Ini mengisahkan perihal seorang pemuda mencari pekerjaan di sebuah ladang. Beliau memberikan surat sokongan kepada bakal majikannya.Di dalam surat sokongan tersebut hanya tertulis, “Dia tidur di dalam ribut”. Memandangkan beliau sangat memerlukan seorang pembantu, pemilik ladang tersebut terus mengambil pekerja itu bekerja di ladangnya.
Beberapa minggu berlalu, dan pada suatu malam, ribut yang kuat datang melanda. Terkejut dengan bunyi hujan lebat serta angin yang kuat, pemilik ladang melompat keluar dari bilik tidurnya dan menjerit memanggil pemuda yang baru diupahnya beberapa minggu yang lalu, tetapi pemuda tersebut sedang tidur dengan nyenyaknya. He slept through the storm.
Pemilik ladang terus berlari ke bangsal, tetapi dengan penuh hairan melihat semua haiwan peliharaan telah dikurung dengan selamat serta mempunyai makanan yang banyak. Pemilik ladang kemudiannya berlari ke ladang, dan melihat ikatan gandum yang dibalut kemas dengan kain tarpaulin serta tersusun yang amat rapinya.
Beliau seterusnya ke tempat simpan makanan, didapati pintu terkunci rapat dan bijirin dalam keadaan kering dan tersimpan dengan baik. Barulah pemilik ladang tadi memahami maksud “Dia tidur di dalam ribut” atau “He sleeps in a storm”. Mesejnya amatlah mudah tetapi penting.
Nilai
Seorang yang cekap dan berpengetahuan serta tahu apa yang perlu dilaksanakan. Dalam apa jua keadaan pekerja yang hebat boleh “tidur dengan nyenyak” kerana telah bersiap sedia terlebih dahulu bagi menghadapi apa jua kemungkinan.
Tetapi yang lebih penting, kita yang memilih, mendidik dan mengasuh pekerja-pekerja untuk negara kita, kita akan dapat tidur dengan nyenyak dan lenanya kerana mendapat pekerja-pekerja yang boleh tidur dengan nyenyaknya.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.