Maybe aku dah tua atau memang rancangan ini tak best!atau masa aku tengok rancangan nie aku dalam bad mood.semua kemungkinan nie betul dan tidak salah.
Aku selalu dengar pasal rancangan VERSUS nie kat Hot FM. Memang depa nie promo gila-gila program ini. Disebabkan promo ini aku pun memperuntukan masa untuk menonton rancangan nie. Memang tak kena dengan jiwa aku kot.
Apa yang tak best pasai rancangan nie, aku tak suka dengan juri professionalnya. macam maner depa ni menilai kelebihan band itu untuk diangkat sebagai pemenang mingguan. alasan yang diberikan memang sangat tak justify langsung. ingat nie program kampungan ke.
eloknya, kalau rancangan realiti, biar la berdasarkan juri awam.... biar jari yang menjadi juri. takut ke, kalau band yang tak bagus jadi juara. ok aper? nama pun realiti, apa pun boleh jadi.
Konsep VERSUS takde penyingkiran. Nak singkir macam mane, setakat 5 group yang bertanding. Kalau disingkir tinggal berapa lak nanti....
Aku dengar-dengar... tugasan setiap band adalah menyanyikan semula lagu lama dengan sentuhan baru, diberi nafas baru. Kat sini ada sedikit tak konsisten komen jurinya, kalu lagu tugasan masih lagi mengekalkan melodi asal, dikatakan band tu tak berani nak mencuba sesuatu baru... tapi bila ada yang buat arrangement muzik baru yang lain dari melodi asal, dikatakan over doing. Apa nie? apa yang depa nie nak?
Entah la... bagi aku program realiti yang melibatkan penyanyi yang telah menjadi artis... ibarat mendengar radio je... tak menarik minat... eloknya teruskan realiti yang mencari bakat baru... walaupun dikatakan tidak relevan, artis mee segera dan macam2 lagi... tapi hakikatnya banyak program realiti yang telah memberikan platform kepada bakat baru untuk menjadi artis...
akhirnya, biar la aku mengomel sendirian.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.