10 February 2012

Sifu Dalam 9 Soalan

Entah la macam mane teman buleh tonton satu rancangan 9 soalan kat TV9. Tetamu semasa rancangan malam tadi, Dato' M.Nasir... '9 soalan' ini melibatkan sembilan soalan akan ditanya. Tapi M.Nasir dari dulu lagi, jawapan dia tah hape-hape.... ader jawapan tapi point pentingnya sukar untuk ditangkap.

Ada satu part yang teman rasa menarik... berkaitan adakah sifu layak menjadi seorang lagenda sama seperti Tan Sri P.Ramlee. Sifu cakap, peranan media banyak mempengaruhi status sosial seseorang itu. Contohnya, jika media berterusan memaparkan kebaikan seseorang itu, dari segi karyanya, lagunya, filemnya dan lain-lain, memang tidak dinafikan ini akan mengangkat martabat individu tersebut.

Makanya, disini memang peranan media sangat penting. Namun etika penyiaran perlu ada supaya tidak berlaku salah laporan atau laporan yang berlebih-lebihan. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.