Penghadaman makanan yang tidak sempurna
Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang cepat. Saiz partikel makan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.
Pemakanan dan peminuman
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.
Pengambilan Alkohol
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pancreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alcohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxine, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.
Merokok
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.
Pengambilan Julap
Pengambilan julap atau laxative yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat – waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.
Proses Makanan
Makanan yang dimasak dengan lebih lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.
Makanan yang diproses
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.
Pengambilan antibiotic
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.
Sakit
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih banyak zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C lebih banyak.
Tekanan
Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan.
Pre Menstrual Syndrome (PMT)
Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.
Mengandung
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosphorus.
Kurang Pendedahan Pada Cahaya Matahari
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolism kalsium.
The morning sun...1,000 international units (IU) a day slashed cancer risk for women. Exposing just your arms and legs to the summer sun for less than 15 minutes can generate 5,000 IU.
ReplyDelete