Kali pertama teman datang ke Bandar Mersing, rasanya dalam tahun 1997 kot... masa tu, kelab kenu UUM buat program Ekspedisi Kepulauan Mersing. Tapi masa tu, teman haram tak tau jalan dia, ye la naik bas memang tido je la sepanjang perjalanan.
Tup tup tahun 2009, teman sekali lagi datang ke Bandar Mersing. Sebab apa teman gelarkan lost world of mersing, kerana Mersing ni terasing dari mainstream bandar di Johor... kalu dari Kluang, makan masa 2-3 jam jugak untuk sampai ke Mersing nie... kalu ikut Muadzam pun makan masa 2-3 jam jugak... lepas tu kita akan melalui kawasan Kelapa Sawit dan hutan.... habis je segala hutan nie, tetiba muncul pulak sebuah bandar yang bertamadun.
Kat Bandar Mersing, buleh dikatakan yang sebuah bandar yang agak sederhana besar... kat bandar nie terdapat sebuah Jeti Feri untuk ke Pulau Tioman... pasaraya yang ader pun cuma pasaraya kampung ke. Kedai-kedai jualan pun biasa je. La nie, teman akan selalu pergi ke Bandar Mersing. Mencari barang keperluan yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.