16 May 2012

Review : The Avengers

Aku telah berkesempatan menonton The Avengers setelah lama tidak menonton filem di panggung wayang.  Sejak ader anak kecil, aktiviti nie kena tangguh dulu la.

The Avengers nie sebenarnya filem superhero yang popular, aku tau tapi tak kenal semua hero yang ada. dan seperti biasa la, konsep filem superhero adalah 'hero mesti menang'. Namun untuk menang kena ada usaha, kena berjuang untuk mendapatkan kemenangan tersebut. Kat sini la nilai yang boleh kita ambil, iaitu berusaha.

Satu lagi, 'work as a team' memang sangat nyata dalam filem nie. Setiap hero ada kekuatan masing-masing, kekuatan ini perlu digabungkan untuk menghasilkan 'kekuatan baru' yang luar biasa.

Apa yang aku perhatikan, watak superhero dalam kartun dengan dalam movie memang sebijik. Pandai betul depa make-up nak kasi real. Jalan ceritanya menarik walaupun agak stereotaip bagi sebuah filem hollywood.

Ada yang berpendapat, filem hollywood nie akan menyelitkan unsur proganda dalam filem. Propaganda yang aku kenalpasti, kehebatan Amerika dalam menghadapi serangan, kekuatan dari segi teknologi dan peralatannya. Nampak hebat dan realistik.  Tapi bagi aku itu bukan satu masalah yang besar, lagipun kita boleh menapis dan menilainya sendiri. Yang penting, unsur hiburan dalam menonton, keseronokan dalam memahami jalan ceritanya. Itu yang lebih penting.



No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.