07 April 2011

Main Penggal Mati (MPM)

Dashyat...dashyat.. bak kata Nazmi raja lawak... apa maknenye 'main penggal mati'. sapa la yang nak kena penggal sampai mati...kesiannya. Main Penggal Mati (MPM) ini adalah merupakan game kegemaran budak-budak kat kampung teman. tak kira la laki ke pompuan...semua pun main....tapi teman pun tak pasti kat tempat lain ader ke tak permainan ini...

Camaner cara permainan.
Sebenarnya MPM ini tidak memerlukan peralatan yang banyak...cukup la dengan sebiji bola sepak atau mana-mana bola yang lain... cuma elakkan bola yang tersangat keras...takut bila kena badan member buleh lembam pulak.... keme selalu main kat Padang badminton dekat sekolah keme la...  Mula-mula kena agihkan bilangan pemain yang ada...sama rata, lantik kapten bagi kumpulan a dan b....  so masing-masing akan cari ahli pasukan menggunakan kaedah undi panjang pendek....pakai rumput je nak undi panjang pendek nie...



Semua  pemain akan duduk kat atas padang badminton mengikut kumpulan masing-masing. Kawasan sempadan antara satu pasukan adalah garisan ditengah-tengah padang badminton. Pemain Kumpulan A akan memenggal bola ke arah Pemain Kumpulan B dan sebaliknya. Jika bola yang dibaling dapat disambut tanpa menjatuhkan bola, permainan akan diteruskan dengan sesi penggal memenggal akan berlangsung. Sekiranya bola tersebut cuba disambut tetapi jatuh atau balingan mengena mana-mana anggota badan dan jatuh ke tanah, pemain tersebut dikira mati.. dan perlu berpindah ke zon pemain mati KB/KA.

Pasukan pemenang adalah pasukan yang mempunyai bilangan pemain yang masih hidup. Pasukan kalah adalah pasukan yang mana anggotanya telah dipenggal dan dikira mati. Teknik penting dalam permainan ini adalah teknik menangkap bola dan teknik mengelak. Rasanya permainan ini telah pupus ditelah zaman... teman bernasib baik dapat bermain semasa zaman kanak-kanak dulu.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.