Kalau berbincang berkaitan isu ini, rasanya 2 hari 2 malam takkan habis... orang lelaki, pasti akan mengatakan mereka yang lebih hebat dan pandai memandu, mereka mesti kata orang perempuan ni yang selalunya memandu lembab dan sering menimbulkan masalah. Begitu juga sebaliknya, bagi orang perempuan pula, mesti depa kata kemampuan mereka memandu sebenarnya setara dengan orang lelaki. Malah ada yang claim mereka lebih cekap lagi.
Hakikatnya, keupayaan pemanduan lelaki dan perempuan ini adalah lebih kurang sama je. Memang banyak kes yang dikaitkan kemalangan disebabkan orang perempuan yang gagal mengawal kenderaan dengan baik. Ada yang panik dan macam-macam lagi puncanya. Tetapi orang lelaki juga menyumbang ke arah faktor yang sama.
Satu lagi, jika melibatkan suami dan isteri yang kedua-duanya boleh memandu. Jika isteri memandu sendirian atau bersama anak-anak, rasanya si suami tak jadi masalah dan yakin akan kemampuan isterinya memandu kenderaan. Tetapi jika suami turut serta dalam kenderaan tersebut, sudah pasti memang suami keberatan untuk membenarkan isterinya memandu. Terdapat banyak kemungkinan, tapi kemungkinan yang paling besar disebabkan rasa tidak yakin dengan isteri atau rasa ego lelaki yang tinggi dan malu, jika jadi penumpang sahaja. Rasanya elok juga la, lelaki yang memandu, tapi jika sudah mengantuk dan melibatkan perjalanan yang jauh, berganti memandu merupakan tindakan yang bijak supaya selamat dalam perjalanan.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.