Teman nak berkongsi tentang buku yang telah teman baca iaitu 'Mydin Di Sebalik Tabir'. Pernigaan Mydin ni sebenar agak dekat di hati teman sebab sorang adik teman dan sorang house-mate teman pernah bekerja dengan Mydin. Makanya sedikit sebanyak teman selalu la dengar cerita-cerita berkaitan dengan Mydin dari mereka berdua. Ader yang baik dan ada juga kelemahan yang diceritakan.
Berbalik kepada buku pasai Mydin nie... buku ni ditulis oleh isteri kepada Dato' Ameer Ali, penulis ni juga merupakan Pengarah Sumber Manusia di Mydin. Buku ini bermula dengan menceritakan berkaitan 'Tuan Mydin' yang merupakan pengasas kepada perniagaan Mydin. Bagaimana Tuan Mydin membesar, berniaga dan membina jati diri dan keluarganya. diceritakan pada bab-bab awal. Kemudiannya, disambung penceritaan berkaitan Dato' Amer Ali, yang telah membawa jenama MYDIN ke arah perniagaan peruncitan yang lebih luas sehingga muncul sebagai salah satu hypermarket yang berjaya di Malaysia. Gaya penulisan buku agak santai dengan disusuli gambar-gambar yang memberikan penceritaannya lebih berkesan.
Suka juga teman nak kongsikan, banyak perkara-perkara menarik yang teman dapat bila membaca buku ini, seperti :
1. Perniagaan Mydin merupakan perniagaan keluarga. Semua pengurusan atasan Mydin terdiri daripada anak, menantu, cucu kepada Mydin itu sendiri. Hubungan kekeluargaan yang erat antara mereka mungkin kunci kejayaan perniagaan Mydin.
2. Perniagaan Mydin bermula dari kedai runcit biasa, yang bertapak selangkah demi selangkah sehingga bertaraf Hypermarket. Asas perniagaan semasa pembabitan awal dalam perniagaan runcit ini, mungkin kekuatan kepada perniagaan Mydin untuk maju.
3. Retail is detail. dah nama pun di peruncitan, mesti terlibat dengan barang sangat pelbagai. yang kecil macam sudu, cawan sampai la ke barang yang mahal. makanya, ketelitian memang penting.
4. Mydin bukan sahaja berkembang menjadi hypermarkat, malah tindakannya mewujudkan MyMydin di kawasan-kawasan perumahan satu tindakan yang sangat bijak. Boleh dikatakan Mydin dekat pengguna.
Sebenarnya banyak nilai-nilai positif yang boleh kita perolehi bila membaca buku ini. Walaupun, dulu bila beli barang kat Mydin orang cakap takder kualiti, tapi pada hari ini persepsi itu makin terhakis. Mydin sekarang duduk di arus perdana.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.