07 December 2012

Bil Perkhidmatan Pembetungan

Bil Perkhidmatan Pembetungan atau lebih dikenali sebagai bil IWK adalah salah satu bil utiliti yang perlu kita bayar sebagai pengguna. Tapi selalunya, ramai yang yang ambil tak peduli dengan bil ini sebabnya kita tidak merasa secara sedar bahawa perkhidmatan ini telah disediakan. Sebab itu jugalah ramai yang tertunggak bil ini.

Satu lagi bil ini dikeluarkan setiap 3 bulan sekali, bagi unit apartment kos sebulan adalah sebanyak RM8. Baru-baru ini, aku telah menerima panggilan untuk membayar bil IWK dan jumlah yang telah tertunggak adalah sebanyak RM192. Jika aku bahagikan kepada RM8 bermakna tunggakan aku nie bagi tempoh 24 bulan. 24 bulan nie sama dengan 2 tahun. Wah! lamanya tak bayar.

Bayangkan dah 2 tahun aku tak bayar bil pembetungan, kalau bil eletrik dan bil air rasanya takkan tertunggak sampai 2 tahun. Lagi pun, aku tak terfikir ataupun tak rasa risau pun jika pihak IWK nak potong perkhidmatannya. dan aku pun tak tau sama ada IWK nie beri perkhidmatan atau tidak. 

Mungkin bila telah timbul bau-bauan yang tidak menyenangkan baru aku akan sedar kepentingan perkhidmatan ini. Ataupun bila kita flush, kumbahan tu tak hilang dan duduk bertakung kat toilet kita... baru ada akalkan.

Itulah nasib industri pembetungan kat negara kita. Bila terhantuk baru terngadah. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.