31 May 2012

KELAYAKAN MEMBUAT PINJAMAN BANK

Meminjam dengan bank untuk membeli rumah merupakan satu keperluan dan tindakan yang biasa diambil semua orang. Namun dalam urusan meminjam kita perlu mengambilkira jumlah pendapatan bulanan, jumlah komitmen dan hutang yang perlu ditanggung setiap bulan serta jumlah ansuran bulanan yang kita mampu untuk bayar.

Merujuk kepada soalan lazim, dalam banking info menyatakan :

....bayaran ansuran bulanan tidak seharusnya melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar bulanan anda. Dalam menilai keupayaan anda membuat pembayaran balik, institusi kewangan juga akan mengambil kira pembayaran balik hutang anda yang lain seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit....

Point utama disini adalah :
i.  1/3 daripada pendapatan kasar bulanan.
ii. Komitmen dan semua hutang perlu diambilkira.
(mulai tahun 2012, Bank Negara telah mengetatkan syarat pinjaman dengan mengambilkira pendapatan bersih sahaja)

Contoh;
Gaji sebulan = RM3,700. Hutang kereta: RM560.00 Kad Kredit:  RM100.
Gaji bersih = RM3,040.
1/3 daripada gaji bersih : RM1,013.

Berdasarkan contoh, jumlah bayaran ansuran yang layak untuk dipertimbangkan adalah sebanyak RM1,013 sebulan. Untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang layak dipohon, anda boleh gunakan kalkukator pinjaman perumahan. Jumlah pinjaman ini bergantung kepada tempoh pinjaman dan kadar interest yang ditentukan oleh Bank.

Ini merupakan panduan awal dalam proses menentukan harga rumah yang mampu dan patut anda beli. Pembelian diluar kemampuan perlu dielakkan, takut menyusahkan anda dikemudian hari. Semakan dengan pegawai bank yang menguruskan pinjaman sebenarnya boleh dibuat secara walk-in sahaja, tanpa perlu buat appointment.




2 comments:

  1. Setuju tu, untuk pengesahan berapa banyak yg kita boleh pinjam better consult banker. sebolehnya loan officer akan cuba utk lepaskan loan, sebabnya dorang ada target setiap bulan.

    //syahproperty

    ReplyDelete
  2. Betul, cuma bukan semuanya loan officer yang facilitate.

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.