Pernah ke kita mendengar isteri mendera suami. Dunia sekarang sudah berubah. Wanita sekarang sudah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki. Apa yang kebiasaanya orang lelaki patut buat, zaman sekarang orang perempuan pun mampu untuk buat sama.
Maka isu isteri mendera suami, bukanlah menjadi isu yang jangkal pada hari ini. Kalau zaman 50an dan 60an, memang kaum isteri sangat bergantung hidup dengan suami. Mulai tahun 90-an, ramai isteri yang berkerjaya dengan niat untuk membantu suami. Diberatkan pula keperluan hidup yang semakin mahal dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat. Bila isteri turut sama bekerjasama dalam menyumbang kepada ekonomi keluarga, beliau merasakan dia punyai hak bersuara dalam menentukan keputusan dalam sebuah keluarga.
Penderaan terhadap suami ini boleh berlaku dari segi mental dan fizikal. Penderaan mental merupakan penderaan terhadap emosi dan perasaan suami. Sebagai contohnya, isteri memboikot malas memasak, maka terpaksalah suami membeli makanan atau makan di luar. Secara luarannya, nampak macam tiada sebarang masalah, tetapi kalau perkara ini kerapkali terjadi, memang memberi kesan emosi kepada suami. Penderaan fizikal pula merujuk kepada tindakan memukul atau wujudnya 'body contact'. Ini boleh berlaku dalam keadaan wujudnya perasaan tidak puas hati yang diluar batasan.
Suami atau lelaki yang didera, biasanya dikalangan lelaki yang memiliki status sosial yang rendah dari segi kekayaan atau pekerjaannya berbanding dengan isterinya. Ini menyebabkan hak untuk suami untuk bersuara dalam perbincangan keluarga juga akan turut rendah sama. Isteri biasaya akan lebih dominan, dan suami akan menurut sahaja, dengan tujuan bagi mengelakkan perselisihan faham.
Dalam membahaskan isu ini, tiada penyelesaian yang jelas. Rasanya kita kena faham tujuan sebuah perkahwinan. Umumnya, perkahwinan ini merupakan perkongsian hidup, maka perlu ada TOLAK ANSUR yang kemas antara suami dan isteri. Perasaan tidak puas hati sentiasa akan timbul, baik dalam diri suami mahupun isteri. Kedua-dua perlu mengamalkan konsep muhasabah diri dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Amin.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.