23 March 2011

PEKAN KAMPUNG GAJAH


Bila dengo je nama Kampung Gajah, apa yang korang bayangkan... kalu ayat loyar buruknye, mesti la kampung tu banyak gajah.... dulu, opah aku pernah citer, nama Kampung Gajah disebabkan kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.

tapi sekarang nie, Kampung Gajah... sekor gajah pun takde... usahkan gajah... gading gajah pun takder.... ianya bukan sekadar sebuah kawasan perkampungan, ianya adalah sebuah pekan kecil, macam pekan koboi la.... serba serbi ada la kat pekan kampung gajah ni.... ada Agrobank ngan BSN, kedai makan, pejabat pos dan yang paling banyak adalah kedai runcit... tak tau macam maner depa depa dok bersaing sesama sendiri.... klinik kesihatan pun ader....  penduduk kat pekan nie buleh dikatakan hampir 100% orang melayu....

dulu pekan kat kampung gajah nie... kedai dia banyak kat tepi tebing sungai perak... tapi sekarang semua dah pindah... dah takder dah kedai kat tepi tebing... banyak dah kedai-kedai baru yang dibina dikawasan pekan....

Bas dan Teksi... sedih sikit nak citer... kat pekan kampung gajah ader la sebuah stesen bas... tapi perkhidmatan basnye macam hidup segan mati tak mau....maybe sebab orang kampung kaya-kaya kot... depa tak heran sangat nak naik bas.... tak pasti sebab ape bas sikit sangat... rasanya dalam 2 jam satu je...

kedai makan... bagi aku, takder la kedai makan yang special kat pekan kampung gajah nie... takat makan untuk kenyang je la...dulu, aku ader gak dengar citer, kena hati-hati makan kat pekan nie... takut kena santau... tapi itu dulu la... sekarang aku tengok takder pun orang kena... minta-minta dah takder la orang yang mengamalkan benda-benda tak baik cam gini.

litar lumba... kat pekan nie... ader dibina satu kawasan litar lumba... litar nie dibina atas pulau .. dulu masa Tan Sri Ramli Ngah Talib jadi Timbalan Menteri Pengangkutan... masa tu dia bina litar luba nie... sekarang tiap-tiap hari ahad ramai mat-mat rempit dan drifter yang turun padang untuk beraksi.....

satu lagi, biasa orang akan konfius antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah... sebenarnya ia adalah dua tempat yang berbeza... Batu Gajah dekat Ipoh, daerah Kinta... Kampung Gajah dekat dalam Daerah Perak Tengah.

2 comments:

  1. Salam. Nak tahu sal litar lumba tu. :)
    Litar lumba Dato' Sagor kn? :) lau dr taiping, thu tk laluan die cmne? thnx :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainna, betul Litar Lumba Dato Sagor. Kalau dari taiping, kena turun ipoh dulu, pastu ambil jalan ke Pekan Bota Kanan, ikut Bandar Seri Iskandar. Dari pekan Bota Kanan, boleh terus ke Kampung Gajah.
      Hi... nak buat apa kt litar lumba tu?

      Delete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.