20 June 2014

Merentasi Masa

Dalam dunia realiti, adalah mustahil untuk manusia merentasi masa. Namun begitu, manusia suka untuk berimaginasi untuk mempunyai kebolehan merentasi masa. Filem 'back to the future' memang mendapatkan sambutan kerana filem ini berkisarkan kebolehan manusia untuk merentasi masa menggunakan kenderaan yang dicipta oleh seorang saintis. 

Aku ada menonton 2 filem yang terbaru di pasaran, iaitu X-Men : Days of the Future Past dan Edge of Tomorrow. Apa yang aku perasan kedua-dua filem ini juga berkisarkan kemampuan manusia untuk merentasi masa dan kembali ke zaman silamnya.  Dalam filem x-men, Wolverine telah kembali ke tahun 70-an untuk mengubah sejarah. Beliau perlu memastikan seorang saintis itu tidak dibunuh oleh kawannya, Mystique. Wolverine berjaya dan sejarah mutan pun berubah dimasa hadapan. Dalam filem Edge of tomorrow pula, Mejar William Cage telah terperangkap dalam satu putaran masa yang boleh berulang-ulang, jika Cage tu mati. Putaran masa ini telah membolehkan cage mengubah sejarah manusia yang menang berperang dengan The Mimics. Cage juga berjaya menyelamatkan orang yang disukainya.

Secara umumnya, kedua filem ini menarik untuk ditonton. Tetapi aku sebenarnya agak rimas dengan tema kemampuan manusia untuk merentasi masa dan akhirnya mengubah sejarah. Jika hendak berlandaskan logik, memang jauh sekali sekali. Ironinya, kita akan terbuai dengan kemampuan mengubah sejarah dalam diri seorang watak sahaja. 

Tema ini hanya akan mewujudkan khalayak yang banyak berangan-angan atas perkara yang pada pandangan aku adalah mustahil. Drama melayu pun ada yang meniru tema ini, kalau tak silap filem Hang Tuah. Adalah lebih baik untuk kita berpijak di bumi yang nyata. Sebab itu, ada orang menasihatkan aku supaya anggap la menonton filem itu satu hiburan ringan. Jangan difikirkan sangat logik atau tidak. Tapi aku perlu luahkan apa yang aku rasa wajar untuk dikritik. 
  

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.