04 January 2013

Dokumen Perjanjian Pinjaman Seragam dan Dalam Bahasa Melayu

Dalam Berita harian hari ini, ada melaporkan berkaitan dokumen perjanjian yang seragam dan dalam Bahasa Melayu. Antara point penting yang aku perasan adalah ;
  • Dokumentasi seragam yang diguna pakai bank tempatan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan langsung produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan.
  • Dokumentasi perjanjian pinjaman perumahan yang seragam dalam Bahasa Melayu bagi pembiayaan pokok RM500,000 ke bawah akan tersedia selewat-lewatnya 30 Oktober 2013 bagi memudahkan peminjam memahami terma kontrak.
  • Dokumentasi dalam bahasa melayu itu akan diberikan atas pemintaan.
  • Inisiatif ini hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) dengan PEMUDAH bertujuan mengurangkan risiko peminjam tidak memahami terma kontrak perjanjian mereka.
  • Dokumen seragam ini membabitkan tiga bahagian; Bahagian A mengandungi terma standard perjanjian pinjaman perumahan, Bahagian B menggariskan terma tambahan manakala Bahagian C menyertakan surat tawaran daripada bank berkenaan.
  • Dokumentasi ini dapat meningkatkan pemahaman peminjam dan membuat perbandingan terma serta syarat utama perjanjian termasuk tanggungjawab peminjam serta pembiaya
  • Aspek utama dalam dokumentasi seragam ini merangkumi jumlah pokok atau jumlah pinjaman, perihal hartanah, pembayaran dan pengiraan faedah, bayaran pendahuluan dan pembayaran balik, dokumen keselamatan dan akibat daripada kelalaian mematuhi perjanjian.
  • Jumlah pokok sebanyak RM500,000 merujuk kepada jumlah pinjaman yang digunakan untuk harga pembelian harta kediaman yang diambil kira.
  • Pinjaman atau pembiayaan boleh ditambah untuk meliputi kos pengubahsuaian, insurans bertempoh Gadai Janji Berkurang (MRTA) atau premium insurans lain yang dibenarkan oleh institusi perbankan dan yuran guaman yang kena bayar berkaitan pembelian hartanah itu.
Moga perkara ini memudahkan urusan kita.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.