22 May 2012

Review : Di Hamparan Shamrock

Fikiran aku bercelaru. tapi aku mahu melepaskan tekanan ini dengan menulis. bagus kan. hakikatnya kita jika tertekan, idea menulis akan semakin mencurah-curah. mudah disebut tapi betul ke?

Anda dah baca ke buku Di Hamparan Shamrock (DHS) yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Jamil. Seingat aku ini merupakan buku beliau yang ketiga yang aku pernah baca. Memang ustaz nie seorang yang pandai menulis, walaupun ruang lingkup tulisan hanya berkisarkan pengalamannya semasa belajar, semasa menuntut di luar negara. Kelebihan tulisannya, beliau pandai mengaitkan peristiwa atau pengalaman lampaunya dengan pengajaran yang boleh diperolehi daripada situasi tersebut.

Dalam DHS, penulis berpegang kepada prinsip bahawa beliau juga manusia biasa, yang mempunyai nasib malang atau dugaan hidup yang dilaluinya. Bagi beliau, untuk menjadi seorang yang kuat perlu tabah menghadapi dugaan. Antara yang terkesan emosi aku dalam dugaan yang beliau hadapi, adalah ketika beliau dipenjarakan disebabkan tinggal di negara orang melebihi tempoh yang dibenarkan. Walaupun sekejap, kena penjara bukan sesuatu yang menarik untuk dibayangkan, memang kita akan teringat semua orang yang tersayang. 

Walaupun beliau telah menamatkan kelas pengajian sarjana, tetapi beliau tidak layak dianugerahkan ijazah disebabkan ujian Hafalan Al-Quran yang belum selesai. Ujian ini tertangguh disebabkan perkara yang beliau sendiri tak dapat nak elakkan, namun perjuangan dan istiqomah beliau dalam menghadapi dugaan ini sangat mengagumkan.

Penceritaan mengenai persekitaran semasa beliau menjadi Imam di Belfast juga sangat menarik, di mana banyak peristiwa yang berkaitan dengan Islam yang bagi aku memang bagus untuk membuka minda kita. Contohnya, seperti pengalaman beliau mengislamkan masyarakat setempat yang telah mendapat hidayah untuk memeluk Islam, ketokohan dan kepimpinannya dengan latar belakang Islam yang kukuh sepatutnya dijadikan teladan.

Umumnya, satu kepuasan dalam membaca dan menghayati pengalaman yang ditempoh oleh penulis. Gaya penulisan yang santai juga merupakan faktor penarik.



No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.