Hari ini telah masuk 9 hari selepas PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei 2013. Keputusannya telah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Memang diakui keputusan PRU 13 membuktikan ianya boleh dianggap PRU yang paling sengit dalam sejarah negara. Keputusan siapa PM, siapa Menteri Besar, siapa Ketua Menteri telah diketahui, yang belum diumumkan adalah anggota kabinet dan exco (ada negeri yang dah umum tapi masih ada yang masih berkira-kira dan masih berbincang).
Ramai juga yang telah menjadi penganalisis politik yang tidak bertauliah, masing-masing punya pendapat dan pandangan. Kelihatannya keputusan PRU 13 lebih kepada mengekalkan apa yang berlaku semasa PRU 12, yang berlaku perubahan hanya untuk Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Yang lain masih status quo. Kegetiran PRU 13 ini memang sangat dirasai, ada yang sampai sekarang masih tidak bersetuju dengan keputusan yang diumumkan, yang menang pun rasa macam tak menang, masih disentak dengan satu kejutan diluar pemikiran dan jangkaannya sendiri.
Kerja Polis pun menjadi mencabar bagi mengawal keselamatan negara supaya tidak meletusnya pergaduhan akibat sentimen tidak puas hati. Pelbagai ilmu baru yang telah kita ketahui yang mana sebelum ini tidak kita peduli, contohnya, kedudukan undi popular vs sistem pemilihan elektoral. Istilah ini memang sebelum ini telah wujud, tapi kita tak ambil kisah pun sebab ianya tidak relevan pada masa itu.
Serupa jugak dengan istilah 'majoriti mudah' vs 'kemenangan 2/3'...tapi istilah ini telah hangat dibincangkan semasa PRU 12 tetapi PRU 13 ianya masih relevan lagi. tu belum masuk bab 'pengundi hantu' yang terus dikatakan wujud tetapi masih tidak pasti bagaimana dan dimana sebenarnya ianya wujud. Pembuktiannya sangat penting supaya isu ini akan kekal relevan. Kalau tidak ianya akan tinggal persepsi sahaja.
Pendakwaan atas kesalahan Akta Pilihanraya juga banyak dibuat dalam PRU 13 pada kali ini. Faktor apa yang mendorong berlakunya kesalahan ini perlu kita ambil iktibar. Adakah ianya berlaku disebabkan mereka tidak faham dengan peraturan-peraturan dalam pilihanraya atau sebenarnya mereka tahu tetapi memang mengambil risiko untuk didakwa.
Itu la warna PRU13 yang diadakan pada 5 Mei 2013. Sebagai seorang rakyat malaysia aku sentiasa berharap supaya perbezaan fahaman politik dilangsungkan dengan penuh etika dan profesional. Biar la kita hidup dalam aman dan damai, disamping kita akan terus menikmati kemajuan.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.