10 June 2014

Pemanduan Yang Selamat

Kelmarin aku telah dikejutkan dengan berita Mak Sedara aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Rasa sebak di saat mendengar berita tersebut. Aku membayangkan keadaan beliau yang telah uzur akibat penyakit sedia ada, akan bertambah teruk keadaannya akibat terlibat dengan kemalangan tersebut. Kereta dipandu oleh anaknya. Aku doakan moga beliau akan cepat sembuh.

Kemalangan adalah suatu takdir tuhan. Ianya berlaku dalam sekelip mata. Bab kata pepatah malang tidak berbau. Oleh yang demikian, elok la kita mengamalkan pendekatan yang berhati-hati terutamanya semasa memandu. 

Suka juga untuk aku berkongsi, kepada anak-anak yang membawa ibu bapa menaiki kereta, tak kira duduk di depan atau dibelakang, galakkan mereka untuk memakai tali pinggang. Amalan pemakaian tali pinggang ini sepatutnya telah menjadi budaya bagi semua orang yang menaiki kereta. Tetapi bukan semua orang suka memakai tali pinggang keledar. Alasannya, rasa rimas, senak perut dan tidak selesa. 

Pemakaian tali pinggang akan membantu disaat kereta dihentikan secara tiba-tiba mahupun jika terbabit dalam kemalangan. Apatah lagi bagi warga emas yang mana kekuatan tenaganya makin berkurang untuk menahan secara sendirian tanpa bantuan tali pinggang keledar. Sama jua keadaannya, jika penumpang kereta dalam keadaan tidur, boleh terpelanting ke depan, jika tidak memakai tali pinggang. 

Kita juga perlu menerima hakikat bahawa masyarakat kita sangat mementingkan diri sendiri semasa memandu. Amalan memberikan laluan, menjarakkan kenderaan dalam jarak yang selamat dan tidak memandu laju, kadang-kadang terlupa untuk dibuat. Kita merasa keseronokan memandu mengatasi segala keperluan tersebut. 

Aku juga ada mendengar cadangan supaya pendidikan pemanduan ini dititikberat melalui pendidikan di peringkat sekolah. Tapi ianya tidak memadai, ibu bapalah yang berperanan sebenarnya. Ini kerana cara pemanduan keluarga mempengaruhi minda anak-anak. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.