23 June 2014

Jungle Trekking di Hutan Air Hitam, Puchong

Sabtu lepas, 21 Jun 2014 ada sahabat lama telah mengajak aku untuk menyertainya untuk aktiviti Jungle Trekking. Lokasinya di Hutan Air Hitam, Puchong. Bagi yang tak pernah pergi ke sana lokasinya adalah seperti gambar di bawah : 


Tepat jam 8.00 pagi, aku telah berada di lokasi yang dijanjikan, kaki bukit. Sesampai dikawasan parking kereta aku nampak bilangan kenderaan adalah sangat banyak dan aku percaya pemilik kenderaan tersebut pastinya sedang menjalankan aktiviti di hutan tersebut. 

Trekking di hutan air hitam sangat sesuai kepada beginner. Namun begitu, bagi yang tak fit ataupun takde stamina pasti akan rasa cabarannya. Treknya ada yang mendaki, ada yang menurun dan ada yang mendatar. Keindahan hutan memang tidak mengecewakan, hutannya masih terjaga, tiada pencerobohan melainkan trek untuk peminat junggle trekking. Longgokan sampah pun tidak kelihatan disepanjang trek ini. Aku tak pasti, mungkin semua peminat junggle trekking ini menjaga kebersihan. 

Trek ini tidak sesuai bagi mereka yang hendak berkelah di dalam hutan tersebut. Cuma ada satu spot sahaja yang ada kawasan lapang, tetapi lebih sesuai sebagai kawasan melepaskan lelah sahaja. Aku menghabiskan hampir 2 jam untuk menamatkan penjelajahan hutan ini. Rasanya 2 jam tu masa yang paling lama kot, sebabnya ada je orang yang berlari-lari anak di dalam hutan tersebut. Mereka mungkin punya target untuk membuat 2 atau 3 pusingan. 

Satu pengalaman yang menarik. Memang dari dulu lagi, aku sangat meminati aktiviti jungle trekking. Ianya bagus sebagai satu bentuk riadah disamping dapat mengeluarkan peluh. Lokasinya pula sangat strategik dan dekat dengan rumah. Bab kata sahabat aku tu, mana nak dapat aktiviti hutan di kawasan Puchong. Sebab orang ingat Puchong dah jadi bandar batu dan tasik. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.