membeli rumah. Tapi masalahnya harga rumah sekarang terlalu mahal. Dengan gaji sekarang, memang tak mampu la nak bayar bulan-bulan. 

Itulah keluhan atau kenyataan yang biasa kita dengar bila seseorang ditanya berkaitan membeli rumah. Tapi cuba anda tanya kepada individu yang telah memiliki rumah. Pastinya dianya memang berniat untuk membeli rumah lagi. Mungkin menunggu masa dan peluang je. 
Kalau anda mencari rumah-rumah baru, tidak dinafikan harga memang mahal. Sampai satu tahap kita merasakan harga jualannya tidak logik dengan keluasan rumah yang ditawarkan. 

Sebab itu, suka aku menyarankan untuk anda menerokai rumah subsale. Harganya lebih rendah, dan anda mempunyai banyak pilihan dari segi range harga dan lokasi. 

Entahla, keinginan untuk menambah koleksi rumah sentiasa ada. Pantang ada nampak iklan yang menarik, memang aku akan cuba selidik dan mempertimbangkan. Ada je rumah yang menarik ditawarkan dengan harga mampu milik. 

Disini kadang-kadang aku insaf, ada dikalangan kenalan yang masih belum memiliki rumah. Dianya dibelenggu dengan persoalan-persoalan seperti yang aku lontarkan diatas. Jika dilihat dari segi pemilikan kereta tidak sepatutnya dianya masih menyewa. Suka juga untuk aku menasihatkan anda melihat kepada keutamaan anda dalam menguruskan perbelanjaan. Hidup untuk terus menyewa bukanlah pilihan yang terbaik. Membeli rumah adalah satu jalan keluar yang terbaik dalam usaha meningkatkan mutu hidup kita. 

1 comment:

  1. Salam En. Amir,
    Mohon pendapat En. Amir berkaitan masalah saya ini.

    Saya ade membeli rumah lelong, proses lelongan berjaya dan saya telah pon membayar 10% deposit sebyk RM14500. Jadi saya dikehendaki menyelesaikan baki dalam tempoh 120 hari. Loan saya jugan diluluskn dlm tmpoh 120 hari. tp sbb lawyer fault deposit saya burn dan saya hilang rumah lelong tu. Laywer yg saya appoint lmbat buat kerja menyebabkn dah over dari tempoh yg diberi. Jadi ade chance tak saya fight utk rumah tu sbb loan saya da lulus cuma lawyer xisi borang utk final stage. Mohon pendapat En. Amir ape patut saya buat. Saya rasa nk saman lawyer tu tp xreti bab undang2 ni. Terima Kasih.

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.