Dalam step ini , aku rasa ianya merupakan kesinambungan kepada Langkah 4 dan dilaksanakan serentak dengan langkah 5.
Dalam kes aku, setelah Alliance Bank meluluskan pinjaman yang aku pohon, aku terus bersetuju untuk menandatangani surat tawaran pinjaman yang dikeluarkan. Surat tawaran ini agak panjang jugak, tapi yang penting syarat atau condition yang ditawarkan sama dengan keperluan yang kita pohon tempoh hari. Maybe ada sedikit perbezaan, tapi jika anda rasa ok. takde masalah la kan.
Perkara penting yang aku tengok adalah seperti jumlah loan yang ditawarkan termasuk MRTA, interest yang ditawarkan, lock-in period dan tempoh pinjaman. Jika anda telah sign surat tawaran ini, kira anda telah ada kontrak la dengan bank tersebut, dan anda tidak boleh la nak tukar pikiran pulak suka-suka hati je. Sebab tu kena fikir masak-masak dalam nak putuskan nak pinjam dari bank yang mana dan nak setuju dengan bank mane. Maybe ada kes yang dah sign tapi tak jadi, agaknya kena discuss balik dengan bank tu. aku takde pengalaman nak handle macam mane.
Dalam masa yang sama, anda boleh memilih lawyer mana yang akan menguruskan loan agreement anda dengan bank dan Lawyer ini mestilah panel kepada bank tersebut. Maknanya, peminjam kena setuju, Bank juga kena setuju dengan pelantikan lawyer tersebut. Kalu satu pihak tidak setuju, tak boleh proceed ngan lawyer tu.
Selepas selepas urusan sign, kita kena tunggu pengurusan bank untuk melantik lawyer yang dipersetujui untuk menguruskan loan agreement. Mengikut pengalaman, agak lama jugak menunggu pelantikan ini, hampir 3 minggu baru bank lantik lawyer tersebut.
Jika bank lambat lantik lawyer loan agremeent, Lawyer SPA tidak boleh proceed untuk mohon consent to transfer (CTT) dan consent to charge (CTC) di Pejabat Tabah. Sebabnya dalam permohonan CTT dan CTC, perlu dikemukakan sekali Surat Tawaran Pinjaman yang telah dimatikan setem. Permohonan CTT dan CTC secara bersekali nie untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bagi hartanah leasehold yang telah ada title.
Salam tuan, kalau saya nk melantik lawyer yang sama menguruskan loan agreement untuk buat snp juga, maksudnya snp saya pon akan delay lah ye. sebab bank pon ambil masa untuk appoint lawyer utk loan.
ReplyDeleteAdvise tuan untuk timeline perkara ni? maybe masa submit loan kat bank baru sy cakap nk lawyer sama buat snp?
tq banyak in advance bro.
Anda perlu memastikan lawyer SnP anda merupakan panel lawyer bank yang anda mohon pinjaman bagi membolehkan anda menggunakan lawyer yang sama bagi kedua-dua urusan ini. Bagi urusan lawyer loan agreement, elok lah anda berbincang dengan pegawai bank yang menguruskan pinjaman anda. Minta agar beliau pastikan lawyer yang dilantik adalah yang bagus. Dan satu lagi, sukar untuk menjangkan tempoh masa berkaitan perkara kerana banyak faktor yang mempengaruhinya.
Delete