09 February 2013

Apa pilihan anda : Rumah lama atau rumah baru ?

Pertanyaan Email daripada Zal Madi :

".... saya nak tanya untuk rumah yang hendak dibeli,mana yang ok rumah yang telah lama diduduki atau rumah yang baru siap,maksud saya untuk buat sewa,sila bagi pandangan boleh."

Pandangan Saya :

Untuk menentukan yang mana lebih baik, sama ada rumah yang telah diduduki atau rumah baru siap, kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahannya. Yang pastinya, kelebihan dan kekurangan ini memang boleh kita atasi dengan sabar.

Rumah yang telah lama diduduki, selalu semasa proses pembelian kita sudah buat study mengenai kawasan perumahan tersebut, kita boleh agak permintaan sewanya. Kalau rajin survey, kita boleh tahu siapa prospek penyewa. Cuma, rumah yang telah diduduki ini, harga belian mungkin lebih tinggi daripada harga asal. Ini akan memberi kesan kepada jumlah sewa yang akan ditetapkan. Takut silap-silap jadi -ve cashflow pulak.

Berbeza pula dengan rumah baru. Semuanya serba baru. Tapi disini kita masih boleh study kawasan sekitarnya, seperti dekat dengan kilang tak, dekat dengan pusat bandar tak, ada public transport tak dan macam-macam lagi. Yang penting, kita kena faham kawasan perbandaran rumah yang hendak dibeli. Tapi untuk dapat rumah baru dikawasan yang baik, dengan harga yang rendah, memang susah, boleh dikatakan hampir mustahil. Jika lokasi bagus, mesti harga pun bagus jugak. Jika harga mahal, kena tau prospek penyewa, adakah jika kita letak sewa 1.5k sebulan, akan ada yang nak sewa. Semua ini kita

Sebenarnya tiada pendekatan yang standard dalam menentukan perkara ini. Apa penting kita kena tau serba serbi pasal kawasan rumah yang hendak dibeli, berapa bayar bulan-bulan dan berapa yang patut disewa. Kadang-kadang kalau kita detail sangat dan banyak sangat expectationnya, alamatnya tak payah teruskan urusan ini. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.