Secara umumnya, KUALITI HIDUP ini bukan sahaja merangkumi pembangunan ekonomi malahan juga melibatkan pelbagai aspek lain yang tidak dapat dipisahkan seperti aspek sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Namun begitu, aspek yang paling utama dalam memberi kehidupan yang berkualiti kepada manusia mengandungi empat perkara iaitu politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Kehidupan mengubah setiap perkara dan setiap perwatakan sama ada melibatkan kematian atau kehidupan. Kehidupan menunjuk kepada setiap perkara yang hidup, proses kehidupan serta sifat dalam persekitaran. Apabila berbicara mengenai kualiti hidup, perkara penting yang selalu bermain di fikiran adalah persoalan, adakah kita bercakap mengenai kualiti hidup seseorang atau kualiti sesebuah negara. Persoalan yang lain seperti
…apakah peringkat kualiti hidup yang tertinggi?
…siapa yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti hidup itu sendiri?
…apakah yang terkandung dalam perkataan kualiti itu sendiri?
…adakah ia perlu merangkumi kesihatan yang baik, kekayaan yang melimpah ruah, kekuasaan yang tinggi, kecantikan atau kepandaian?
Penilaian mengenai kualiti hidup adalah sukar untuk diukur dan tiada definisi umum yang boleh diterima. Pada masa dulu, kebanyakan pengkaji hanya mengira kualiti hidup manusia berdasarkan satu dimensi sahaja seperti fungsi fizikal, ekonomi atau fungsi seksual. Tetapi, kebanyakan pengkaji kini cuba untuk mengembangkan lagi definisi kualiti hidup ini. Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, pencapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat.
Memahami kualiti hidup adalah penting, terutama dalam penjagaan kesihatan di mana kemampuan kewangan tidak di ambil kira. Kualiti hidup ialah darjah kesejahteraan hidup yang dirasai oleh seseorang individu atau kumpulan manusia. Kualiti hidup bukanlah konsep yang nyata dan tidak boleh disukat secara terus. Ianya mengandungi dua komponen iaitu, pertama dari aspek fizikal termasuklah kesihatan, diet, perlindungan daripada penyakit dan kesakitan. Komponen kedua, psikologi secara semula jadi. Aspek ini termasuklah tekanan, kebimbangan, kepuasan dan keadaan emosi yang negatif atau positif. Adalah mustahil untuk meramalkan kualiti hidup khususnya bagi seseorang individu. Gabungan sifat yang ada pada seseorang individu jarang mendorong seseorang individu untuk berpuas hati terhadap orang lain.
Mengikut World Health Organization, kualiti hidup didefinisikan sebagai anggapan individu mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan sistem di mana ia berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban. Ada yang mengatakan kesejahteraan hidup merupakan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang itu merasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya amat bermakna. Terdapat buku yang menghuraikan kesejahteraan hidup pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kualiti hidup manusia sehingga berada dalam keadaan hidup yang selamat, sihat dan selesa baik secara fizikal, sosial mahupun psikologi.
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh U.S Deparment of Health and Human Services, kualiti hidup merupakan nilai yang didasarkan kepada jangka masa kehidupan yang dimodifikasikan atau diubah oleh kerosakan, keadaan berfungsi, persepsi dan peluang sosial yang dipengaruhi oleh penyakit, kecederaan, rawatan dan polisi. Mereka juga mencadangkan bahawa penilaian umumnya menyumbang ke arah kualiti hidup. Contohnya kefungsian fizikal, kefungsian emosi atau psikologikal, kefungsian sosial, rungutan fisiologi dan somatik serta laporan global tentang kualiti hidup.
Konsep kesejahteraan hidup atau kualiti hidup ini bukan semata-mata diukur dengan penilaian material sahaja seperti pemilikan rumah, kenderaan, taraf pendidikan yang tinggi tetapi ianya juga merangkumi aspek- aspek yang tidak berbentuk material seperti perasaan kasih sayang, kemesraan, rasa belas kasihan antara individu dan sentiasa berlapang dada. Pandangan bahawa kualiti hidup mempunyai beberapa konsep atau isu yang boleh dikenal pasti dan dibahagikan kepada lima kategori. Kategori-kategori ini memfokuskan kepada :
Konsep kesejahteraan hidup atau kualiti hidup ini bukan semata-mata diukur dengan penilaian material sahaja seperti pemilikan rumah, kenderaan, taraf pendidikan yang tinggi tetapi ianya juga merangkumi aspek- aspek yang tidak berbentuk material seperti perasaan kasih sayang, kemesraan, rasa belas kasihan antara individu dan sentiasa berlapang dada. Pandangan bahawa kualiti hidup mempunyai beberapa konsep atau isu yang boleh dikenal pasti dan dibahagikan kepada lima kategori. Kategori-kategori ini memfokuskan kepada :
i. keupayaan untuk hidup dalam kehidupan yang biasa,
ii. kegembiraan atau kepuasan,
iii. pencapaian ke arah matlamat,
iv. keupayaan untuk mendorong ke arah kehidupan sosial yang lebih berguna
v. kemampuan fizikal dan mental.
Komponen Kualiti hidup
Komponen kualiti hidup terdiri daripada tiga perkara utama iaitu “being”, “belonging” dan “becoming”. Komponen-komponen ini pula terdiri daripada sembilan sub komponen. Komponen being terdiri daripada sub komponen fizikal, psikologikal dan spiritual. Komponen belonging terdiri daripada sub komponen fizikal, sosial dan komuniti dan komponen becoming pula terdiri daripada sub komponen praktikal, masa lapang dan pertumbuhan.
Being Being merangkumi aspek-aspek asas sebagai seorang individu. Physical being merangkumi kesihatan fizikal termasuklah nutrisi dan keseimbangan. Ia juga berkaitan dengan mobiliti fizikal dan ketangkasan seperti kebersihan diri dan kekemasan. Psychological being adalah perasaan individu, kognisi dan penilaian individu tentang diri sendiri. Ia memfokuskan kepada penghargaan kendiri, kawalan diri dan bagaimana seseorang individu itu berhadapan dengan kebimbangan serta permulaan tingkah laku positif. Spiritual being berkenaan nilai-nilai peribadi seseorang dan standard untuk hidup, kepercayaan agama (yang mana boleh atau tidak boleh dipercayai secara semulajadinya) yang melangkaui pengalaman kehidupan seharian (contohnya melalui alam semula jadi dan muzik), meraikan peristiwa tertentu dalam hidup seperti hari lahir, kesyukuran dan sambutan kebudayaan dan keagamaan.
Belonging Physical belonging merujuk kepada hubungan seseorang dengan persekitarannya (jiran- jiran, tempat kerja, serta komuniti yang lebih besar). Sub komponen ini termasuklah perasaan mereka apabila berada di rumah dalam persekitaran itu. Ianya merangkumi kebebasan individu untuk mempamerkan apa yang dimilikinya (aset berharga) dengan selamat. Individu itu juga berkehendakan masa untuk diri sendiri dalam persekitarannya. Social belonging adalah tentang hubungan individu itu dengan persekitarannya. Ia menfokuskan kepada perhubungan yang bermakna contohnya hubungan dengan pasangan, keluarga, rakan sekerja, jiran-jiran dan individu- individu lain yang sebangsa dan seagama. Community belonging adalah tentang rangkaian atau hubungan yang dimiliki oleh individu itu dengan sumber-sumber asas yang tersedia untuk ahli-ahli komuniti dan masyarakat tersebut. Ini termasuklah maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, pekerjaan, pendidikan, program-program rekreasi, perkhidmatan kesihatan dan sosial serta aktiviti- aktiviti sosial.
Becoming
Practical becoming adalah berkenaan dengan sesuatu yang praktikal, aktiviti harian seperti mengemas rumah, kerja-kerja sukarela,mengambil dan memberi perkhidmatan seperti perkhidmatan sosial dan kesihatan. Leisure becoming merujuk kepada masa lapang dan aktiviti rekreasi yang tidak semestinya mempunyai nilai instrumental yang ketara. Aktiviti-aktiviti sebagai biasanya untuk merehatkan fikiran, mengurangkan tekanan dan sebagai suatu “rekreasi” supaya dapat memberi keseimbangan antara pekerjaan dan aktiviti-aktiviti riadah dalam kehidupan. Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti yang mempunyai hubungan dalam jangka masa yang pendek (contohnya membuat sosialisasi, hal-hal di taman permainan atau rekreasi atau permainan tenis). Sama juga seperti juga seperti aktiviti yang memerlukan jangka panjang contohnya bercuti. Growth becoming dalam aktiviti-aktiviti ini dapat memberi kesan atau impak kepada pembangunan individu di dalam kemahiran dan pengetahuan, samada ia melibatkan aktiviti formal dan tidak formal seperti pendidikan dan pembelajaran. Hal ini termasuk juga mempelajari maklumat baru, meningkatkan kemahiran yang sedia ada atau mempelajari sesuatu yang baru dan mengadaptasikan perubahan dalam kehidupan mereka.
Aspek ekonomi merupakan komponen kualiti hidup yang memberi peluang kepada setiap individu dalam meningkatkan kualiti hidup masing-masing supaya lebih selesa. Ini melibatkan pekerjaan yang baik, status kehidupan dan sebagainya. Pendapatan kasar atau pendapatan per kapita telah digunakan sebagai proksi bagi mencerminkan kebajikan atau taraf hidup. Pendapatan membolehkan individu menampung perbelanjaan bagi diri serta keluarga mereka manakala agihan pendapatan pula menggambarkan kesaksamaan dan pengagihan sumber ekonomi.
Komponen penyertaan sosial dapat menggambarkan komitmen dan kesediaan orang ramai untuk terlibat dalam aktiviti sosial, politik, keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Sebagai pengganti kepada kekurangan tersebut, terdapat beberapa aspek yang dijadikan sebagai kayu ukur terhadap tahap kualiti hidup. Pengukuran ini memfokuskan kepada banyak perkara yang melibatkan kehidupan yang disifatkan sebagai lebih sensitif untuk berubah. Contohnya, Sheldon and Moore telah melihat kepada aspek demografi dan trend populasi iaitu tenaga buruh dan pekerja, pengetahuan dan kronologi, keadaan semula jadi dan tahap aktiviti politik oleh kerajaan dan warganegara, perubahan dalam kehidupan keluarga, penglibatan dalam aktiviti keagamaan, penggunaan masa lapang, status kehidupan dan akademi, stratifikasi sosial dan sebagainya.
Komponen penyertaan sosial dapat menggambarkan komitmen dan kesediaan orang ramai untuk terlibat dalam aktiviti sosial, politik, keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Sebagai pengganti kepada kekurangan tersebut, terdapat beberapa aspek yang dijadikan sebagai kayu ukur terhadap tahap kualiti hidup. Pengukuran ini memfokuskan kepada banyak perkara yang melibatkan kehidupan yang disifatkan sebagai lebih sensitif untuk berubah. Contohnya, Sheldon and Moore telah melihat kepada aspek demografi dan trend populasi iaitu tenaga buruh dan pekerja, pengetahuan dan kronologi, keadaan semula jadi dan tahap aktiviti politik oleh kerajaan dan warganegara, perubahan dalam kehidupan keluarga, penglibatan dalam aktiviti keagamaan, penggunaan masa lapang, status kehidupan dan akademi, stratifikasi sosial dan sebagainya.
Komponen pekerjaan atau status ini memberi ganjaran kepada individu melalui pemilikan tempat kediaman, kenderaan, pakaian, makanan dan sebagainya. Sistem pendidikan merupakan alat utama bagi penyampaian pengetahuan dan budaya dari satu generasi ke generasi yang lain. Ia menyediakan asas bagi pembentukan dan peningkatan teknologi yang diperlukan untuk mengekal serta memperbaiki kualiti hidup. Pendidikan juga mencerminkan kepada taraf dan status yang baik. Hal ini kerana pendidikan dapat mengubah seseorang itu daripada jahil kepada berilmu. Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan mampu mengubah dirinya atau status ekonomi diri kepada yang lebih baik. Apabila seseorang itu mampu mengubah kehidupannya, maka kualiti hidupnya akan meningkat dan terus maju seiring dengan pertambahan ilmunya.
Komponen kesihatan merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan manusia bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat. Konsep kesihatan telah dibincangkan daripada pelbagai perspektif. Terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi definisi kesihatan berdasarkan kepada konteks sosial dan politik. Definisi yang terbaik ialah yang dikeluarkan oleh WHO iaitu “keadaan yang melibatkan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial serta tidak mempunyai penyakit”.
Komponen pendidikan telah menyumbang dengan ketara kepada kemajuan kualiti hidup di mana indeksnya telah meningkat sebanyak 18.4 mata di antara tahun 1990 dan tahun 2000. Kadar celik huruf, kadar penyertaan peringkat sekolah menengah, kadar penyertaan universiti, nisbah guru dan pelajar di sekolah rendah dan menengah telah digunakan dalam pengiraan indeks ini. Lebih banyak institusi pengajian tinggi telah ditawarkan berikutan tertubuhnya universiti-universiti swasta dengan terlaksananya Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996.
Komponen alam sekitar mempunyai kesan langsung ke atas kesejahteraan penduduk. Pencemaran udara dan air serta kawasan hutan adalah antara petunjuk kualiti alam sekitar. Dalam tempoh 1990 hingga 2000 kualiti alam sekitar yang diukur melalui indeks kualiti udara, kualiti air dan kawasan berhutan hampir tidak berubah pada 100.2 mata. Tahap kualiti udara adalah sederhana dan baik. Penggunaan teknologi lebih bersih daripada kilang serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkesan telah menyumbang ke arah kualiti udara yang lebih bersih.
Komponen kehidupan berkeluarga iaitu unit keluarga mewakili institusi utama dalam struktur sosial dan berfungsi memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan psikologi individu dan sebagainya. Kualiti kehidupan keluarga adalah diukur dari segi kadar penceraian, kadar jenayah juvana, kadar kelahiran kasar dan saiz purata isi rumah. Indeks kehidupan keluarga telah meningkat sebanyak 3.6 mata di antara tahun 1990 dan tahun 2000 memberi gambaran positif terhadap institusi yang menyediakan keselamatan ekonomi, sosial dan fizikal. Kehidupan berkualiti juga dinilai berdasarkan kepada bilangan penceraian setiap seribu penduduk dan saiz isi rumah, telah bertambah dengan baik.
Pengamalan budaya dianggap sebagai tingkah laku yang baik untuk memastikan manusia berada pada kedudukan baik dalam jaringan sosial, melengkapi masyarakat dengan tujuan dalam kehidupan dan mempromosikan kesejahteraan mereka. Budaya penting untuk menentukan kualiti hidup semasa ia mendefinisikan tujuan dan preskripsi untuk hidup agar lebih bermakna sama ada sakit atau sihat. Budaya adalah pokok utama dalam kehidupan manusia, ia menyediakan dua fungsi iaitu
1) menentukan cara hidup kepada sekumpulan manusia untuk memastikan perjalanan hidup mereka sejahtera
2) Budaya berfungsi menyediakan kepercayaan dan nilai-nilai serta memberi makna dan tujuan kehidupan. Tiap budaya dibentuk untuk memenuhi tiga keperluan universal :
a. keselamatan,
b. kesedaran integriti dan makna atau tujuan dalam kehidupan, dan
c. kesedaran untuk dipunyai sebagai ahli integriti dalam salah satu jalinan sosial.
Setiap budaya mempunyai set kepercayaan nilai-nilai dan praktis yang unik terhadap setiap identiti kumpulan dan biasanya tidak “isomophic” dengan kumpulan budaya yang lain. Komponen lain yang penting ialah perumahan. Rumah merupakan keperluan asas sosial untuk kehidupan yang sempurna, memberi keselamatan dan perlindungan kepada keluarga. Terdapat elemen asas yang menentukan tahap kualiti dalam kehidupan. Hal ini memberi pengaruh yang sangat besar terhadap pemikiran dan cara untuk meningkatkan kualiti dalam hidup. Elemen yang pertama ialah memberi keselesaan dan bukannya memberi rawatan. Kebanyakan individu tidak menyedari kemampuan untuk memperoleh tahap kesempurnaan. Oleh itu individu- individu seperti ini mestilah disedarkan dan diberikan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan yang lebih berkualiti. Elemen yang kedua ialah sesuatu perancangan yang rumit memerlukan kaedah atau pengukuran yang rumit juga. Contohnya, seseorang pesakit yang didiagnosis sebagai pesakit psikiatri dan mempunyai keadaan atau personaliti yang rumit maka cara rawatan yang paling diperlukan untuk memberi kualiti hidup yang lebih baik adalah bersifat rumit juga.
Konsep kualiti hidup juga melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik. Dengan demikian, komponen kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi meliputi juga aspek lain seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar.
Kualiti hidup meliputi segala keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap kebendaan, kesihatan, pendidikan, keselamatan, kepuasan keselesaan tempat tinggal dalam persekitaran yang bersih dan masyarakat yang bebas dari permasalahan, dan juga keseronokan kenikmatan dari segi estetika dan kerohanian. Kebanyakan pengkaji menghuraikan jaminan dalam kualiti hidup sepatutnya memfokuskan kepada tiga faktor iaitu keinginan individu, struktur program dan perkembangan program. Ringkasnya, kualiti hidup berkait dengan kesejahteraan am penduduk. Bagi kerajaan termasuk kerajaan tempatan tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik dengan memastikan keperluan infrastruktur utiliti dan kemudahan masyarakat, institusi untuk pertubuhan sosial dan urus tadbir yang membenarkan hak individu untuk bersuara dan membuat pilihan pada tahap yang sesuai diwujudkan secukupnya.
Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)
ReplyDelete