Kita biasanya suka untuk mengenal peribadi seseorang, terutamanya jika orang tersebut adalah orang di sekeliling kehidupan kita. Persoalannya, bagus ke untuk kita ketahui peribadi orang lain. Di sini kita akan berbeza pendapat, sebabnya kita akan rasa berguna untuk mengetahui peribadi orang lain supaya kita dapat memahami perkara yang disukai dan tidak disukai. Tetapi kita akan menjadi lebih beremosi bila kita mengetahui peribadi orang lain, terutama semasa kita berurusan. Maksudnya, kita akan lebih berhati-hati kerana takut mengguris hati, dan akhirnya layanan kita tidak jujur.
Ada macam-macam cara yang kita gunakan untuk menilai peribadi seseorang. Ia akan bermula dengan penampilan fizikal, sama ada individu tersebut bergaya atau sebaliknya. Gaya ini memberikan interpretasi yang penting dalam keseluruhan penilaian. Gaya bahasa percakapan juga akan membolehkan kita menilai peribadi seseorang. Gaya bahasa yang boleh ditafsirkan seperti bercakap, dia sahaja yang bagus atau dengan cara percakapan yang merendah diri dan ada juga yang bercakap tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Semua ini memberi maksud yang berbeza.
Hakikatnya menilai orang lain adalah sesuatu yang sering kita lakukan, tapi kita harus sedar orang juga menilai kita.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.