15 July 2013

Nostalgianya, Ramadan

Hari nie masuk hari yang 6 ramadhan. Setiap kali ramadhan, ramai antara kita suka untuk mengingati sesuatu peristiwa lampau yang kita lalui dalam bulan ramadhan juga. Seronok untuk bernostalgia, mengenangkan saat pahit manis yang pernah kita lalui. Bagi aku, dalam bernostagia ini, boleh aku pecahkan kepada 3 keadaan, yang pertama semasa di Asrama, semasa di Universiti dan semasa di tempat kerja aku yang pertama. 

Semasa duduk di asrama, bulan puasa merupakan saat yang sangat menggembirakan, apatah lagi waktu aku sebagai pelajar, tertumpu kepada dunia kecil aku, iaitu asrama, kampung dan sekolah. Amalan bersembahyang terawih memang sangat dititik beratkan oleh pengurusan asrama, kebetulan salah seorang warden adalah ustaz, maka memang beliau lah yang akan mengetuai sembayang terawih ini. Satu lagi, peraturan asrama dalam bulan puasa agak longgar sikit, contohnya, pelajar dibenarkan keluar setiap petang untuk pergi ke Bazar Ramahan.Waktu itu, bazar tidak lagi menjadi satu fenomena seperti sekarang. Tapi kes pelajar curi makan di dapur asrama, isu lazim yang sering berlaku dalam bukan ramadhan. 

Berpuasa di U, merupakan proses kematangan aku untuk menghadapi alam dewasa. Ada waktunya aku berbuka sendirian di bilik. Aku tak suka duduk menunggu, kiranya booking tempat duduk awal-awal di caferia. Lebih selesa bungkus, dan makan di bilik. Roomate masing-masing ada komitmen. (esp.. g dating) Pernah juga aku mengambil pendekatan berbuka di masjid U sahaja. Senang dan jimat. Senangnya, tak payah fikir apa yang nak dibeli, makan je apa yang dihidangkan dan aku tak payah keluar duit belanja. Cuma kat U nie, yang payahnya waktu bersahur, leceh nak turun ke cafe. Alamatnya, sahur awal la, dalam kul 12 malam ambil la makanan berat. Lepas tu tido, nak dapat pahala bersahur, bangun kul 5 pagi, makan kurma ngan minum air. Settle. 

Berpuasa setelah berkerja. Kiranya baru abis U, tempat kerja yang pertama. Dapat pulak rakan pejabat yang sangat sporting, ibaratnya pejabat telah menjadi rumah kedua kitaorang. Beli juadah di pasar ramadhan, dan berbuka beramai-ramai di pejabat. Bukan kerja lebih masa pun, cuma memang kita  orang suka melepak-lepak di pejabat. Ada jugak yang kita orang ikut rombongan bos pergi berbuka di Masjid, nie kiranya program tetap di bulan puasa. Masa nie juga, aku mula belajar berbuka di hotel, yang bestnya, orang belanja, aku bawa diri je. Buka kat hotel nie, buffet, makanannya memang la banyak, cumanya kita akan makan lebih dari yang sepatutnya., ibarat kita makan macam ular sawa.

Indahnya bernostalgia.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.