Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Aku rasa aku punya kemampuan untuk beli susu anak aku. Tapi masalah boleh berlaku jika pada hari dan masa yang tidak kena.
Aku terlupa dalam poket hanya ada RM34 sahaja. Minyak kereta pula habis, aku telah gunakan RM30 untuk mengisi minyak kereta. So aku takde tunai. Ingat, nak keluar guna ATM. Tetapi aku telah gunakan kredit limit bagi ATM CIMB, untuk membayar fi kepada lawyer. Nak guna ATM Maybank, sistem tak boleh nak detect chip card ATM aku. Siap telefon call center Maybank lagi. Still tak boleh keluar lagi, operator tu cakap akaun ok, maybe card ada problem.
Pikir punya pikir, aku ingat MyMydin boleh terima card credit. kaunter dia cakap tak had minimum. tapi malangnya susu Dumex Dugro 1-3 years telah habis. tak dapat jugak aku nak beli susu anak.
Itu lah rentetannya bila tuhan dah tentukan keadaan ini, ianya tidak terlalu lah terlalu kritikal. Tetapi ada pengajaran yang aku kena belajar dari pengalaman ini. Tidak semesti kita ada duit, kita boleh membeli sebabnya yang penting kena ada tunai. Satu lagi, walaupun kita ade plan B, tak semuanya plan B akan membantu mengawal keadaan. Entahlah, itu la bila tuhan itu menduga.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.