Raya Cina 2012 telah menjelma... jatuh pulak pada hari Isnin dan Selasa, maknanya semua orang dapat cuti free selama 4 hari termasuk la dengan teman. cuma untuk kali nie, teman balik kampung mentua teman kt Endau, Johor.
Kome pernah ke sampai ke Endau, Johor. Yang biasa kita dengar, Endau Rompin kan, tu dirujuk sebagai Taman Negara. Sebenarnya Endau nie adalah bandar atau pekan yang menjadi sempadan antara Johor dengan Pahang. Kat sebelah Pahang, pekan yang bersempadan adalah Tanjung Gemok, Rompin. Pekan Endau nie pekan kecil ajer... lebih kurang macam Pekan Kampung Gajah,Perak juga... cuma kat sini, tempat pendaratan ikan oleh nelayan. Tentu la ikan kat sini segar dan sedap.
Elok juga teman kabo kat kome, perjalanan nak sampai ke Endau dari Putrajaya. Jumlah jam perjalanan lebih kurang dalam 5 @ 6 jam jugak... mula-mula, teman akan lalu kat Lebuhraya LEKAS, sampai la kat simpang Empat Senawang.
Dari Senawang, teman terus ke Kuala Pilah. Jalan sini biasanya akan jammed sikit tambah-tambah pulak kalu musim cuti panjang. Lagipun jalan dia satu lanes ajer... so paham-paham la, nak overtake pun susah...
bila sampai Kuala Pilah, teman terus ke Bandar Baru Serting @ Bandar Seri Jempol.. antara pekan yang akan dilalui untuk sampai ke Bandar Seri Jempol... teman akan lalu Pekan Batu Kikir. Biasanya kat Serting nie, teman akan singgah kat masjid disini .
Selepas Serting, teman akan lalu jalan ke Bandar Muadzam, Pahang. Yang nie la, perjalanan yang paling jauh dan agak membosankan. Jalan pula satu lane je, banyak lori trailer..kira kanan pokok kelapa sawit.. bila nak dekat ngan Bandar Muadzam teman akan ambik jalan ke Kuala Rompin... yang nie pulak kira laluan kedua terpanjang yang perlu teman lalu...
Bila dah sampai simpang tiga ke Kuala Rompin, teman rasa lega sebab dah semakin hampir untuk sampai ke Endau.... Kuala Rompin, terdapat sebuah pekan kecil jugak..kat pekan nie ader KFC tau... kira standar gak la, walaupun pekan nie tidak sebesar maner.
Demikian perjalanan yang biasa teman tempoh bila nak balik kampung mentua... walaupun agak jauh, biasanya perjalanannya lancar, kereta banyak jugak cuma tak la sampai jammed. Untuk make sure perjalanan balik kampung nie berbaloi, biasanya teman akan programkan aktiviti yang sesuai.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.