Dalam sebuah kehidupan tak kira sama ada di bandar dan luar bandar, pasti kita akan menghadapi situasi yang tidak menyenangkan. Situasi ini timbul, disebabkan pihak berkuasa yang tidak menjalankan kerja dengan baik, faktor alam semula jadi dan masyarakat setempat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dalam menjaga harta benda awam.
Sama ada kita sedar atau tidak, keadaan ini menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati dalam diri kita. Namun, berapa ramai di kalangan kita yang akan tampil mengemukakan aduan kepada pihak yang berkuasa. Aku percaya tidak ramai yang berbuat demikian, sebaliknya hanya sekadar memberi komen di kalangan kawan-kawan dia sahaja.
Disini pentingnya untuk kita yang mempunyai tanggungjawab untuk menjadi agen atau aktivis sosial. Agen Sosial ini perlu melakukan kerja mengemukakan aduan yang konsisten kepada pihak yang berkuasa sehingga aduan tersebut ditangani sewajarnya.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.