07 May 2012

Rumah Subsale : Langkah 5 - Pelantikan Peguam dan Dokumen Perjanjian Jual Beli

Perkara yang paling penting dalam urusan pembelian atau penjualan rumah adalah Dokumen Perjanjian Jual Beli. Dokumen perjanjian ini akan digunakan sebagai dokumen utama yang mengikat antara penjual dan pembeli.Perjanjian jual beli ini lebih dikenali sebagai S&P atau SPA. Ikut keselesaan masing-masing la nak gunakan istilah yang mana.

Pembeli perlu melantik mana-mana peguam sebagai peguam pembeli dalam urusan pembelian rumah tersebut.Penjual juga sepatutnya perlu melantik peguamnya sendiri, bagi menjaga kepentingannya, tetapi dalam kes aku penjual tidak melantik peguamnya sendiri, hanya menggunakan peguam pembeli sahaja. Pembeli akan menanggung kos penyediaan dokumen S&P ini, disamping memberikan butir-butir yang diperlukan kepada peguamnya seperti maklumat peribadi, harga belian, surat persetujuan membeli dan alamat hartanah yang dibeli. 

Draf dokumen S&P yang disediakan oleh peguam pembeli sepatutnya disemak oleh Peguam Penjual. Dalam kes penjual tidak melantik peguamnya sendiri, penjual perlu menyemak sendiri dan bersetuju dengan kandungan dokumen perjanjian jual beli itu. Risiko berlaku salah tafsir undang-undang jika penjual tidak melantik peguam sendiri ditanggung oleh penjual itu sendiri. Tetapi jika penjual melantik peguamnya sendiri, kos peguamnya ditanggung oleh penjual. Seorang peguam tidak boleh menjadi peguam bagi kedua-dua kepentingan, sama ada kepentingan pembeli dalam masa menjaga kepentingan penjual. 

Peguam pembeli akan berurusan dengan penjual bagi mendapat dokumen berkaitan maklumat peribadi dan maklumat hartanah yang dijual untuk dinyatakan dalam S&P. Peguam pembeli sepatutnya memberikan nasihat yang sewajarnya kepada penjual berkaitan penjualan hartanah tersebut. 

Sebenarnya charge yang dikenakan oleh Peguam kepada pembeli telah dikawal berdasarkan kadar harga yang disediakan oleh Bar Council. Perbezaan charge yang ketara antara peguam sepatutnya tidak berlaku. Jika wujud perbezaan lebih kepada charge perkhidmatan lain seperti pengangkutan yang mana ianya boleh dibincangkan untuk dapatkan diskaun. Keseluruhannya, adalah sangat penting untuk anda faham peranan peguam pembeli, peguam penjual, penjual tidak melantik peguam penjual.

Tempoh yang sepatutnya untuk pembeli menandatangi S&P adalah dalam tempoh 14 hari dari tarikh sign surat persetujuan membeli. Jika pembeli gagal mengikut tempoh ini, penjual mempunyai hak untuk membatalkan urusan jual beli ini. Pembeli akan kehilangan wang deposit pembelian. Satu lagi perkara penting, semasa sign S&P pembeli perlu membayar jumlah 10% atau baki duit setelah ditolak dengan deposit yang dibayar kepada agen.

Ramai yang pesan, jika nak bayar 10% ini eloknya gunakan cek, tunai pun boleh tapi tidak digalakkan. Bagi tiada cek sendiri boleh gunakan banker cheque. Pastikan anda dapatkan pengesahan penerimaan oleh pejabat peguam semasa menyerahkan duit tersebut. Ia penting sebagai bukti jika timbul masalah kemudian hari. 

11 comments:

  1. sorry nie bukan soalan pasal rumah subsale. saya nak taw kalo disbursement dari pihak bank tak diterima developer until they send me a notis peringtan to cancel s&p, can they cancel my s&p automatically after let say 28 days notice?

    but i dont want to let go and bank is in process of disbursement.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya, cuba la baca term dalam S&P yang ditandatangani. ada tak klausa pasal cancel S&P jika kita tak bayar disbursement.ataupun cuba tanya ngan lawyer s&p yang anda berurusan.

      biasanya, developer tak cancel S&P tapi akan kenakan charge atas kelewatan tersebut.untuk percepatkan process disbursement, follow gila-gila ngan lawyer loan agreement. sekian, harap membantu. tq

      Delete
    2. salam..
      soalan-
      1)perlu ada LOI before S&P ke?
      2)pnjual n pembeli share lawyer yg sama coz penjual tggung cost lwyer S&P.mcmana nk mkesure kpntingan pembeli trjaga?
      3)apa yg perlu diberi perhatian dalam S&P subsale?
      tq

      Delete
  2. Salam Anon,
    Saya telah berikan pandangan dan pendapat saya di entry pada 12 Jun 2012. Harap dapat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam, encik. jika tiada apa-apa klausa pembatalan jual beli di S&P, bagaimana untuk membatalkan jualbeli tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbincangan mengenai perkara perlu dibuat dengan penjual/pembeli, dan ianya perlu diuruskan oleh lawyer.

      Delete
  4. Salam,
    boleh tau, jika penjual guna khidmat peguam yang sama dengan pembeli, akan ada caj dikenakan tak kepada penjual.
    lagi satu, dalam s & p akan dinyatakan bahawa penjual tidak melantik mana2 peguam untuk penyediaan dokumen tersebut, betul kan macam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, perkara ini ada dinyatakan dalam dokumen S&P.
      Memang ada caj yang dikenakan. Kena semak dengan peguam.

      Delete
  5. salam, sekiranya penjual dan pembeli menggunakan peguam yg berasingan, adakah charge snp dikenakan juga pada penjual, sedangkn pembeli juga dikenakan charge yg sama.. boleh senaraikn ape yg penjual perlu bayar pada peguam?

    ReplyDelete
  6. Salam,adakah kos consent (Lowcost) berasingan dgn kos lawyer fee?jika ya,berapakah harga kos maksimum bg kos consent?

    ReplyDelete
  7. Salam,adakah kos consent (Lowcost) berasingan dgn kos lawyer fee?jika ya,berapakah harga kos maksimum bg kos consent?

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.