27 April 2012

Bersih 3.0

... kebersihan sebahagian daripada iman... satu frasa yang biasa aku baca semasa zaman sekolah 20 tahun yang lalu. aku masih percaya frasa ini masih lagi digunakan oleh para pendidik pada hari ini untuk mendidik anak remaja di sekolah agar mengamalkan kebersihan. amalan menjaga kebersihan ini memang menjadi satu nilai yang patut diterapkan, baik dari segi agama mahupun dari sudut sosial. Menjadikan amalan penjagaan kebersihan sebagai satu gaya hidup boleh membentuk peribadi dan mencerminkan peribadi seseorang itu.

tapi perkataan 'bersih' pada hari ini telah digunakan sebagai satu gerakan yang memperjuangkan sesuatu isu. Namun ianya menjadi sangat popular dalam kalangan masyarakat malaysia pada hari ini. bila sebut bersih, apa yang kita bayangkan adalah berpakaian kuning. Ramai ke yang paham apa isu yang diperjuangkan oleh gerakan bersih ini. 

apa yang aku faham, gerakan bersih ini memperjuangkan supaya untuk diwujudkan pilihanraya yang adil. tapi berapa ramai yang faham dengan perjuangan gerakan bersih ini. ataupun ramai yang mengambil kesempatan untuk bersosial beramai-ramai, ada yang sekadar nak menengok, ada juga yang mengambil gambar, ada juga yang sekadar nak main-main je... nak tengok macam mane pihak berkuasa nak menangani mereka... aku rasa depa mesti rasa tak seronok kalau FRU tak pedulikan mereka. 

1 comment:

  1. Maaf tumpang tanya, masalah saya juga sama, loan atas nama saya telah diluluskan, snp nak letak nama husband juga tetapi nama husband blacklist.. pihak lawyer minta pihak bank buat amended letter offer saya letak husband as Third party.. saya risau adakah meletakkan nama husband saya pihak bank akan menarik semula offer letter saya yang telah sign. Sekiranya reject, boleh ker saya meneruskan letter offer saya yg sebelum ini telah sign.

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.