18 December 2014

ASB: Dividen 7.50 sen, bonus 1 sen seunit

  • Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 berbanding 7.70 sen yang diterima tahun lepas.
  • Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan bahawa 8.60 juta pemegang unit ASB bakal menerima bonus 1.00 sen seunit.
  • Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pemegang unit secara kolektifnya memegang 137.07 bilion unit ASB.
  • Beliau berkata, peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, meningkat sebanyak 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar pada tahun lepas.
  • Manakala bagi bayaran bonus, ia melibatkan sejumlah RM804.43 juta, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 2013.
  • Sehingga Selasa lepas, katanya, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.55 bilion.
  • "Pelaburan dalam beberapa syarikat menyumbang RM4.64 bilion atau 44 peratus, pendapatan daripada keuntungan jualan saham sebanyak RM4.23 bilion atau 40.1 peratus dan lain-lain pendapatan sebanyak RM1.68 bilion atau 15.9 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini hari ini.
  • Prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2014, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham mengalami penurunan mendadak sejak kebelakangan ini.
  • “Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015, bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus,” katanya. - Bernama

03 November 2014

Ke arah kehidupan yang lebih baik

Wah... dah masuk bulan November. Nampak! masa berlalu tanpa kita sedar. Masa tidak menunggu kita. Ianya akan berjalan detik demi detik. 

Sebab itu la kita kena bergerak seiring dengan masa. Yang bagusnya bergerak la ke arah kehidupan yang lebih baik. 

Aku, sekarang berada dalam persekitaran kerja yang baru. Banyak yang perlu difikirkan, banyak yang perlu didalami. Aku biasa mengungapkan perkataan ini 'untuk memulakan sesuatu yang baru, ada cabarannya. Insyallah lama kelamaan anda akan mahir.'

Dalam banyak detik, aku juga suka memikirkan keutamaan kita. Sama ada kerjaya atau keluarga. Keduanya perlu diimbangi. Tanpa keluarga hidup akan terasa kosong, tanpa kerjaya hidup akan terasa kosong jua. 

Ilmu itu tetap perlu dicari. Walau pun bukan dalam situasi yang formal tetapi pembelajaran harus berlaku setiap masa.      

17 September 2014

Berurusan di Klinik Kerajaan

Bila anda perlu berurusan dengan Klinik Kerajaan, apa yang terbayang di minda sanubari anda. Pastinya anda membayangkan satu perkhidmatan yang teruk, lembab dan merimaskan. Berbeza pandangan jika anda berurusan di Klinik-klinik swasta. Tapi sedarkah anda bahawa Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan kesihatan terutamanya di Klinik Kesihatan Kerajaan. 

Bagi aku, prosedur yang diamalkan di klinik kesihatan memang telah baik. Mereka menggunakan konsep nombor, konsep tempahan dan pembahagian mengikut kumpulan sasaran. Tetapi masalah utama yang perlu dihadapi adalah bilangan pelanggan yang terlalu ramai. Terutamanya di lokasi padat penduduk seperti Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. Mungkin ianya melebihi kapasiti klinik kesihatan itu sendiri. Tetapi setakat ini aku tak pernah dengar lagi, kakitangan klinik kesihatan menghalang orang ramai untuk mendapatkan rawatan, melainkan sekiranya tempat tinggal mereka di luar kawasan liputan klinik tersebut. Itu pun, pasti mereka menasihatkan pesakit tersebut ke klinik kesihatan yang sepatutnya. 

Berpengalaman menemani temujanji isteri di klinik tersebut, satu perkara baik yang aku aku nampak, walaupun orang ramai, tetapi masing-masing menunggu dengan sabar, walaupun ada yang nampak resah dan gelisah. Takde pun pula kedengaran mereka yang tidak puas hati, sebab lambat mendapat layanan. 

Mungkin faktor, memang menjadi pilihan sendiri, semua orang nampaknya bersabar. Ye la, mana yang tak sabar, mungkin akan mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik yang lain. 

Ataupun, kos rawatan yang rendah juga menjadi faktor. Aku tak pasti bayaran yang dikenakan, tapi kalau rawatan ibu mengandung rasaya percuma.

27 August 2014

Guardian Of the Galaxy vs Step Up

Keduanya merupakan tajuk sebuah filem yang ditayangkan di pawagam. Kebetulan aku berkesempatan untuk menontonnya. Guardian Of The Galaxy berkisarkan cerita fiksyen dalam sebuah galaksi yang dihuni oleh pelbagai makhluk termasuk la manusia. Peperangan sesama makhluk ini sentiasa berlaku bagi tujuan menguasai antara satu sama lain. Dalam pada itu, wujud juga satu alat yang mampu memberikan kuasa luar biasa bagi sesiapa yang memilikinya. Plot cerita berkisarkan perebutan alat tersebut. Semua makhluk yang wujud di galaksi ini mempunyai kehebatan masing-masing. 

Step Up pula berkisarkan perjuangan seorang penari jalanan yang mendambakan kehidupannya kepada dunia tarian. Beliau mampu menjadikan tarian sebagai sumber pendapatan dan berusaha mendapatkan kontrak persembahan dengan syarikat penerbitan televisyen. Cerita step up lebih dekat dengan kehidupan kita seharian, dimana cerita ini lebih bersifat realiti kehidupan. 

26 August 2014

Keinginan Membeli Rumah

Anda telah memiliki rumah. Atau anda masih bercita-cita membeli rumah. Sudah pasti jawapan adalah ya, saya ingin membeli rumah. Tapi masalahnya harga rumah sekarang terlalu mahal. Dengan gaji sekarang, memang tak mampu la nak bayar bulan-bulan. 

Itulah keluhan atau kenyataan yang biasa kita dengar bila seseorang ditanya berkaitan membeli rumah. Tapi cuba anda tanya kepada individu yang telah memiliki rumah. Pastinya dianya memang berniat untuk membeli rumah lagi. Mungkin menunggu masa dan peluang je. 

Kalau anda mencari rumah-rumah baru, tidak dinafikan harga memang mahal. Sampai satu tahap kita merasakan harga jualannya tidak logik dengan keluasan rumah yang ditawarkan. 

Sebab itu, suka aku menyarankan untuk anda menerokai rumah subsale. Harganya lebih rendah, dan anda mempunyai banyak pilihan dari segi range harga dan lokasi. 

Entahla, keinginan untuk menambah koleksi rumah sentiasa ada. Pantang ada nampak iklan yang menarik, memang aku akan cuba selidik dan mempertimbangkan. Ada je rumah yang menarik ditawarkan dengan harga mampu milik. 

Disini kadang-kadang aku insaf, ada dikalangan kenalan yang masih belum memiliki rumah. Dianya dibelenggu dengan persoalan-persoalan seperti yang aku lontarkan diatas. Jika dilihat dari segi pemilikan kereta tidak sepatutnya dianya masih menyewa. Suka juga untuk aku menasihatkan anda melihat kepada keutamaan anda dalam menguruskan perbelanjaan. Hidup untuk terus menyewa bukanlah pilihan yang terbaik. Membeli rumah adalah satu jalan keluar yang terbaik dalam usaha meningkatkan mutu hidup kita. 

23 June 2014

Jungle Trekking di Hutan Air Hitam, Puchong

Sabtu lepas, 21 Jun 2014 ada sahabat lama telah mengajak aku untuk menyertainya untuk aktiviti Jungle Trekking. Lokasinya di Hutan Air Hitam, Puchong. Bagi yang tak pernah pergi ke sana lokasinya adalah seperti gambar di bawah : 


Tepat jam 8.00 pagi, aku telah berada di lokasi yang dijanjikan, kaki bukit. Sesampai dikawasan parking kereta aku nampak bilangan kenderaan adalah sangat banyak dan aku percaya pemilik kenderaan tersebut pastinya sedang menjalankan aktiviti di hutan tersebut. 

Trekking di hutan air hitam sangat sesuai kepada beginner. Namun begitu, bagi yang tak fit ataupun takde stamina pasti akan rasa cabarannya. Treknya ada yang mendaki, ada yang menurun dan ada yang mendatar. Keindahan hutan memang tidak mengecewakan, hutannya masih terjaga, tiada pencerobohan melainkan trek untuk peminat junggle trekking. Longgokan sampah pun tidak kelihatan disepanjang trek ini. Aku tak pasti, mungkin semua peminat junggle trekking ini menjaga kebersihan. 

Trek ini tidak sesuai bagi mereka yang hendak berkelah di dalam hutan tersebut. Cuma ada satu spot sahaja yang ada kawasan lapang, tetapi lebih sesuai sebagai kawasan melepaskan lelah sahaja. Aku menghabiskan hampir 2 jam untuk menamatkan penjelajahan hutan ini. Rasanya 2 jam tu masa yang paling lama kot, sebabnya ada je orang yang berlari-lari anak di dalam hutan tersebut. Mereka mungkin punya target untuk membuat 2 atau 3 pusingan. 

Satu pengalaman yang menarik. Memang dari dulu lagi, aku sangat meminati aktiviti jungle trekking. Ianya bagus sebagai satu bentuk riadah disamping dapat mengeluarkan peluh. Lokasinya pula sangat strategik dan dekat dengan rumah. Bab kata sahabat aku tu, mana nak dapat aktiviti hutan di kawasan Puchong. Sebab orang ingat Puchong dah jadi bandar batu dan tasik. 

20 June 2014

Merentasi Masa

Dalam dunia realiti, adalah mustahil untuk manusia merentasi masa. Namun begitu, manusia suka untuk berimaginasi untuk mempunyai kebolehan merentasi masa. Filem 'back to the future' memang mendapatkan sambutan kerana filem ini berkisarkan kebolehan manusia untuk merentasi masa menggunakan kenderaan yang dicipta oleh seorang saintis. 

Aku ada menonton 2 filem yang terbaru di pasaran, iaitu X-Men : Days of the Future Past dan Edge of Tomorrow. Apa yang aku perasan kedua-dua filem ini juga berkisarkan kemampuan manusia untuk merentasi masa dan kembali ke zaman silamnya.  Dalam filem x-men, Wolverine telah kembali ke tahun 70-an untuk mengubah sejarah. Beliau perlu memastikan seorang saintis itu tidak dibunuh oleh kawannya, Mystique. Wolverine berjaya dan sejarah mutan pun berubah dimasa hadapan. Dalam filem Edge of tomorrow pula, Mejar William Cage telah terperangkap dalam satu putaran masa yang boleh berulang-ulang, jika Cage tu mati. Putaran masa ini telah membolehkan cage mengubah sejarah manusia yang menang berperang dengan The Mimics. Cage juga berjaya menyelamatkan orang yang disukainya.

Secara umumnya, kedua filem ini menarik untuk ditonton. Tetapi aku sebenarnya agak rimas dengan tema kemampuan manusia untuk merentasi masa dan akhirnya mengubah sejarah. Jika hendak berlandaskan logik, memang jauh sekali sekali. Ironinya, kita akan terbuai dengan kemampuan mengubah sejarah dalam diri seorang watak sahaja. 

Tema ini hanya akan mewujudkan khalayak yang banyak berangan-angan atas perkara yang pada pandangan aku adalah mustahil. Drama melayu pun ada yang meniru tema ini, kalau tak silap filem Hang Tuah. Adalah lebih baik untuk kita berpijak di bumi yang nyata. Sebab itu, ada orang menasihatkan aku supaya anggap la menonton filem itu satu hiburan ringan. Jangan difikirkan sangat logik atau tidak. Tapi aku perlu luahkan apa yang aku rasa wajar untuk dikritik. 
  

11 June 2014

Makanan Halal dan komunikasi berkesan

Bila bercakap soal halal dan haram, terutamanya yang melibatkan makanan masyarakat islam sangat sensitif. Nak pula bila makanan yang telah diproses dikatakan mengandungi lemak atau gelatin babi. Orang Islam di Malaysia paling pantang bila dikaitkan dengan babi. Bukan dalam soal makanan, soal pakaian kulit babi mahupun bola yang dibuat daripada kulit babi. 

Isu status halal yang berlaku di dalam coklat cadbury memperlihatkan sisi kelemahan agensi yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan kemelut yang timbul. Sampaikan, masyarakat beranggapan ada agenda tersirat bagi menyelamatkan syarikat pengeluar cokat tersebut. Disini pentingnya, pendekatan komunikasi yang berkesan patut dilaksanakan. Ianya akan mengelakkan kekeliruan sehingga menjadi bahan tawa masyarakat secara umum. 

10 June 2014

Pemanduan Yang Selamat

Kelmarin aku telah dikejutkan dengan berita Mak Sedara aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Rasa sebak di saat mendengar berita tersebut. Aku membayangkan keadaan beliau yang telah uzur akibat penyakit sedia ada, akan bertambah teruk keadaannya akibat terlibat dengan kemalangan tersebut. Kereta dipandu oleh anaknya. Aku doakan moga beliau akan cepat sembuh.

Kemalangan adalah suatu takdir tuhan. Ianya berlaku dalam sekelip mata. Bab kata pepatah malang tidak berbau. Oleh yang demikian, elok la kita mengamalkan pendekatan yang berhati-hati terutamanya semasa memandu. 

Suka juga untuk aku berkongsi, kepada anak-anak yang membawa ibu bapa menaiki kereta, tak kira duduk di depan atau dibelakang, galakkan mereka untuk memakai tali pinggang. Amalan pemakaian tali pinggang ini sepatutnya telah menjadi budaya bagi semua orang yang menaiki kereta. Tetapi bukan semua orang suka memakai tali pinggang keledar. Alasannya, rasa rimas, senak perut dan tidak selesa. 

Pemakaian tali pinggang akan membantu disaat kereta dihentikan secara tiba-tiba mahupun jika terbabit dalam kemalangan. Apatah lagi bagi warga emas yang mana kekuatan tenaganya makin berkurang untuk menahan secara sendirian tanpa bantuan tali pinggang keledar. Sama jua keadaannya, jika penumpang kereta dalam keadaan tidur, boleh terpelanting ke depan, jika tidak memakai tali pinggang. 

Kita juga perlu menerima hakikat bahawa masyarakat kita sangat mementingkan diri sendiri semasa memandu. Amalan memberikan laluan, menjarakkan kenderaan dalam jarak yang selamat dan tidak memandu laju, kadang-kadang terlupa untuk dibuat. Kita merasa keseronokan memandu mengatasi segala keperluan tersebut. 

Aku juga ada mendengar cadangan supaya pendidikan pemanduan ini dititikberat melalui pendidikan di peringkat sekolah. Tapi ianya tidak memadai, ibu bapalah yang berperanan sebenarnya. Ini kerana cara pemanduan keluarga mempengaruhi minda anak-anak. 

27 May 2014

Berubah atau Tranformasi. Beza atau tidak?

Sengaja aku melontarkan persoalan itu. Sudah pasti anda mempunyai jawapannya. Suka juga untuk aku mengulas mengenai perkara ini. Sebabnya kita sering dimomokkan dengan keperluan untuk berubah. Berubah kepada perkara yang positif.

Dan pada akhir-akhir ini, kita sering mendengar kenyataan berkenaan transformasi. Seperti transformasi politik, transformasi kerajaan dan pelbagai lagi. Hakikatnya berubah atau transformasi merupakan elemen yang sama. Cuma jika kita sebut berubah atau perubahan, mungkin perlukan lebih penjelasan dari segi konteksnya. Tidak pula jika menyebut transformasi. Seolah-olah perkataan transformasi mewakili segala-galanya dalam bentuk perubahan. 

Ya, transformasi ini mudah disebut tetapi memerlukan keazaman untuk melaksanakan. Setiap perubahan yang berlaku, kita akan menempuh perkara-perkara baru. Pastinya kita mengambil masa untuk mengadaptasi perkara baru tersebut supaya kita diterima didalamnya. Ianya satu cabaran sebenarnya. Tetapi jika tidak berubah, pastinya kita akan kekal di takuk yang lama. Ayuh, berubahlah. 

06 May 2014

Kuasa Mind Set

Anda sedar atau tidak akan kuasa mind set. Aku pasti anda tidak sedar berkaitan perkara. Ataupun kita tidak peduli pun akan perkara ini. Tetapi tidak bagi individu yang tahu mengenai pendekatan psikologi.
 
Mind set ini mampu membuat kita mencapai perkara yang diinginkan. Mind set ini boleh membantu anda untuk menjadi manusia yang lebih positif terutamanya disaat anda menghadapi dugaan dan cabaran.

15 April 2014

26 February 2014

Perubahan Cuaca

Bila berbicara soal alam, pastinya kita akan bercakap soal cuaca panas, hujan, ribut ataupun mendung. Tetapi bila cuaca cerah, kita berbicara dalam lingkungan yang tenang.

Itulah lumrah manusia, perlu akur dengan kehendaknya penciptanya. Bila hujan yang banyak, bumi akan banjir. Bila panas yang berpanjangan, bumi akan kering kontang.

12 February 2014

Servis Kereta di Honda Puchong

Suka untuk aku berkongsi pengalaman menghantar servis kereta di Honda Service Centre di Puchong. Lokasi service centre adalah sebaris dengan Tesco Puchong. Bangunannya boleh dilihat jika anda menelusuri LDP.

Jika anda mahu servis kereta disini, ada dua cara yang boleh buat sama ada anda booking terlebih dahulu, ataupun hanya walk in sahaja. Masa awal-awal dulu memang aku akan booking tetapi akhir-akhir nie aku walk-in aje. Dari segi tempoh menunggu, booking lebih baik, sebab anda hanya perlu datang awal 15 minit daripada waktu anda booking. Masa menunggu pun agak singkat, tapi untuk dapatkan waktu booking ikut masa anda sebenanya susah. Untuk satu-satu masa, hanya dibenarkan 4 kereta sahaja untuk booking, Contohnya, 8.30 am - 4 kereta. Kira dalam satu hari jumlah yang dibenarkan untuk booking terhad. Sebab itu, aku ambil pendekatan walk-in sahaja. Tapi setakat ini, walaupun walk-in aku rasa ok je.

Cuma servis kereta honda memang mahal agaknya berbanding dengan kereta lain. Aku takde kes study bagi membuktikan fakta ini, tapi setiap kali servis tak lari, kos yang anda perlu bayar tak kurang dari RM200 ribu. Walaupun setakat servis yang biasa saja.

Ruang menunggu kat honda servis ini luas. Surat khabar dan air kopi pun ada disediakan. Cumanya aircondnya agak panas sikit, mungkin sebab dinding kacanya menyebabkan haba banyak masuk. 





27 January 2014

POTD 12 : Restoran Tepi Sungai Jamilah, Kluang Johor

Kedai ini dibuka 24 jam

Kirana Tomyam, Taman Puncak Jalil

Restoran ini adalah yang baru dibuka di Taman Puncak Jalil. Bagus la, untuk menambah pilihan kedai makanan di kawasan ini. Dari segi rasa, tidak la sedap sesangat. Tapi masih dikategorikan pilihan untuk datang semula. 



25 January 2014

POTD 11 : Bil Cukai Taksiran

Pesanan Khidmat Masyarakat : Bayaran Cukai Taksiran Anda. Kuasa dihujung jari,
gunakan online banking.  

24 January 2014

POTD 10 : Lapangan Terbang Pulau Pinang

Semasa kerja-kerja naiktaraf sedang dijalankan.

Update Buku ASB

Masuk bulan Januari, telah menjadi kebiasaan, atau boleh dikatakan telah menjadi keseronokan ramai orang untuk mengemaskini buku ASB. Bukan nak keluarkan pun, cuma nak melihat dengan mata sendiri jumlah dividen yang diperolehi, dan jumlah duit terkini dalam akaun tersebut. Satu kepuasan peribadi dan motivasi untuk terus menabung.

Aku pun termasuk dalam golongan tersebut. Urusan ini telah aku laksanakan di Pejabat ASNB di Putrajaya. Nasihat aku, anda perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi semasa berurusan di sini. Pada pemerhatian aku, mutu perkhidmatan yang diberikan lambat. Jika lambat disebabkan ramai pelanggan, mungkin kita boleh terima. Tetapi jika pelanggan pun dalam keadaan yang tidak ramai, akan jadi ramai disebabkan servis yang lembab, akhirnya tempoh menunggu pun akan menjadi semakin lama. Satu lagi, memang menguji kesabaran bila kita melihat kaunter yang dibuka pun sikit. Ada pulak kaunter dimana petugasnya sekejap buka untuk satu dua pelanggan, kemudian tutup/tangguh. Fokus kakitangan kaunter untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan memang sangat kurang, mereka menjalankan tugas mengikut keselesaan mereka tanpa memikirkan kegelisahan pelanggan yang menunggu. Mungkin lain orang, lain pengalamannya. Pengurusan ASNB perlu meningkatkan perkhidmatan kaunternya, terutama semasa awal tahun, dimana ramai yang akan datang untuk kemaskini buku. 

Satu lagi, anda tidak boleh mengemaskini buku ASB orang lain, waima pasangan anda sendiri. Ini selaras dengan arahan Bank Negara berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Aku pun tak sedar dan tak tahu langsung mengenai perkara ini. Rupanya perkara ini memang ada dimaklumkan dalam Laman Web http://www.asnb.com.my/. Suka juga untuk aku lampirkan pengumuman tersebut : 


Borang Kebenaran Wakil boleh didownload dalam laman wen tersebut. Bentuk borang tersebut adalah seperti berikut : 

Borang nie ditunjukkan separuh je,
ada lagi bahagian di bawahnya. 


Apapun, sememangnya ASB menjadi wadah tabungan kepada ramai bumiputera. Walaupun ada yang urusan keluar masuknya kerap, tetapi hasrat untuk menabung tu perlu kita kekalkan. 

23 January 2014

Cakap-Cakap Hartanah

Sejak akhir-akhir, mood untuk mencari hartanah memang ke laut. Mungkin sebabnya harga rumah yang ditawarkan dirasakan sangat mahal, sampaikan terdetik di pikiran, sapa la yang mampu nak beli rumah tersebut. Ada jugak sahabat yang memberitahu, walaupun ramai yang komplen harga rumah mahal, tapi pemaju bagitau ada je orang yang beli rumah yang mereka tawarkan. Itulah penyebabnya pemaju takde masalah pun nak letak harga rumah yang tinggi. Bab kata ilmuan ekonomi, selagi ada permintaan, tak timbul masalah dalam soal harga. 

Inilah dilema yang orang ramai akan sentiasa merungut-rungut, mahupun akan sentiasa berharap yang harga rumah akan turun. Depa dok cakap kerajaan tak boleh ke nak kawal harga rumah tersebut. Sampai sekarang memang kita tak nampak usaha kerajaan untuk mengawal harga rumah secara langsung. Setakat ini kerajaan hanya mengawal dan mengetatkan beberapa prosedur yang berkaitan pemilikan rumah. Contohnya, seperti menaikkan kadar cukai Real Property Gain Tax (RPGT) dan proses meminjam daripada bank yang semakin ketat. Melalui usaha ini, rakyat masih berharap agar harga rumah akan turun. 

Kita akan terus berharap, dalam masa yang sama kita akan tetap membuat keputusan membeli rumah walaupun mahal. Keputusan perlu dibuat untuk kebaikan masa depan. Dalam pada itu, akan ada kos melepas yang perlu diterima dengan keputusan itu. 


20 January 2014

09 January 2014

POTD 5 : ABN Cable Guy

Unbeaten Value ini hanya terhad semasa tempoh promosi.
Tapi aku tak pasti sampai bila.
Berapa agaknya harga tanpa promosi?

07 January 2014

POTD 4: Kereta Kabel Genting Highlands

Kadang-kadang rasa gayat jugak naik cable car.

The Atmosphere, Equine, Seri Kembangan


Bangunan Pejabat ini mengikut perkiraan aku telah hampir setahun telah siap, tapi masih kosong dan lengang lagi. Aku tak tahu sama ada semua unit telah habis dijual atau tidak. Walaubagaimanapun, anda boleh melihat iklan sewa/jual digantung dihadapan kawasan kedai. Siapakah agaknya pemilik asal kepada hartanah ini. Mungkinkah spekulator hartanah ?

Banting ini menunjukkan keluasan dan kadar sewa yang dikenakan.
Berminat? Hubungi nombor yang tertera.
P/s : hartanah nie siap menang award lagi.

06 January 2014

POTD 3 : Art Sphere

Banting nie, lukisannya cantik tapi aku tak paham apa mesej
yang nak disampaikan.

Restoran K'Chiang Mai, Taman Puncak Jalil




Restoran ini adalah salah satu kedai makan yang aku suka pergi. Kedai ini dekat je dengan rumah aku. Harganya pun memang berpatutan, dan masakannya sedap. Restoran lebih kepada restoran thai, tomyan dan ikan bakar pun ada. 

03 January 2014

POTD 2 : Menara Alor Setar

Menara yang gagah berdiri itu adalah Menara Alor Setar dan
bangunan yang ceria merupakan Bangunan Persekutuan.
Ini adalah sebahagian pemandangan Bandar Alor Setar, Kedah.

Pic Of the Day (POTD) 1

Sebenarnya aku nak ambil gambar dua biji vespa versi baru.
Cuba anda lihat dengan lebih dekat antara tiang lampu dengan 

tiang trafik light. 

02 January 2014

Tahun Dua Ribu Empat Belas

Hari ini hari kedua tahun 2014. Anda ada merasakan sebarang perbezaan? Pastinya keadaan masih sama, cuma usia kita yang akan menginjak bertambah satu tahun lagi, apa maknanya? Maknanya kita semakin tua. Situasi ini hanya terpakai kepada anda yang telah melangkaui usia 25 tahun. Bagi yang dibawah usia 25 tahun, perubahan tahun bermakna anda semakin dewasa. Inilah yang aku gelarkan 'sudut pandang'. Perkara yang sama tetapi pandanganya yang berbeza.

2 tahun yang berlalu, aku lebih kepada membincangkan soal hartanah. Banyak juga soalan yang diajukan, mana yang termampu telah aku jawab sebaiknya. Banyak orang menjangkakan tahun 2014, kos sara hidup akan semakin meningkat. Jika dilihat dengan mata kasar, memang aku sendiri mengakui kos perbelanjaan akan semakin meningkat. Dijangkakan juga, banyak barang-barang yang akan naik harga, termasuklah rumah-rumah baru. Target aku untuk membeli sebuah lagi rumah pada tahun 2013, tidak tercapai disebabkan susah untuk mendapatkan rumah yang mengikut kriteria yang aku tetapkan. 

Faktor besar yang mempengaruhi keputusan aku adalah harga rumah yang semakin mahal, mendapatkan kelulusan pinjaman dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Oleh demikian, aku tetapkan untuk terus kekal dalam situasi sekarang. Tapi jika ada peluang depan, aku tak lepaskan.

Bercakap soal kos sara hidup yang semakin meningkat, bagi aku kita perlu membuat persediaan awal. Tidak salah untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati, tetapi jangan lah sepanjang masa bercakap soal itu, ibaratnya kita nie asyik nak meletakkan kesalahan pada orang lain sahaja. Dalam soal ini, suka aku menekankan konsep, 'wang itu bukan untuk dibelanjakan, tetapi wang itu perlu diuruskan'. Sebabnya jika kita membelanjakan wang yang kita perolehi, tanpa pengurusan dan auditan, nescaya wang tersebut akan habis tanpa kita sedar. Pengurusan dan auditan itu merujuk kepada persoalan apa perlunya kita membelanjakan wang tersebut? Jika kita tidak membelanjakannya, apakah kesannya kepada kehidupan seharian kita? Adakah kita akan merasa rugi, tidak selesa ataupun hutang kita akan semakin meningkat. Hasil jawapan kepada persoalan ini, insyallah ianya akan membantu anda menentukan tindakan manakah yang terbaik. 

Dalam kehidupan ini kita sentiasa mempunyai pilihan. Isunya, pilihan manakah yang terbaik untuk kita. Sebabnya bukan semua pilihan yang terbaik, merupakan pilihan yang sesuai dengan kehendak kita. Disini pentingnya untuk kita mengimbangi antara pilihan yang terbaik dengan kehendak kita. Pendek kata, tepuk dada tanya iman.