Mari kita berfikir sejenak.
Mungkin ader yang telah terfikir, tapi rasanya ramai lagi yang tidak terfikir.
Puncanya ader manusia yang suka berfikir, malas berfikir atau sekadar berfikir....
Cuba kita bayangkan, bila kita sebut NAK KAYA...
apa yang akan kita bayangkan...
pertama, mesti ader banyak duit... beribu-ribu, berjuta-juta...
kedua, mesti ader kereta yang mewah... jaguar, mercedez benz,BMW..
ketiga, mesti duduk kat rumah banglo...
Keempat,mesti ader syarikat, atau jawatan yang hebat-hebat
rasanya memang tafsiran kita kaya tu lebih kepada benda-benda yang dapat dilihat dengan mata kasar...tak kira la, kaya dulu atau kaya sekarang..
bezanya...
dulu, kalu duduk rumah batu dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalau duduk rumah kayu dianggap kaya ;
dulu, kalu memandu kereta dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalau orang lain yang pandukan kereta untuk kita dianggap kaya;
dulu, kalu bagi anak susu tepung dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalau kasi anak susu ibu dianggap orang kaya... sebab tak perlu kerja;
dulu, selalu dapat makan ayam dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalu makan ikan (jenahak dll) akan dianggap orang kaya.
Begitu lumrah kehidupan kita,
berlaku pusingan sama ada kita sedar atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.