29 February 2016

Harga rumah semakin mahal

Bagi yang telah membeli rumah, akan suka untuk membeli rumah untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Maybe tujuannya untuk menambah aset disamping merancang untuk menyewakan rumah tersebut. Sudah pasti rumah yang hendak dibeli, bukanlah rumah yang mahal. Rumah lingkungan harga RM200 ribu adalah logik untuk dibeli bagi tujuan untuk disewakan. 

Tetapi untuk mencari rumah baru yang dalam pembinaan pada RM200k kebawah, adalah sangat susah. Kalau nak cari kawasan lembah klang, boleh dikatakan hampir tiada pun pemaju yang nak jual rumah pada harga tersebut. Maka, mula lah kita marah dan menyalahkan pihak berkuasa yang gagal mengawal harga rumah yang melampau.

Harga rumah ditentukan oleh pasaran. Maknanya pemaju bebas untuk meletakkan sebarang harga yang dirasakan sesuai. Jika rumah tersebut mendapat permintaan, maknanya harga yang pemaju tetapkan adalah harga yang munasabah berdasarkan ada pembeli yang berminat. Cuba kalau takde pembelian, pemaju akan beri diskaun untuk menarik minat pembeli. Sebab itu, jika anda perasan projek fasa 1 yang sold out, lebih murah berbanding dengan fasa dua. Sebab apa, pemaju sudah tahu demand projek di lokasi tersebut.

Ramai yang berharap agar pihak berkuasa masuk campur dan tentukan harga jualan rumah tersebut. Isunya, kenapa pihak berkuasa perlu masuk campur, kos pembangunan projek perumahan adalah ditanggung 100% oleh pemaju yang memiliki tanah tersebut. 

Yang ada kuasa dalam mengawal adalah kerajaan negeri, itu pun lebih kepada kawalan pembangunan. Kawalan pembangunan ini akan memastikan bagi satu kawasan perumahan tidak tertumpu kepada pembinaan  rumah jenis tinggi sahaja, perlu ada peratusan bagi rumah kos rendah dan kos sederhana. 

Sebab itu, tidak salah untuk anda membeli rumah secara subsale.

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Saya ada membeli rumah subsale..salah saya juga kerana x cek tentang geran dan nama pemilik..saya terus bayar 3% untuk book rumah tersebut. Bila sy sign s&p baru sy dimaklumkan bahawa rumah tu masih diatas nama developer dan melibatkan proses double transfer..

    Saya nak tau selalu nya double transfer ni akan ambil masa berapa lama? Dan ada x hak untuk memastikan saya dapat beli rumah tersebut dgn harga yang sama seperti sy beri wang deposit 3% tu? Terima kasih kerana respons

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.