28 December 2012

Muhasabah Diri

Hari ini Jumaat, 28.12.2012, masih ada 3 hari lagi sebelum kita masuk tahun 2013. Masuk permulaan tahun yang baru. Topik khutbah jumaat hari yang aku dengar, berkaitan dengan muhasabah diri.

Secara umumnya, muhasabah diri ini lebih kepada menilai kembali perjalanan hidup yang telah kita lalui. Adakah kita telah mencapai matlamat yang kita sendiri tetapkan. Jika  dari sudut sebagai seorang muslim pula, kita perlu menilai semula amal ibadat yang kita lakukan, sama ada telah mencukupi sebagai hamba Allah atau kita masih leka dan hanyut dengan keseronokan dunia. Mana yang kita rasa kurang atau lemah, eloklah kita berazam untuk membaiki diri kita, bersempena pula dengan tahun baru masihi ini. Konsep muhasabah ini boleh je kita lakukan secara harian, ianya lebih bersifat mikro.

Jika aku imbas kembali, tahun 2012 banyak pencapaian yang aku perolehi, walau bagaimanapun masih ada yang perlu diperbaiki terutama dalam urusan aku dengan Yang Maha Esa. Dari segi karier pula, aku memang bersyukur dengan pendapatan yang aku perolehi sekarang, berada dalam kedudukan yang selesa disamping boleh berkongsi rezeki bersama kaum keluarga. Tapi untuk berada dalam kebebasan kewangan masih jauh lagi perjalanan.

Tahun ini juga aku telah memiliki sebuah rumah teres yang dibeli untuk tujuan kediaman sendiri. Semasa proses pembelian rumah ini, aku didedahkan dan lebih memahami liku-liku dan selok belok untuk membeli rumah atau hartanah secara subsale. Dan yang lebih menggembirakan aku, pengetahuan ini telah aku terjemahkan dalam bentuk penulisan di blog untuk bacaan secara umum. Penulisan mengenai pembelian secara subsale ini telah banyak menarik pembaca, dan ianya memberikan satu kepuasan kepada aku.

Dalam dunia penulisan blog pula, blog aku lebih menjurus kepada penulisan berkaitan pelaburan hartanah dan aku juga sering membaca blog dalam komuniti yang sama. Aku dapat rasakan minat aku dalam bidang hartanah ini memang sangat mengujakan. Walaupun sasaran aku untuk membeli rumah untuk pelaburan atau aku panggil House for Investment masih belum tercapai, tapi aku masih punya masa 1 tahun lagi untuk pastikan sasaran ini berjaya. Doakan lah.

Proses beli rumah subsale ini, telah membuka  minda aku untuk mula menyewakan apartment aku di Kajang, yang telah kosong selama 1 tahun (selepas dapat kunci dari pemaju). Sebenarnya aku sayang nak sewakan rumah tersebut, tapi aku tak berhasrat untuk tinggal. Last-last, aku sewakan juga. At least, bayar bulan-bulan aku guna duit sewa.

Satu perkara yang aku patut buat tapi masih tertangguh adalah menunaikan zakat. Moga aku mendapat kekuatan untuk menjalankannya. Amin.

4 comments:

  1. Tahniah bro..atas pencapaian 2012..

    Semoga lebih cemerlang pada 2013 nanti..

    Sesungguhnya kitalah penentu kehidupan kita sendiri, tiada jalan pintas untuk berjaya dan tiada juga kejayaan yang tidak boleh dicapai..

    ReplyDelete
  2. Good luck untuk tahun ni dan tahun2 akan datang..semoge dapat beli banyak-banyak rumah tahun ni.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. mudah-mudah dapat banyak, kalu dapat sebuah lagi pun ok.

      Delete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.