05 April 2011

PENYAKIT BUAH PINGGANG


Penyakit buah pinggang kronik berlaku bila seseorang individu protein berlebihan di dalam air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara. Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekanan darah dan kerosakan jantung dan salur darah. Terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggan yang kronik. Secara umumnya, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang kronik.

Punca Utama
• Diabetes
• Tekanan Darah Tinggi
• Keradangan pada buah pinggang
• Jangkitan kuman
• Batu Karang
• Penyakit keturunan


Tanda dan Gejala
Ramai orang tidak sedar bahawa buah pinggang mereka rosak sehingga mereka menjalani pemeriksaan perubatan. Sesetengah individu mungkin mengalami beberapa tanda dan gejala berikut, bergantung pada jenis penyakit buah pinggang:
• Ketidakselesaan atau rasa sakit semasa buang air kecil
• Darah keluar bersama-sama air kencing
• Perubahan kekerapan membuang air kecil
• Sakit belakang (bahagian loin)
• Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam
• Bengkak pergelangan kaki
• Sembap di keliling mata yang berlarutan, terutamanya pada sebelah pagi


Bagi mengesan penyakit buah pinggang adalah dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan tanda-tanda kerosakan kepada buah pinggang. Jika tidak dikesan awal, ianya berisiko mengalami kerosakan teruk hingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang. Di samping risiko kematian disebabkan penyakit jantung.

Pencegahan
Langkah-langkah pencegahan yang terbukti berkesan mencegah penyakit buah pinggang :
• Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang
• Mengawal tekanan darah
• Mengawal gula dan kolesterol di dalam darah
• Berhenti merokok
• Bersenam
• Mengawal berat badan


Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap. Tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit. Ujian dan pemeriksaan awal adalah penting terutamanya jika anda berada di dalam risiko tinggi. Perkembangan penyakit buah pinggang boleh dilambatkan atau dihentikan jika dikesan lebih awal.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.