23 January 2014

Cakap-Cakap Hartanah

Sejak akhir-akhir, mood untuk mencari hartanah memang ke laut. Mungkin sebabnya harga rumah yang ditawarkan dirasakan sangat mahal, sampaikan terdetik di pikiran, sapa la yang mampu nak beli rumah tersebut. Ada jugak sahabat yang memberitahu, walaupun ramai yang komplen harga rumah mahal, tapi pemaju bagitau ada je orang yang beli rumah yang mereka tawarkan. Itulah penyebabnya pemaju takde masalah pun nak letak harga rumah yang tinggi. Bab kata ilmuan ekonomi, selagi ada permintaan, tak timbul masalah dalam soal harga. 

Inilah dilema yang orang ramai akan sentiasa merungut-rungut, mahupun akan sentiasa berharap yang harga rumah akan turun. Depa dok cakap kerajaan tak boleh ke nak kawal harga rumah tersebut. Sampai sekarang memang kita tak nampak usaha kerajaan untuk mengawal harga rumah secara langsung. Setakat ini kerajaan hanya mengawal dan mengetatkan beberapa prosedur yang berkaitan pemilikan rumah. Contohnya, seperti menaikkan kadar cukai Real Property Gain Tax (RPGT) dan proses meminjam daripada bank yang semakin ketat. Melalui usaha ini, rakyat masih berharap agar harga rumah akan turun. 

Kita akan terus berharap, dalam masa yang sama kita akan tetap membuat keputusan membeli rumah walaupun mahal. Keputusan perlu dibuat untuk kebaikan masa depan. Dalam pada itu, akan ada kos melepas yang perlu diterima dengan keputusan itu. 


No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.