08 February 2013

Ulasan Buku : Biografi Syed Mokhtar Albukhary


Aku telah baca buku ini, walaupun saat ulasan ini dibuat masih ada beberapa muka surat yang masih belum aku habiskan. Secara umumnya, dengan membaca biografi jutawanini, satu perkataan yang aku nak gambarkan 'inspiring'.

Buku ini bukan ditulis oleh Syed Mokhtar sendiri, tetapi oleh Premilla Mohanlall. Buku ini dijual agak murah, dengan RM19.90 di MPH. Satu pembelian yang berbaloi.

Setelah baca buku, aku rasa lebih mengenali siapa itu, Syed Mokhtar Albukhary. Sebelum ini, aku biasa dengar, selalu baca nama beliau di dalam surat khabar, terutama dalam senarai orang terkaya di Malaysia. Syed Mokhtar juga dikenali sebagai seorang dermawan yang sentiasa membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Antara fakta-fakta utama yang aku nak kongsi hasil dari membaca biografi ini adalah :
  • Syed Mokhtar lahir dalam sebuah keluarga yang biasa, tetapi hidup dalam dunia berniaga. Memang dari kecil lagi beliau telah terdedah dengan dunia perniagaan.
  • Kesusahan hidup semasa kecil, menjadi beliau seorang yang sangat bersyukur. Kesyukurannya diterjemah dalam bentuk kerja amal yang dilakukannya.
  • Tanpa pelajaran formal sehingga ke U, beliau masih boleh berjaya dalam perniagaannya. Pengalaman perniagaan merupakan aset beliau yang sangat berharga.
  • Konsep hands-on atau buat sendiri, berniaga sendiri. Semasa bermula berniaga, semuanya beliau lakukan sendiri bersama beberapa orang rakan kongsinya.
  • Mempunyai perancangan yang strategik dalam memajukan perniagaannya. Beliau banyak menggunakan pendekatan perkongsian dengan orang cina dalam syarikatnya, ini membantunya untuk menembusi pasaran yang dikuasai oleh bangsa cina.
  • Pandai mengambil peluang. Ada antara perniagaan yang diceburi melibatkan kontrak dengan kerajaan, elemen beliau sebagai bumiputera sedikit sebanyak membantu beliau dalam perkara ini. 
  • Walaupun dibantu melalui DEB untuk mendapat kontrak/pinjaman, beliau tidak gagal untuk membayar balik pinjamannya. Ini melihat kesungguhan beliau menjaga nama baiknya.
  • Hubungan baik dengan pemimpin kerajaan juga sedikit sebanyak membantu beliau mendapat kontrak dengan kerajaan. Tetapi keupayaan beliau untuk 'deliver' juga faktor positif disebalik kejayaannya.
  • Dengan mengambil alih 3 korporat utama, MMC, Pernas (Tradewinds) dan DRB-HICOM beliau berjaya mengubah hala tuju 3 syarikat ini. Masa ambil alih syarikat, semua anak syarikatnya yang telah berjaya akan disusun dibawa 3 syarikat utama ini. Ini pendekatan orang yang pandai berniaga.
  • Restu ibu. Beliau akan melawat ibunya setiap bulan, setiap kali ada masalah beliau sentiasa merujuk dengan ibunya.
Ini adalah kisah kejayaan seorang jutawan. Walaupun, ada yang merasakan beliau tergolong dalam kelompok kroni tetapi keupayaan beliau mengurus untuk kekal berjaya sehingga hari ini membuktikan, keupayaan dan kemampuan beliau yang sebenarnya menjadi beliau seorang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.