Kekuatan sebenar filem 'ombak rindu' terletak kepada lagunya yang sedap didengar. Seingat teman untuk filem yang romantik memang sangat perlu diselangi dengan kemerduan lagu-lagunya. Cuba kita tengok filem hindustan, lagu-lagunya yang merdu menyebabkan kita asyik menonton. Resepi ini adalah didalam ombak rindu. Sebab itu, filem ini sangat mendapat sambutan di panggung wayang. Ye la, kebanyakan penonton dipanggung kan pasangan yang sedang bercinta.
Kalau nak diikutkan jalan ceritanya, banyak jugak unsur kebetulan untuk menjadikan ceritanya bergerak . Kebetulan yang sangat memberikan impak kepada cerita, semasa izzah lari keluar dari kelab malam, masa mengejar pakciknya. Tiba-tiba muncul hariz, yang macam nak terlanggarkan Izzah. Lagi satu, sangat kebetulan tauke kelab malam tu pernah minta tolong hariz untuk dapat permit kelab Malam. Kalau tak, tak dapat si hariz nak menebus si izzah dari kelab tersebut.
Satu dialog yang teman susah nak terima, masa hariz jumpa Izzah dan marah sebab dia kutip izzah dari lembah yang hina. tak logik, rasanya izzah tu belum terjebak jauh pun masa kat kelab...tup-tup kata hariz yang kutip... macam tak sesuai je.
apa, pun filem nie sebenar hiburan yang menyampaikan mesej. Ada elemen yang baik dan boleh diteladani... elok kita contohi dan sebaliknya.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.