14 November 2012

Konsep homestay yang telah diperluaskan.


Jika dirujuk di dalam wikipedia, homestay atau Inap desa bermaksud rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.

Tapi sekarang, setau aku konsep homestay ini telah diperluaskan dimana bukan sahaja disewakan bilik, malah diberi sewa satu rumah sekaligus.

Baru-baru aku ada berkesempatan ke Changlun, Kedah, g berjalan rumah abang aku, dan semasa aku pusing-pusing taman perumahan, aku jumpa banyak rumah yang dijadikan homestay, hampir 10 biji yang aku jumpa. Aku rasa target penyewa homestay ini mungkin semasa minggu konvokesyen di UUM, permintaan untuk homestay ini akan meningkat.

Dan kalau kita search kat internet, hampir semua bandar-bandar kecil, ada diiklankan rumah homestay. Industri homestay ini telah berevolusi daripada berkonsepkan menyewakan bilik, sebaliknya ianya menjadi konsep menyewa rumah ala hotel mahupun apartment servis.

Satu industri yang menarik untuk diterokai tetapi kita perlu pandai untuk buat kiraan pulangan pelaburan.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.