Semenjak dah berkeluarga nie, baru la teman biasa pegi beli barang basah kat Pasar Borong Selangor. Kome tau tak kat maner pasar borong selangor ini. Buleh dikatakan, pasar borong kt kawasan Seri Kembangan. Untuk lebih tepat lagi, kat kawasan taman equine. tak berapa jauh dari Jusco Equine. Kalu tengok kat signboard, pasar borong ni dibuka 24 jam. maknanye, kome bule pegi pada bila-bila masa la untuk pegi beli barang basah/dapur...
Ikut pemerhatian teman, pasar borong nie banyak dikunjungi oleh peniaga-peniaga kedai makan... lagipun, teman selalu pada waktu pagi... dalam kul 7am. ye la.. kalu teman pun bukak kedai makan, pasar borong la yang menjadi pilihan... kelebihannya lebih kurang macam one stop centre, semuanya ade.
Dari segi harga, teman rasa tak banyak beza ngan beli kt tempat lain... ikan, ayam dan daging, kan barang kawalan... maknanya harga jualan kat mane-mane pun lebih kurang sama je. Maybe berbeza dari segi kualiti je.... walaupun gitu, teman tengok ada jugak harga ikan yang sama, tapi berbeza mengikut penjual.... mungkin saiz ikan pun mainkan peranan... lagi besar ikan, makin mahal la harganya dan sebaliknya... harga kawalan yang kerajaan tetapkan, mungkin ambik kira pukul rata je kot.....
Dari segi kesegaran ikan, tak semua ikan yang dijual oleh penjual kt pasar nie, ikan yang segar...ada jugak yang teman tengok mata ikan yg dah merah... cuma dia akan letak harga yang murah la sikit... sama jugak ngan sotong dan udang.... rupanya, kat laut tu ader pelbagai jenis udang dan pelbagai jenis sotong... masa memilih nie, tepuk dada, tentukan kosnya je la... nak yg murah atau yang mahal sikit.... atau nak yang baik punya.
Ramai bangla dan india yang berniaga. itu la yang teman perasan kat pasar borong selangor ni. tak tau la kenapa jadi cam gitu... pasar ini diuruskan oleh PKPS. Maybe pengurusan pasar ini tak perasan atau ader sebab lain yang teman sendiri pun tak tau. Cumanya, bangla-bangla ini mungkin bekerja, dan tauke depa dah percaya kat depa untuk buat jualan... termasuk urusan penentuan harga dan pembayaran.
Parking space. Bagi teman parking memang banyak... tak timbul isu takder tempat nak parking. lagipun kadar keluar masuk kereta pun tinggi...maksudnya, sapa yang dah selesai membeli akan terus pulang, masuk pula orang lain...putaran ini akan sentiasa berlaku.
Bagi teman, jika kome pun selalu nak ke pasar, eloknya buat senarai semak atau listkan barang yang nak dibeli. sebabnya, satu takut terlupa, kedua, takut terbeli barang yang tak perlu, ketiga, mudah untuk bertindak dan mencari.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.